Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena cuti Krismas , aku pergi lah nak menukar tayar kereta isteri. Almaklumlah dah ada garis-garis di tayar tu. Ikutkan dah perasan berbulan-bulan yang lalu. Tapi time tu bajet tak cukup. Lepas tu minta isteri pula dia pun tak buat jadi tunggulah hujung tahun bila ada lebihan sikit ni.

Ikutkan nak pergi kedai tayar yang biasa buat tu tapi sebab penuh, aku cuba la di bengkel lain. Bengkel agak baru juga. Tukar la tayar Hankok harga RM175 sebuah. Tak tau le murah ke mahal. Kalau tengok kat Shopee memang la ada markup tu. Tapi takpelah. Hari pun Krisma layan je.

Selain tu tukar juga minyak hitam. Dah ganti tu sekali tokei nampak yang minyak gear tak tukar lagi. Hahahaha. Kena la layan juga.

Selesai, harga sekitar RM578.00 termasuk upah, allignment, minyak hitam, tayar 2 biji, nut tayar.

Alhamdulillah. Terdapat perbezaannnya berbanding sebelum ni. Lepas ni nak hadap timing belt .

Ooo maaf kalau entri ni tak berapa best. Aku buat untuk jadi simpanan pada masa depan.. Heheheh

Boleh layan sekali video ni ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.