Minggu lepas aku cuba untuk mengubah persekitaran Unit ku. Bagi yang mengikuti facebook ku mungkin dah pernah tahu rungutan aku menghadapi stress.
Selepas SKT di Genting Highland tempohari perancanganku agar menjadi Ketua Unit yang berwibawa pada tahun 2020. Selama ini aku agak bercelaru antara sebagai ketua unit dan pelaksana. Selepas mendapat beberapa idea dari Ketua-ketua Unit lain akhirnya aku mendapat ramuan.
Kini tugasku lebih kepada perancang manakala 2 kakitangan bawahanku akan melaksanakannya. Memang cabaran memandangkan selama ini aku lebih banyak bekerjasama sehingga tidak mempercayai kemampuan mereka. Untuk tahun 2020, aku perlukan teamwork dan mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

Carta Organisasi dan Carta Fungsi yang ku buat. Agar menjadi pedoman untuk unitku


Ye lah, sampai bila aku nak meneruskan keadaan begini. Dengan pengagihan ini, aku mungkin dapat memantau sasaran kerja setiap tahun dengan lebih teliti. Alhamdulillah pertemuan pada hari Rabu yang lalu berjalan lancar. Mula-mulanya aku risau ada bantahan dari kakitangan tersebut tetapi mereka faham dengan kehendakku.
Lagipun aku juga bermatlamat untuk memberikan jawatan sebagai ketua unit ini pada kakitangan di bawah ini satu hari nanti. Jika beliau masih mengharap kerja biasa mungkin sukar jika sampai masanya nanti.

Seperti yang telah ku coretkan pada entri sebelum ini, perancangan aku adalah untuk melangsaikan pelan dalam Sasaran Kerja Tahunan 2020. Ada kubahagikan kepada beberapa suku agar boleh mengikut laluan yang ditetapkan ini.

Mesyuarat Unit IT LPM yang ada 3 ketul je


Mesyuarat yang aku pengerusikan nampak baik tetapi selepas beberapa hari nampak belum lagi kesan besar. Takpe, mungkin perlu ambil masa sedikit untuk mereka berubah sedikit demi sedikit. Lagipun rancangan aku adalah untuk jangka panjang dan mereka perlu untuk ke hadapan berbanding berada di belakang sahaja selama ini.

Permulaan projek besar sebagai Ketua Unit menuju pasca 2020 ni aku telah melakukan perbincangan dengan Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Unisel. Antara aspek perbincangan adalah :-
1) Perbincangan untuk mengadakan Kursus Microsoft Excell bersama UNISEL. Kalau anda follow blog ini, memang kebiasaannya setiap tahun kami akan buat Kursus Excel ni. Ianya adalah salah satu KPI yang perlu kami laksanakan. Dalam taklimat tersebut nampak ke’power’an pensyarah bergelar Professor ini.

Duduk di hadapan memberikan keyakinan . Sesekali , tak mustahil akan datang .. Cuma mungkin bukan di sini


Untuk makluman, beliau merupakan kawan sekelas masa belajar di Universiti dulu. Pernah balik Raya hampir terlepas bas ke Melaka. Menariknya juga, dia ni minat kat satu awek yang mana awek tu adalah secret admire aku. Hahahaha.. Dah melalut pula. Dalam taklimat tersebut terdapat beberapa perkara yang aku tertarik terutama mengenai Excell boleh tarik maklumat dari Database.
Sekiranya ia dapat di gunakan di pejabat, dapat mengurangkan kebergantungan laporan dari Unit IT dan juga vendor. Memang amat tertarik dengan ni.

2) Perbincangan untuk kolaborasi inovasi. Ada satu idea menarik yang dikongsikan oleh pihak Unisel yang boleh digunakan di luar sana. Kalau dapat berkolaborasi dengan Universiti lebih cantik sebab mereka mempunyai teori dan pelajar-pelajar yang mempunyai masa untuk proses praktikal. Ini berbeza berbanding aku yang menghadap pelbagai isu di pejabat.

Hampir sama je saiz.


Kalau dapat kolaborasi dengan mereka pasti inovasi lebih canggih lagi.

3) Berjumpa rakan lama selepas 17 tahun. Ye, kali terakhir aku bertemu rakanku itu adalah tahun 2002 yang lalu. Sekarang masing-masing dah berubah. Secara fizikal aku nampak dia tak banyak berubah tapi diriku mungkin ada la. Gigi dah hilang, mata dah kabur, rambut dah kurang.Huhuhuh..
Takpe. Sedikit sebanyak mengamit kenangan lama.

Bergambar di hadapan kaunter pejabatku..

Okaylah itu serba sedikit. Berkenaan azam aku untuk maju sebagai ketua unit pada tahun 2020 pula, diharap tercapai. Aku ingin mengubah struktur Unit IT di tempatku agar dapat bekerjasama untuk maju ke hadapan.
Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat tapi inshallah akan mendapat ganjarannya.

2 Replies to “Azam 2020 Sebagai Ketua Unit , Perbincangan Dengan Universiti Selangor”

Leave a Reply to Tuan Pengetua Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.