Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Macam biasa, selain sertai perarakan merdeka , aku juga perlu sertai perarakan maulidur rasul sempena Hari Kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad . Seperti sebelum ni lokasi permulaan adalah di Stadium Tun Fatimah , Bukit Serindit melalui Bukit Piatu sebelum tiba ke destinasi di Masjid Al Azim.

Sebelum aku cerita kisah Maulidur Rasul ni, aku kongsi Tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu ‘ MEMBANGUN UMMAH MADANI’ (Nak tau senarai tahun tema Maulidur Rasul ? BOleh cuba tengok website ni .

Ok. Jom baca perjalanan aku pada Maulidur Rasul kali ini. Macam biasa aku gerak awal dari rumah seawal pukul 5.00 pagi. Sampai di tempat parking berdekatan DIY Ekspress Bukit Palah sekitar jam 5.30 pagi. Aku meneruskan perjalanan ke Masjid Al Azim dulu sebelum menunggu bas yang dikatakan akan gerak jam 6.30 pagi. Azan pukul 5.58 pagi jadi bolehlah aku solat jemaah sekali. Mula solat dalam pukul 5.12 pagi dan hari jumaat. Adalah bacaan surah As Sajadah. Tapi alhamdulillah selesai solat kira-kira 6.26 pagi dan masih ikut jadual. Aku menunggu bas di depan pejabat pos dan bas tiba kira-kira jam 6.40 pagi. Bas gerak ke Stadium Tun Fatimah dalam pukul 7.05 pagi.

Sampai di Stadium Tun Fatimah bersarapan Spaghetti yang dibekalkan oleh jabatan. Selesai terus masuk ke dalam perkarangan Stadium Tun Fatimah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YAB Datuk Rahmad Mariman yang merupakan EXCO Pendidikan , Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka yang tiada di Melaka.Dalam pukul 9.00 kontijen berlepas untuk perarakan. Memandangkan kontijen aku dibaris nombor 85 jadi kami bergerak kira-kira jam 9.40.

Perarakan kami juga disertai dengan hujan renyai-renyai. Sedikit cuak juga dengan kelengkapan. Tapi alhamdulillah hujan tidak lebat sebaliknya masih terkawal. BIasalah dalam perarakan ni mesti ada yang kena baca solawat . Ada yang nak pass kat aku tapi aku menolak la kan. Hehehehe..

Sampai di Masjid Al Azim hampir pukul 11 juga. Mula-mula ingat nak makan di Masjid tapi beratur panjang dan pilihan pun tak banyak. Jadi aku terus je balik… Ini beberapa gambar dan video untuk simpanan masa hadapan dan kenangan.

Korang ada tak kena perarakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.