Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terima kasih banyak-banyak kepada yang masih membaca blog ni. Aku tak tau berapa orang yang baca tapi kalau ada yang baca boleh tinggalkan sikit komen kat bawah ni ye.
Minggu ni aku menyertai perlawanan bola persahabatan antara 5 perumahan di Malaysia iaitu Melaka selaku tuan rumah, Selangor, Perak, Johor dan Pulau Pinang. Sepanjang aku berada di jabatan ini kali pertama diadakan . Kali pertama dalam sejarah. Kalau ikutkan agensi lain memang ada sukan masing-masing tapi memandangkan agensi kami kecil maka ada buat permainan bola dan juga bola jaring sahaja. Meskipun begitu meriah juga acara tersebut yang diadakan pada 4 Oktober 2025.
Cerita pasal permainan bola ni, team kami ni dibarisi oleh pemain berusia. Dapatlah nombor 4 dari 5 pasukan tapi dari prestasi aku sendiri agak baik. Meskipun aku bukan pemain utama dan hanya pemain simpanan tapi dapatlah beraksi dengan baik. Result pun lebih baik berbanding keputusan menyertai Sukan Antara Jabatan (yang tak diceritakan dalam blog ni).
Aku bermain defend kiri dan centre back dalam beberapa perlawanan. Memang susah main centre back sebab biasa main kiri je. Memang pengalaman bermain pada waktu tengahari cukup memeritkan. Apatah lagi bermain di padang rumput tiruan, memang terasa bahang di tapak kaki.
Pengalaman baru yang mungkin akan bersambung lepas ni.. Nak tulis panjang-panjang pun mata dah kuyu. Aku kongsi sikit gambar untuk kenangan di masa hadapan ..

Antara aksi yang diambil oleh jurugambar berbayar. Yang kena kad tu kapten tapi gaya aku yang lebih.

Ini je satu gambar solo aku. Gambar aku tak banyak. Almaklumlah muka non komersial kan?

Aksi mengejar bola pemain Lembaga Perumahan Pulau Pinang. Agak-agak dapat tak bola tu?

Aksi markup pemain no 6 Lembaga Perumahan Selangor. Alhamdulillah main second half sampai habis game ni takde bolos.