Minggu ini penuh aktiviti dalam kehidupanku. Memang memenatkan sehingga nak mengupdate blog pun terasa penat yang amat.

Selepas kembalinya dari Bengkel SKT di Avilion,Port Dickson pada hari Ahad yang lepas, aku dan kakitangan di pejabat meneruskan aksi yang lebih mencabar. Program Cabut Undi Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel dan Krubong yang diadakan pada hari Isnin dan Selasa. Penat SKT belum habis lagi namun yang lebih besar menanti pula.

Pagi-pagi sampai ke opis terus je menerjah peralatan ICT yang perlu dibawa. Laptop, printer serta broadband internet yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir pada hari Jumaat lepas terus dibawa. Menaiki kenderaan Jabatan menuju ke PPR Tehel yang terletak kira-kira 5 kilometer dari opisku. Datang sedikit lewat dan telah mula ramai menunggu. Mula-mula aku duduk di kaunter pendaftaran untuk semakan sekiranya ada pemohon tak dapat surat. Almaklumlah, surat ni kadang-kadang boleh salah alamat, posmen terlupa hantar dan sebagainya.

Lepas tu proses cabut undi pun berjalan.Ada sedikit kelam kabut tapi aku tak berapa ambil pusing sebab tugasku lebih kepada setup peralatan ICT itu sendiri. Dalam kesempatan itu juga aku sempat mengedit ‘Sistem Carian Excel’ yang kubangunkan sendiri.

Memang pelbagai karenah dan ragam para pemohon yang terpaksa menunggu lama. Ada yang banyak komplen dan ada yang memahami tugas kami. Almaklumlah lebih dari 300 orang yang berada dalam dewan tersebut. Menunggu proses yang pelbagai sehinggakan kami juga terpaksa menunggu di sana. Hanya selepas pukul 10.00 malam baru kami dapat pulang setelah proses selesai. Amat memenatkan juga namun sedikit puas bila ramai yang telah mendaftar rumah masing-masing.

Pada keesokan harinya pula menuju ke PPR Krubong. Letih tugas di PPR Tehel belum reda, datang kembali kerja yang lain. Kali ini lebih mencabar. Mula-mulanya lokasi kaunter bayaran tiada elektrik dan Bangla yang buat tu pun macam tak berapa nak yakin je. Selepas berjaya tapping elektrik di kedai sebelah, maka pemasangan pun diadakan.

Tengah-tengah setup tetiba ‘Quota Broadband Maxis’ pula habis. Mengelabah sekejap. Terpaksa telefon Hotline tapi macam tak berjalan je quota tu. Godek punya godek terjumpa cara untuk Topup melalui web. Alhamdulillah berjaya juga topup quota 500MB untuk pakai sehari (tak cukup juga sebab esok kena topup juga). Hanya guna untuk sistem sahaja tu.

Tugas kali ini lebih berat sebab aku perlu gantikan Akauntan yang buat akaun penyewa ini. Ini sebab dia perlu hadiri meeting. Yang lebih mencabar lagi sebab terpaksa berdiri kerana tempat agak tinggi dan kerusi tak cukup tinggi. Memang mendebarkan bila ada isu beratur yang tidak sempurna sehingga kena marah. Nak buat camne kan. Bila duduk di kaunter memang gitulah walaupun sepatutnya ada person in charge yang jaga keteraturan orang awam tu.

Dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam terpaksa berdiri. Ada berehat kejap dalam 30 minit. Itu pun pengganti dah menjerit panggil. Hanya pukul 11.00 malam baru selesai penutupan dan boleh balik. Bayangkan terpaksa berdiri lebih dari 9 jam. Esoknya aku bernasib baik sebab hadiri kursus HRMIS jadi dapatlah merehatkan badan seketika. Itupun pinggang dah terasa sakit.

Okay cukuplah untuk artikel kali ini. Ini pun terpaksa kuatkan semangat untuk menulis ini walaupun terasa lagi kepenatannya.

Ooo ye, gambar aku dalam majlis ni takde sebab tak sempat nak ambil atau berposing. Memang ini merupakan pengalaman paling teruk menganjurkan program.

majlis-PPR-Krubong

PPR-Tehel

6 Replies to “Majlis Cabut Undi PPR Tehel dan Krubong”

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.