Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Salam merdeka semua..

Hari ni aku sambung semula domain dan hosting. Meskipun bulan ni aku dalam keadaan keseSAKAN ekonomi tapi aku mengambil juga risiko yang menerbangkan duit ni.. Untuk hosting aku membelanjakan RM172.80 manakala domain RM215.00 .. Kira-kira RM387 juga sedangkan duit adsense tidak ku terima untuk dua tahun ni.

Apapun aku usaha juga untuk membangunkan blog dan domain ni . Kalau ada yang nak derma boleh sini belikan kopi . Ooo ye, kalau ada sesiapa yang nak buat blog camni dengan domain dan hosting boleh daftar dengan datakl .Memang services yang terbaik . Malam-malam aku emel pun boleh dapat feedback dari diorang.

[ Dapatkan Hosting atau Domain disini ]

Meneruskan karier sambilan sebagai blogger ni memang mencabar dan belum tentu mendapat pulangannya. Tapi aku masih mengharapkan ada sinarnya. Terima kasih kerana menyokong blog ini. Dan harapnya terus menyokong ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.