zool

Seorang penulis blog tegar yang memiliki beberapa blog lain.

Gathering gengblogger Putrajaya 2010

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, pada Sabtu ( 11 Julai 2010) si Zool berjaya juga menyertai gathering gengblogger yang diadakan di Taman Cabaran, Putrajaya. Bukan selalu layan-layan gathering ni jadi bila ada peluang cuba-cubalah menyebukkan diri. Memang mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke destinasi. Almaklumlah orang kampung baru sampai ke Putrajaya. Hampir tersesat juga ke jalan mati tapi alhamdulillah masih sempat tiba ke destinasi walaupun mungkin sedikit lewat. Ye lah, dari Melaka ke Putrajaya bukanlah dekat sangat, ditambah dengan gaya pemanduan bersopan oleh pemilik ‘OhPemandu’. Nanti tak pasal-pasal kereta MyVi MBT**** masuk OhPemandu sebab melakukan kesalahan lalulintas. Huhuhuhu..

Gambar curi tanpa izin dari blog Sukor. Sori ek..

Cukup dengan sedikit mukadimah tu. Setiap gathering pasti ada aktiviti yang tersendiri. Untuk gathering ini ianya dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi lebih kepada berkenalan dan merapatkan silaturrahim manakala untuk sesi petang menambah ilmu pengetahuan. Secara amnya, si Zool memang berminat di sesi petang. Lebih-lebih lagi nak dengar pakar-pakar blog cam Kak Jie dan Ariffshah memberikan ilmu mereka. Disebabkan banyak gambar-gambar, rasanya elok entri ditulis bersama-sama gambar sekali.. Layan je la..

Read More »Gathering gengblogger Putrajaya 2010

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0