Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selepas bertahan lebih dari setahun, aku memberanikan diri untuk ke bengkel kereta. Selain tukar minyak hitam yang menjadi rutin 4-5 bulan, kali ini aircond juga menjadi taruhan.

Kalau 3 tahun yang lalu cooling coil menjadi saksi kerosakan aircond tapi kali ini hos pula yang bocor. Tapi kira oklah sebab harga masih boleh tengok dan tidak mengambil masa yang lama.

Ini hos yang dikatakan bocor menyebabkan gas sudah hilang. Ikutkan aku risau juga kalau ianya berkaitan dengan barang-barang dalaman. Kalau kena compressor ke mau pitam juga nak beraya ni. Tapi hos ni kenalah RM280. Campur minyak hitam dengan ada barang kecil, jadilah RM480. Kira selamat la juga. Aircond pun dah rasa sejuk jadi kita tunggu. Harap-harap berkekalan sehingga Raya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.