Kembali semula menulis selepas beberapa hari mendiamkan diri di blog ini. Ke’busy’an melanda dalam minggu ni. Apatah lagi dengan anak kesayanganku ‘Muhamamad Fatih’ yang tidak sihat apabila batuk-batuk dan selsema. Namun perjuangan dalam blog tetap tidak boleh dipisahkan. Cari juga masa untuk menaipkan bait-bait ayat yang mampu menerkam dalam jiwa korang semua.
Pergh!! Ayat tak ingat. Macam Sasterawan Negara pula. Tapi tu le, nak cari masa tu bukan mudah walaupun kita ada 24 jam sehari namun ada pembahagian aktiviti yang ditetapkan. Kalau tak diuruskan dengan sempurna memang susah untuk dapat waktu menaip dalam blog. Apatah lagi aku ada beberapa blog lagi cari pendapatan tambahan yang lebih penting dari disini.

Berbalik semula kepada tajuk diatas. Untuk kali ini aku buat artikel yang lebih sistematik dimana setiap tajuk ku pecahkan pada perenggan supaya mudah korang nak ikut. Kalau sekali perenggan cerita semua mungkin berbelit-belit nak faham kan?

Idea baru Sistem Masjid
Kalau korang mengikut blog ini mungkin pernah terbaca artikel yang ada kisah angan-anganku nak bangunkan sistem masjid. Untuk pengetahuan korang, sistem tersebut masih tergantung lagi aku belum dapat nak buat apa lagi. Malahan sistem besar mengenai sewa pun agak senyap buat masa ni. Tapi tak mengapa, aku tak perlu terburu-buru kerana rakan pembangun masih sibuk dengan kerja asasi masing-masing. Tak boleh lah nak paksa. Lain le kalau dalam akaun bank ada RM50,000. Boleh terus cari ‘programmer’ untuk buat sistem tu terus. Takpe , ni semua cabaran AWAL yang perlu dihadapi.
Berbalik kepada idea sistem masjid, aku ada terfikir selepas mendengar ceramah di Masjid An Nur, Taman Maju. Aku terfikir kenapa ceramah tersebut hanya akan didengari oleh yang hadir sahaja. Kan best kalau ianya boleh dirakam dan dikongsi pada pelusuk dunia.
Aku ada tengok ada ‘Startup‘ yang nak buat ‘live-streaming’ bagi ceramah-ceramah di masjid. Kaedah itu baik, tapi sudah pasti ia perlukan line internet yang tinggi dan perlu ada yang jaganya. Tapi kalau boleh dirakam melalui applikasi smartphone, dan dihantar kepada aplikasi sistem masjid pasti lebih mudah.
Ilmu itu boleh dikongsikan secara audio. Audio boleh rekod melalui app dan di send pada lokasi, tarikh, masa, penceramah. Sesiapa boleh send. Boleh juga direview oleh ahli masjid yang lain. Mungkin sedikit sebanyak ia boleh menarik ahli kariah lain untuk datang ke masjid tersebut di lain kali.

Guna dobi layan diri
Aku rasa ini bukanlah sesuatu yang baru. Tapi mungkin bagi aku, ni kali kedua. Sebelum ni aku guna juga dobi di Jasin Bestari dan hari ini aku guna yang dekat dengan kawasan perumahanku. Di kawasan perumahanku, dobi tersebut berjenama Laundrybar. Kalau kat Jasin Bestari, dobi layan diri guna duit syiling RM0.50 tapi di sini guna token pula.

dobi-layan-diri
Gambar Hiasan.. Kaedah Dobi layan diri yang semakin popular kini

Kenalah tukar duit RM10 ku dengan token. Untuk basuh memerlukan token bernilai RM6 mesin basuh(untuk pakaian seberat 14kg) manakala token bernilai RM4 mesin pengering( untuk pakaian seberat 14kg). Takdelah aku nak timbang pakaian tu tapi aku agak-agak je. Bukan pakaian yang ku basuh tapi tilam anak serta penutup sofa tu. Berat jugalah walaupun nampak cam sikit je.

Pembasuhan memerlukan masa 24 minit dan pengeringan 20 minit. Penat juga menunggu apatah lagi tempat yang ada wifi tapi tak dapat nak ‘connect’. Terpaksalah guna data handphone sendiri. Agak berpuas hati dengan menggunakan dobi layan diri ni sebab memang nampak bersih dan kering pun cukup sempurna. Rasa panas macam baru lepas kena ‘IRON‘ je.

Bila melihat konsep dobi layan diri ni ianya memang satu perniagaan yang bagus. Tokei tak perlu nak berada selalu kat kedai. Hanya perlu ada pada waktu-waktu tertentu untuk ambil duit je. Yang penting kena ada CCTV live untuk memantau pergerakan di sana. Mana tau ada individu yang mencurigakan melakukan jenayah atau vandalisme. Memang bahaya.

Pada aku, kalau nak buat perniagaan ini, kenalah tepat lokasinya. Lokasi seperti di tempat tinggal pelajar atau kawasan perbandaran memang sesuai. Ini kerana kebanyakan dari mereka tidak rajin untuk membasuh dan mengering. Jadi alternatifnya adalah dengan menggunakan kaedah dobi layan diri. Cuma penat nak menunggu je lah kan.

