Tahun ni aku tak bercuti masa sebelum Hari Raya tapi seminggu lepas raya tu. Cerita seminggu tahun ni tak banyak berjalan sebab isteri aku dah start kerja.
Mula-mula tahun ni tetiba aku terasa rajin nak mengecat rumah. Bukan apa, ada caj lebihan rumah baharu maka aku pun menconteng di dinding tandas. Selain itu aku conteng juga dekat pagar depan rumah hasil lebihan cat abangku.
Hehehehe. Penat juga mengecat ni. walaupun tak cantik macam pro tapi okaylah juga untuk tatapan diri sendiri bila nak mandi atau nak melabur. Takdelah nampak dull je dinding tandas ni.
[ UbahSuai Rumah Yang Diinginkan]

Selepas 3 tahun, aku menukar tayar Myviku. Alhamdulillah ada rezeki lebih maka aku memberikan hadiah kepada kereta Myvi Silver ku ini. Dah 9 tahun lebih usia keretaku ini. Bermacam kisah suka duka yang ditempohi bersama.
Selain tukar 2 tayar aku juga meminta kedai tayar di Jasin untuk menyemak bunyi yang kedengaran. Ianya mengenai clutch pad yang perlu diganti. Aku setuju dan rabak juga RM855.00 . Aku tak tau murah atau mahal tapi setakat 1 hari membawa terasa perbezaan positif.

Rabak jugalah poket ni. Takpe untuk masa depan yang gemilang

Alhamdulillah cuma sekarang ni aircond dan temperature yang sedikit mengusarkan. Aircond walaupun berfungsi tapi ia akan hilang sedikit demi sedikit sekiranya kereta dipandu terlalu perlahan dan ada berhenti dalam jangkamasa lama.
Masa balik kampung hari tu terpaksa aku ikut laluan jauh sebab laluan asal jem dan aku takut kereta overheat. Ini kerana indikator menunjukkan jarum ke H. Memang menakutkan dan terkenang kisah 5 tahun yang lalu.

Dikesempatan aku bercuti, menukar geran juga adalah antara yang telah kutangguhkan setelah sekian lama. Menukar geran yang berbentuk baharu serta tiada lagi nama Hong Leong Bank pada pemilik merupakan antara kepuasan yang diimpikan.

Geran baharu yang lebih kecil berbanding geran lama

Sekarang ni selamba lah pegang geran yang dulunya ada nama pihak ketiga. Lepas ni nak kejar pula geran rumah. Memang lama lagi tapi tak mustahil boleh dipercepatkan nanti.

Okay, hari Khamis aku ada buat lawatan ke sebuah tapak projek solar. Tak boleh cerita panjang sangat sebab dah dipesan oleh orang yang membawa tu. Harap=harap dapat tengok bila projek itu siap sepenuhnya nanti. AMIN.

Bergambar dengan panel solar. Dijangka bakal beroperasi tahun ini

Itu serba sedikit artikel kali ini. Agak ringkas sebab aku pun takde idea nak mencanai cerita-cerita ni jadi panjang.

10 Replies to “Cuti Lepas Raya : Tukar Tayar dan Tukar Geran”

  1. Takpe bro, berhabis sikit utk kereta tu. Janji takde masalah semasa perjalanan balik kg..

    Bro buat projek solar ye..dah lama berminat dgn RE solar ni..

  2. Takpe bro, berhabis sikit utk kereta tu. Janji takde masalah semasa perjalanan balik kg..

    Bro buat projek solar ye..dah lama berminat dgn RE solar ni..

    1. hahahahah..
      bukan saya la.. saya ikut orang tengok projek tu.. ni mesti tak baca artikel betul2 ni… hehehehe
      takpe.. saya paham.. kadang2 saya pun sama juga.. tak baca terus komen

  3. kereta adalah keperluan…

    jika ada kemampuan beli la yang baru untuk penjimatan penyelenggaraan namun bukan pilihan bijak..

    pilihan bijak guna sahaja kereta lama yang tiada hutang supaya aliran tunai dalam tangan lebih power..

    lebih peace of mind..

    cuma nak lebih super power peace of mind and soul….ingatkan Allah banyak -banyak

    betulkan…

  4. Banyak wang kena belanja sebelum semasa dan selepas Hari Raya. Mestilah berusaha bersungguh-sungguh sekarang utk mencari balik wang yang sudah banyak dibelanjakan ni.

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.