Cuti 3 hari lalu aku ambil kesempatan untuk balik ke kampung isteriku. Ye lah, nak balik kampung sendiri hanya 3 kilometer je. Setiap minggu pun balik. Jadi bila cakap balik kampung, ceritalah balik kampung isteri.
Walaupun kampung isteriku satu negeri tapi bukanlah dekat sangat. Ye lah, mesti ada kata ‘ala Melaka je, jauh manapun‘. Memang lah tak jauh tapi hampir sejam juga nak sampai. Itu belum masuk lagi singgah kejap minum pagi dalam perjalanan.
Apatah lagi time aku balik tu hari hujan hampir seharian. Maka perjalanan pun sedikit perlahan. Hari Jumaat balik kampung memang tak pernah berlaku sebelum ni. Biasanya aku balik pun hari Sabtu dan balik hari. Tapi memandangkan dah lama tak tidur sana maka cuti 3 hari ni aku target di Kuala Linggi pada hari Jumaat dan Sabtu.

Balik rumah, tengok rumah pusaka isteriku teruk. Terlalu banyak habuk dan kotor. Maka tak berani nak kubawa anakku tidur di situ. Terpaksaku menumpang rumah Wan Timah yang telah berusia lebih 80 tahun tu (agak-agak je). Rumah Wan Timah memang bersih, walaupun agak berusia namun beliau rajin. Cuma kadangkala beliau banyak mengulang-ulang pertanyaan yang sama.
Mungkin nanti kita pun sama kot kalau ‘BERJAYA SAMPAI‘ ke usia sebegitu. Wallahhualam.

Kalau korang nak tengok rumah-rumah lama Melaka, salah satu lokasi adalah di kampungku di Kuala Linggi.Masih banyak lagi rumah yang berpapan. Dan ada juga chalet yang menyediakan rumah kampung sebagai penginapan. Rumah pusaku isteriku pun masih berpapan tapi memandangkan banyak nama maka tak buat apa-apa lah. Kalau ikutkan strategik nak buat sewa atau homestay.
Malahan disebabkan keunikan rumah-rumah di sana ianya menjadi lokasi popular penggambaran drama Melayu. Yang terbaru, dalam cerita ‘Cinta Si Wedding Planner’ lakonan Adiputra tu pun ada dibuat di Kuala Linggi. Yang mana? Kenalah korang cari sendiri.

Pada mulanya aku merancang untuk berlari pada petang Jumaat tu tapi memandangkan banyak hal maka ditangguhkan juga. Untuk makan malam, aku tapau dari Restoran SEH Seafood. Agak lambat juga menunggu tapi takpelah, janji boleh bawa balik untuk makan dengan keluarga dan Wan Timah. Kalau nak ikutkan dekat kawasan rumah di Kota Supai tu ada kedai makan tapi dulu penah datang agak mahal sikit harganya maka pergi jauh sikit hingga hampir ke Kuala Sungai Baru.
Tidur di rumah Wan Timah memang pengalaman baru. Takdelah apa yang menakjubkan sangat cuma dah lama tak tidur di rumah kayu. Tapi nak kata sejuk sangat tu tidakle tapi bolehlah. Si Fatih pula buat hal asyik bangun dan menangis. Mungkin sebab sakit perut tapi alhamdulillah selepas sapu ubat Ceylon, dia kurang menangis dan menjerit. Mungkin juga sebab sakit perut atau masuk angin tu. Lagipun cuaca sejuk je waktu tu.

Esoknya aku memulakan projek larianku. Berlari di tepian pantai, aku mengharap mampu berlari sejauh yang boleh tapi agak malang bila ketemu jalan mati. Dah le jalan mati, dekat kubur pula tu. Terpaksa berpatah balik dan keluar ke jalan utama. Memandangkan keluar ke jalan utama, aku mengambil keputusan untuk berlari hingga ke Negeri Sembilan. Ye, berjaya juga aku menyeberangi Negeri Sembilan dengan berlari. Sebelum ni naik kereta je kalau nak seberang jambatan Kuala Linggi tu.

Depan sikit dah nak masuk Negeri Sembilan
Depan sikit dah nak masuk Negeri Sembilan

OOO ye, ini juga merupakan larian pertamaku bagi tahun 2016. Aku juga berjaya mencatatkan rekod apabila berlari sejauh 9.73 kilometer selama 1 jam 28 minit. Rekod terjauh dan terlama pernah kucatatkan sepanjang menceburi bidang larian ini. Memang agak gembira walaupun hajat mencapai angka 10 kilometer masih terbantut lagi.
Tak mengapa sebab aku rasa tidak lama lagi mampu jua kucapai jarak 10 kilometer tu nanti. Inshaallah. Ini juga menandakan salah satu azam aku iaitu 1,000 kilometer pada tahun 2016 sedang dilaksanakan. Aku masih ada 993 kilometer untuk ditempoh bagi memastikan sasaran tercapai. Masih jauh tapi inshallah boleh.

Selepas berlari, aku teruskan aktiviti berenang di laut pula. Ramai juga orang ketika aku tiba.Kebiasaannya aktiviti keluarga memang banyak diadakan di kawasan tersebut. Aku layanlah berenang untuk mempraktikkan ilmu yang kupelajari dari ‘Panduan Belajar Berenang‘. Alhamdulillah, walaupun kaedah dalam ebook tu lebih kepada berenang di kolam tapi sedikit sebanyak dapat juga ku gunakan di laut. Belum pandai lagi, tapi bolehlah sikit-sikit. Korang kalau nak belajar berenang tanpa ke kolam, boleh cuba di pantai dan belajar gunakan ebook ni.

kuala-linggi
Budak kecik agak takut dengan air yang sedang pasang

Kalau ikutkan nak berendam lama-lama tapi aku kena balik dan sampai Jasin sebelum pukul 3. Sebabnya aku ada appoinment dengan Perodua Jasin untuk service kereta MyVi kesayanganku. Ikutkan nak buat minggu depan je tapi kena awalkan sebab mungkin nak ke IJN pada Jumaat depan. Jadi kenalah service juga. Terbang jugalah RM370.00. Memang service kereta kat Perodua mahal tapi pengalaman lalu terpaksa menyebabkan aku takut nak buat kat kedai bengkel biasa.

Okay, itu sahaja setakat ini. Terima kasih sebab korang sudi baca kisah cutiku dengan GIGIH. Kalau tak baca, tinggal komen je pun okay je.

9 Replies to “Balik kampung Kuala Linggi, berlari 9.7 kilometer, service kereta di Perodua jasin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.