Sekarang ni ada satu startup ‘DobyBox‘ yang lagi cool. Korang tak yah pegi pun kedai dobi. Letak je baju-baju busuk kat dalam loker, nanti ada orang ambilkan. Bayaran ,order semua pakai handphone je. Betul-betul punya mudah tu.
Tapi rasanya belum jalan sangat kot. Tapi aku berminat juga nak join kalau diorang nak bawa konsep ni kat Melaka. Boleh aku propose buat kat UiTM Jasin ke, MRSM Jasin atau Sekolah asrama kat sini. Memang ada potensi tu.

Anak Selsema dan Batuk
Minggu ini putera sulung kesayanganku berasa tidak selesa. Batuk dan selsema menyerang. Aku tak tau punca, tapi yakin jerebu antara penyebab batuk melanda dirinya. Dah bawa ke Unit Jabatan Pesakit Luar Hospital Jasin dan diperiksa oleh doktor. Dapat ubat batuk yang kuberikan mengikut waktu ditetapkan. Semoga anak kecilku ini cepat sembuh. Aku mohon kawan-kawan tolong doakan sekali supaya dia dapat bergerak aktif dengan selesa.

Ooo ye, anak buahku pun ada yang tidak sihat pada waktu-waktu jerebu ni. Seorang anak buahku ditahan wad di Hospital Klang kerana susah nak bernafas. Alhamdulillah dah keluar sekarang ni. Memang penangan jerebu ni beri kesan yang teruk pada kesihatan. Semoga jerebu ini hilang segera. Kita doa-doa bersama ye.

Sakit Belakang Kembali
Sakit belakang datang kembali. Memang amat sakit 2 hari ni. Aku terasa selepas sahaja aku selesai dobi pakaian di kedai dobi. Lepas sahaja aku mengurut di kerusi urut terasa lain macam. Terasa seperti ada renjatan elektrik pada bahagian belakang badan ni. Memang menyakitkan terutama bila nak bangun. Ni bila nak dukung si Putera kesayangan memang ada sikit tekanan juga. Namun diGAGAHkan jua kerana tanggungjawab yang perlu dipikul.

Low-Back-Pain
Bila sakit belakang ni ada banyak alternatif yang dicadangkan. Ada yang suruh berurut, sapu ubat dan sebagainya. Aku pakai ‘BALM’ kat bahagian sakit dan nampak macam ada kekurangan perit di situ. Diharap aku dapat bergerak dalam keadaan biasa selepas ini. Rasa tak selesa bila nak buat sesuatu kerja ni. Doakan sama-sama ye.

Servis Kereta Viva Isteri

Hari Sabtu lalu juga kereta Viva isteriku dah mencapai masanya untuk diservis. Macam biasa, aku lakukan servis kereta di Perodua Jasin. Kalau biasanya aku buat appoinment pagi-pagi tapi kali ini aku ambil pada waktu tengahari. Agak lama juga ku menunggu hingga ada rasa bengang di hati. Tapi malas nak cerita tentang tu, nanti jadi aura negatif pula. Cuma ada beberapa benda yang akan menyebabkan keluarnya ratusan ringgit dari akaunku dan isteri. Belting kereta nampaknya sudah semakin hampir untuk ditukar. Sebenarnya aku telah menjangkakan sebab apabila start kereta akan ada bunyi geseran yang kuat. Memandangkan bajet tak berapa cukup untuk kali ini, ku tangguhkan untuk bulan mendatang. Insha Allah, belting tu kena ganti juga sebab ianya antara peralatan penting bagi menggerakkan enjin.

Testing FB Ads untuk Amazon.com

Minggu ini juga aku mencuba iklan melalui FB. Aku nak testing samada ianya mampu memberikan aku jualan bagi affiliate Amazon.  Bukan apa, aku dah lama layan affiliate Amazon ni tapi belum mampu menjana pendapatan. Tapi tengoklah camne, kalau tak berjaya juga mungkin aku perlu gunakan kaedah Web Affiliate Amazon ni.  Buat masa ni eloklah aku bereksperimentasi dengan affiliate buku ‘Lori Greiner ! Invent It Sell It Bank It‘ ni. Korang kalau ada cita-cita untuk memajukan produk ciptaan sendiri memang patut baca buku tu.

Okay, cukuplah sedikit sebanyak untuk artikel kali ini. Ini pun rasanya dah cukup panjang juga artikel yang ku kumpulkan untuk seminggu ni. Bertemu lagi pada artikel akan datang ye.

8 Replies to “Idea baru sistem masjid, Guna dobi layan diri, Anak Selsema, Sakit Belakang Kembali”

  1. best la idea tentang dobi tu..kat perumahan tempat saya bisnes dobi bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan..maklum sahajalah kawasan 3 universiti..jumlah student je ribu riban

  2. Amat menarik cdgn live streaming kuliah di Masjid 🙂 Bila dah berjaya dlm affiliate amazon mohon sedara share pula info ye 🙂 nak belajar juga. Harap sakit belakang dan demam selesema anak dah baik

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.