Hari minggu pun tiba. Jadi adalah sikit kelapangan untuk aku menaip barang sepatah dua dalam blog personal ini. Memang bila time kerja tak termampu nak menaip kat blog ni. Apatah lagi dengan rengekan anak kecil yang perlu diutamakan maka blog sikit terabai seketika.
Minggu ini, isteri telahpun memulakan tugasnya. Jadi menghantar pengasuh adalah aktiviti yang berlaku dalam minggu ini. Memang terasa lain je bila pagi-pagi mengangkat anak ke kerusi kereta bayi. Tapi ini terpaksa dilakukan untuk kami meneruskan kelangsungan hidup. Zaman sekarang yang mencabar ni, menghantar anak ke pengasuh memang perkara yang dilakukan bila dah bekeluarga.
Ada alternatif lain seperti hantar ke TASKA tapi aku tak berapa nak kaedah tu. Sebab ada TASKA ambil sampai berpuluh budak. Mana mampu pekerja nak jaga. Tu yang ada yang kena dera tu. Mohon dijauhkanlah anakku dari perkara buruk ni.

anak pintar cerdas
Inginkan Anak yang Pintar dan Cerdas

Ulasan pengasuh terhadap Muhammad Fatih nampaknya agak baik. Cuma masih belum pandai lagi si kecil tu nak minum susu guna botol. Terpaksa pengasuh menggunakan alternatif menggunakan picagari. Takpelah janji si kecil tu tak lapau tinggal di rumah orang lain.

Okay, pertandingan biggest loser Jabatan di tempat kerjaku telah memasuki fasa akhir. Aku melakukan timbangan terakhir dalam pertandingan ini dan keputusan mengecewakan. Aku naik sekilogram berbanding bulan lepas iaitu 67.9 kg. Sekarang ni jadi 69kg pula. Inilah akibatnya bila makan mula tak terkawal, nasi banyak dimakan. Kena pula time masak sendiri. Memang lebih suapan dalam mulut tu. Memandangkan sasaran tidak tercapai aku dikenakan DENDA sebanyak RM10. Memang mengecewakan. Bukan sebab kena denda tapi sebab pencapaian yang tidak tercapai.
Memang kena ubahlah lepas ni. Lagipun aku nak masuk pertandigan lari suka-suka bulan depan ni. Kenalah jaga badan. Kang tak termampu pula nak habiskan 5 kilometer kat Hutan Rekreasi Ayer Keroh nu. Cerita pasal lari tu, akhirnya aku jumpa juga arm pouch untuk meletakkan handphone bila jogging nanti. Insha allah, esok pagi aku akan cuba pakai. Harap-harap tak terasa sangat ketidakselesaan memakai benda tu.

Aku juga ditugaskan untuk menjaga seorang budak PRAKTIKAL. Tak perlulah aku nyatakan dari mana dia berasal tapi memang belum bersedia langsung budak ni nak menghabiskan pengajiannya. Aku telah menugaskan beliau untuk membuat ‘SISTEM ANGKA GILIRAN KAUNTER’ tapi dah 2 bulan lebih, hasilnya aku masih tak nampak lagi. Banyak alasan yang diberi tapi yang aku nampak dia ni memang tak berapa nak reti buat.
Tapi takpelah, aku pun bukan rajin nak marah pun. Tengok je la camne. Sebab hari Selasa ni ada supervisor dia nak datang jengok. Aku pun tak tau nak bagi ulasan jujur atau yang baik-baik sahaja. Tapi memang sengal la budak ni. Sekarang ni pun aku tengah cari-cari kalau ada Sistem Angka Giliran Kaunter yang ‘Open Source’ atau dalam erti katanya, PERCUMA. Tapi memang susah nak cari. Ada jumpa kat QMSOS ni tapi tak reti plak nat SETUP kat laptop ni.

QMS System
Memang penat benau buat kerja ni. Tu belum lagi cari camne nak SETUP LED Display lama ni. Nak cari cable pun payah sebab tak banyak kegunaan 9 pin port COM ni. Dah jumpa sekali tak menjadi pula. Memang kesakitan hati yang amatlah.

Display LED signage yang perlu dijadikan semula.
Display LED signage yang perlu dijadikan semula.

Itu belum masuk lagi asik nak setting AP Wifi yang tak berapa nak stabil tu. Nak beli yang canggih harga RM1,000 ke atas nanti boss kata mahal pula. Kenalah minta tolong pakar-pakar bagi membantu untuk mendapatkan kualiti wifi yang lebih sempurna.

Selain itu, klikjer ada bagi aku Komisyen sikit. Walaupun kecil je nilainya tapi kira oklah tu untuk aku gunakan bayar duit minyak motor sebulan. Sambil tu duit google adsense dah capai miminum untuk dikeluarkan. Memang nak keluarkan ni sementara duit Malaysia tengah jatuh ni. Selesa lah nanti tukar kan dari USD ke RM tu.. Pendapatan lain belum cukup lagi nak diceritakan.

6 Replies to “Anak ke Pengasuh, Denda Biggest Loser, Pelajar Praktikal yang sengal”

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.