Minggu ni tak banyak aktiviti yang boleh aku ceritakan sangat kat sini. Tapi kena juga cerita sebab nanti hilang pula motivasi aku nak menaip. Bila hilang motivasi, korang pun malas nak datang sini bacakan. Jadi aku cuba juga mencari apa-apa idea yang boleh ku kongsikan disini.

PERSONAL COACHING SISTEM CAKEPHP

Aktiviti ini agak teknikal sikit. Bagi mereka yang mengenali bahasa pengaturcaraan PHP mungkin akan tahu sedikit tentang CakePHP ni. CakePHP adalah satu framework PHP yang membantu pengaturcara untuk membangunkan sistem dengan lebih pantas kerana banyak fungsi-fungsi telah tersedia dalam folder yang diberikan.

Bersama tenaga pengajar mengajar sistem CakePHP
Bersama tenaga pengajar mengajar sistem CakePHP

Nak cerita panjang pun agak teknikal dan rasanya pembaca blog ni pun bukannya dari kalangan programmer.  Jadi takde nak cerita sangat. Cuma belajar secara PERSONAL COACHING ini lebih fokus berbanding menghadiri kursus yang ramai sangat peserta. Eh, korang paham ke PERSONAL COACHING ni apa? Personal Coaching ini adalah belajar secara direct dengan pengajarnya. Maksudnya kita belajar secara individu. Dalam kes aku tadi, ada 2 orang yang belajar. Jadi tumpuan kami dan pengajar lebih baik berbanding kalau belajar ramai-ramai.

Pada pendapat aku, kalau korang nak belajar sesuatu dan menjadi PAKAR, elok kalau dapatkan personal coaching berbanding belajar secara ramai. Er, sekarang ni orang boleh buat duit dengan personal coaching ni. Bukan sahaja pengaturcaraan, nak mengajar macam-macam pun boleh. Dan kiraan mengikut jam mengajar. Memang masyuk tu. Aku pun satu hari nanti nak buat juga personal coaching ni. Tengoklah dulu apa yang aku boleh ajar nanti.

SPONSOR T-SHIRT

Bulan lepas ada sikit lebih pendapatan maka aku ambil peluang untuk merealisasikan impian agar #TeamPuncheat memiliki baju RASMI. Alhamdulillah, pada minggu ini baju tersebut berjaya dikeluarkan. Pertama kali team larianku memakai baju berwarna hijau tu. Bukan hanya ahli dalaman, ada juga orang luar yang membelinya. Aku harap team akan memakai pada hari Isnin bagi mempromosikan team dan juga ligakampung.com. Hehehehe. Harap-harap ada faedah yang aku dapat dalam mensponsor t-shirt tu.

Geng TeamPuncheat dengan baju sponsor dari Ligakampung.com
Geng TeamPuncheat dengan baju sponsor dari Ligakampung.com

Bercerita pasal sponsor, ianya boleh jadi satu medium promosi yang baik tapi sejauh mana keberkesanannya tu tak boleh nak nilaikan. Ianya juga bergantung kepada nasib kita sendiri samada rezeki itu akan datang selepas kita usaha atau tidak.  Akan datang juga mungkin aku cuba untuk sponsor blog-blog sebab ia juga medium yang baik. Tapi kena tunggu bila bajet tu dah cukup untuk belanja promosi. Buat masa sekarang masih suam-suam kuku je.

Bercerita pasal blog, selain blog ini aku juga telah menukar theme bagi blog ligakampung.com. Aku jadikan sedikit formal untuk blog niche. Aku juga mengharapkan kalau ada kawan-kawan yang mempunyai idea untuk menulis mengenai SUKAN, bolehlah kita bekerjasama. Bukan apa, kelemahan blog-blog aku adalah disebabkan buat sendiri sahaja, maka ia tidak boleh pergi jauh. Kalau ada JV dengan ramai orang pasti memudahkan kerja dan boleh menumpukan dalam bidang tertentu.

Bulan ni aku takde cerita pasal pencapaian sebab rasanya bulan lepas tak banyak pencapaian. Lagipun tengah sibuk nak RAYA je, maka tak banyak aktiviti selain itu yang dapat dilaksanakan. Bulan ni aku rasa ada beberapa benda yang perlu ku lakukan seperti :-

  • Servis Kereta. Kalau ikutkan, dah sampai tahap supaya servis berkala tu. Agak sibuk je di waktu yang sepatutnya. Kena cari juga takut nanti kerosakan yang lebih teruk.
  • Motosikal juga perlu servis dan diperbaiki. Semenjak tayar depan pancit masa Ramadhan lalu, langsung aku tak usik. Bulan Syawal dah abis pun masih tak menolak lagi ke kedai motosikal.
  • Bersedia untuk renew domain-domain. Bulan September banyak yang akan tamat dan kena bersedia lebih awal.

Okay, rasa inilah serba sedikit celoteh aku minggu ni. Semoga korang sedikit terhibur membacanya dari sibuk bermain Pokemon Go. Hehehehe. Aku memang tak nak terjebak layan Pokemon Go ni. Nanti tak jadi kerja woo..

 

4 Replies to “Personal Coaching , Sponsor T-Shirt”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.