Minggu lepas ada beberapa aktiviti yang dibuat oleh diriku. Hari kerja takde apa aku nak cerita sangat kat korang tapi pada hari Sabtu lalu ada sikit aktiviti.
Untuk makluman, rumah isteriku telah siap dipasang grill. Grill rumah siap dengan cat power coating serta berbentuk S terbalik merupakan rekabentuk yang diinginkan oleh isteriku.
Memandangkan rumah tersebut adalah miliknya maka aku terima sahaja kehendaknya. OO ye, grill tu dibuat oleh kenalanku. Walaupun agak tersasar sedikit dari jadual tapi tak mengapa sebab bukan nak masuk cepat pun rumah tu.
Grill siap semua dengan harga kira-kira RM2,9++.++. Kira oklah tu ada kurang sikit dari harga pembekal sebelum ini. Nampak isteriku berpuas hati dengan kerja grill tu jadi okaylah tu.

Masuk fasa kedua pula nak kena menyiapkan pemasangan elektrik. Benda penting pastilah lampu dan kipas siling. Maka pada hari Sabtu bergegaslah kami ke Semabok, Melaka. Dulu aku pernah pergi cari kipas dekat Semabok dan harganya ok masa tu.
Kali ni pergi tempat lain di baris Jakel, Melaka. Korang carilah sendiri ye. Penerangan oleh jurujual kedai tu telah mempengaruhi. Kipas siling biasa dengan remote serta kipas agak cantik iaitu lampu dan kipas sekali yang dipilih.
Lampu pula, downlight LED yang memang menjadi trend dimasa kini. Tak payah nak beli lampu yang ada mentol sebab menurutnya lampu LED mempunyai jangkahayat yang lama dan lebih terang serta mudah dipasang.
Lagipun wireman yang juga sedara isteriku juga telah mencadangkan untuk memakai lampu LED yang lebih jimat. Jadi ikutlah. Sekali lagi kena ikut taste ‘tuan rumah’ lah kan. Kalau rumah aku memang pakai yang simple-simple je.
Kira-kira RM2,+++.++ juga kena sebab satu kipas lampu tu agak mahal. Kira-kira RM1,+++ juga satu kipas tu. Tapi takpelah, dah minat dia. Layankan je la.

Kipas berlampu yang menjadi pilihan isteriku.

Cuma lampu yang mahal tu tak dapat bawa balik sebab yang ada kat kedai tu tengah pakai. Kena tunggu order dalam seminggu sampai. Harap-harap lebih cepat dari itu sebab isteri dah tak sabar-sabar tu. Lepas ni nak renovate kabinet dapur pula ni.. Setel semua baru boleh dekorasi rumah dan mungkin tahun depan bolehlah aku dan keluarga berpindah ke kawasan baru.

| Ubahsuai Rumah Yang Diinginkan |

Pada hari Ahad pula aku mengikuti Majlis Pelancaran Sri Melaka Residensi yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang MBMB, Stadium Tun Fatimah. Rupa-rupanya projek tu sebelah je dengan Dewan MBMB tu. Projek kondominium Mampu MIlik berharga mula dari RM23+,+++.++. Takdelah mampu milik sangat tapi ianya dilengkapi dengan prasarana yang complete.
Kalau nak buat investment tu memang boleh tapi mungkin aku tak termampu lah kot.. Majlis itu dimulakan dalam pukul 11.00 pagi dan disempurnakan oleh Gabenor Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob serta diiringi YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Hj . Idris bin Hj. Haron.

Macam biasa. BIla datang kenalah ambil gambar bukti hadir ke majlis tu. Berbaju bakti ku menampilkan sisi YB tu

Ramai juga yang hadir dengan juga ditaja oleh MAMEE. Dapatlah layan MAMEE dan aiskrim sebelum kena jemput isteri yang terlibat dalam acara lain di kawasan berdekatan.
Okay cukuplah cerita minggu lepas.

4 Replies to “Beli Kipas dan Lampu LED, Majlis Pelancaran Sri Melaka Residensi”

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.