Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hilang gigi merupakan perkara biasa bagi mereka yang telah meningkat usianya. Apatah lagi jika di usia muda kurang menjaga aspek kebersihan gigi. Memang mudah sangat gigi untuk menjadi reput , berlubang, rosak dan sebagainya.
Cerita pasal gigi ni, aku juga menghadapi masalah tersebut. Banyak gigiku yang telah hilang samada di cabut secara formal di klinik gigi ataupun tercabut secara sendiri. Memandangkan gigi depanku yang telah tercabut , aku perlu mendapatkan gigi palsu. Almaklumlah kerja di pejabat, nak masuk mesyuarat agak kurang bersesuaian kalau nak bersuara. Nanti jadi bahan ejekan pula . Jadi selepas hampir 2 tahun dengan kekurangan gigi hadapan , aku mengambil keputusan mendapatkan gigi palsu. Ikutkan dah nak buat tahun sebelum tu tapi memandangkan kes COVID-19 yang makin meruncing masa tu menyebabkan tak berani. Sekarang ni nampak agak kurang kes dan kita semakin dekat dengan fasa Endimek maka berani la sikit.

Aku telah buat appoinment di Klinik Sharlindah , Alor Gajah. Ikutkan pada 28 Disember 2021 yang lalu tapi ketika itu banjir melanda kawasan berdekatan Alor Gajah jadi aku batalkan temujanji tu dan menukar pada minggu seterusnya. Alhamdulillah dapat meneruskan temujanji tetapai masih belum boleh buat gigi tersebut . Doktor memaklumkan kena buang tunggul gigi depan dan juga cuci dahulu. Itu pun kena tunggu selepas 1 bulan baru lah acuan boleh dilakukan. Agak lama juga nak dapatkan gigi palsu tu. Ingatkan hari tu dah boleh buat acuan dan tunggu dalam seminggu dua. Rupanya lebih lama lagi.

Tapi tak mengapa. Kena ikut prosedur lah kan. Kita bukan doktor gigi. Ini sedikit video yang aku buat tapi takde lah sampai dalam bilik rawatan.

7 Replies to “Bermulalah Untuk Mendapatkan Gigi Palsu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.