Minggu ni ada beberapa perkara yang ada dalam DIARI hidupku. Jadi aku cuba kongsikan dengan korang yang ku kasihi dan sayangi.
Dalam minggu ni aku mula belajar tentang mengedit sedikit template website dari framework PHP, CakePHP. Walaupun mengalami kesukaran namun aku dapat jumpa juga permasalahan tersebut.

cakephp
CakePHP, platform framework PHP yang terkenal

Namun perancangan masih terlalu jauh. Projek Sistem ‘Cabutan’ masih dalam peringkat mencari pengaturcara yang mampu merealisasikannya. Walaupun aku sedang ‘DEAL’ dengan salah seorang programmer yang baik namun aku kena hati-hati sebab dia banyak kerja. Takut tak terjalan projek aku sampai tahun depan nanti.
Harapan aku agar projek ini dapat berjalan pada tahun hadapan dan mampu menjadi PEMANGKIN untuk aku membuka sebuah ‘STARTUP sebagai satu realiti dan bukan sekadar angan-angan kosongku.

Selain itu, pada hari Rabu yang lalu aku menerima jemputan untuk menghadiri sesi taklimat dengan vendor ICT terkemuka. Vendor tersebut adalah ‘Barracuda‘ , ‘AccelTeam‘ dan ‘Huawei‘. Agak menarik juga penyampaian oleh vendor-vendor hebat ni sampaikan tersenguk-senguk aku dengarnya. Hahahah.
Bagi vendor ‘Barracuda’ mereka ni mempunyai produk yang terkenal iaitu ‘Firewall’. Apa itu Firewall? Aku tak reti nak terangkan cuma bolehlah kata ianya menahan dari serangan penceroboh di rangkaian komputer. Nak terang panjang lebar pun tak sesuai, kalau korang nak tau lebih lanjut syarikat ni rujuk je website barracuda di http://barracuda.com.
Selain firewall diorang ada juga buat servis ala-ala Dropbox di http://copy.com . Memang satu aplikasi yang berguna untuk orang ramai. Tak perlu nak beli hard disk besar-besar kalau nak stor data-data anda. Pakai je copy.com ni, pasti mudah dan lebih selamat. Selain tu, barracuda juga ada menawarkan program reseller kepada mana-mana syarikat yang berminat. Aku rasa cam berminat tapi syarikat belum ada sangat ni. Mungkin dalam 2-3 tahun nanti boleh jadi reseller barracuda ni. Potensi besar untuk syarikat ICT tempatan ni.

Bagi syarikat AccelTeam pula mereka memperkenalkan aplikasi ‘Business Intelligent’ iaitu TARGIT. Aplikasi ini memudahkan bagi organisasi melakukan kerja-kerja harian serta membuat keputusan. Macam juga diatas, korang lawat je la laman web syarikat untuk keterangan.

Antaramuka TARGIT
Antaramuka TARGIT

Okay, tentang syarikat Huawei pula. Sorilah, tak dapat nak cerita sebab aku dah chow. Tak tahan sangat nak tunggu. Lagipun aku nak kena tukarkan tayar kereta yang sudah berusia 2 tahun lebih tu.

Aku pergi tukar tayar di sebuah bengkel tayar di kawasan.. Okay, tak boleh diberitau lokasi. Tayar 14′ MyVi Dunlop dijual dengan harga RM190. Murah ke mahal? Secara jujurnya, agak mahal tapi aku tukar juga sebab MALAS nak fikir dan cari. Itupun aku tukar 2 biji je sebab rasanya tak berbaloi dengan harga tu.
Takpelah, kedai Melayu sekali datang. Dah le mahal, tayar pun takde. Dia kena beli kat kedai lain tu. Tu pasal mahal kot sebab terpaksa ‘markup’ lebih. Berapa agaknya harga tayar Dunlop 14‘ ? Entahlah aku pun tak tau. Tapi dengor-dengor dalam lingkungan RM155-160. Tak tau betul ke tidak.

Berlari kini merupakan hobiku untuk meningkatkan stamina dan kekuatan badanku ini..Aku memerlukan acara-acara untuk menilai kemampuan diri ini. Dalam bulan Disember akan datang, aku telah mendaftar 2 acara untuk disertai. Acara ‘Fun for Run’ 5 kilometer yang kusertai adalah ‘Color Me Run 2015’ yang bakal diadakan di UTeM dan ‘Maraton Antarabangsa Sungai Melaka Kali Ke 2 Bandaraya Melaka Bersejarah 2015’.

Kejohanan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka kali ke 2 Melaka Bersejarah 2015
Kejohanan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka kali ke 2 Melaka Bersejarah 2015

Kalau korang nak tau bila program tu, korang boleh tengok blog lari aku ni. Ini adalah pencapaian kalau aku berjaya menamatkan 2 larian ini dalam angka yang diharapkan. Sasaran aku pada tahun depan 5 acara yang perlu kusertai. Harap-harap sasaran itu tercapai juga pada tahun hadapan.
OO ye, sebagai persiapan aku akan cuba berlatih setiap minggu sekurang-kurangnya 3 kali larian dan 1 hari berlatih di Gym di kawasan taman perumahan ku ini. Semoga ia mampu membuatkan diriku GAGAH dalam menempuh cabaran. Diharap juga impianku untuk dapat mengurangkan berat badan ke 65 kg pada hujung tahun ini mampu direalisasikan jua walaupun terlalu mencabar.

Selain tu, aku nak kena standby juga duit nak beli handphone untuk isteriku. Handphone dia dah terlalu outdated tu. Bukan smartphone dan susah nak charge. Nak cari charger tak tau ada lagi ke tak. Tengoklah berapa bajet yang sesuai untuk beli. Beli mahal-mahal isteri bukan pandai sangat guna.Hehehehe..

Ooo ye, bounce rate blog ini meningkat ke 80% pada bulan ni. Adoyai, korang kalau baca blog ni sesekali lawat lah link lain ye. Jangan kasi jatuh bounce rate tu. Huhuhuhuhu.

8 Replies to “Daftar Program Larian ‘Fun for Run’, Mendengar Taklimat Vendor Terkemuka ICT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.