Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Semalam aku berbincang dengan seorang rakan yang ingin bertanya padaku bagaimana cara untuk buat domain dot com. Bila berbincang-bincang rupanya beliau ingin membangunkan blog sendiri. Memang tersenyum sekejap sebab menulis blog bukanlah satu profession yang mampu dijadikan penjanaan tetap. Hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan. Kalau dilihatkan pada masa kini telah banyak program penjanaan pendapatan melalui blog mula berkubur. Aku yang masih bertahan ni pun bukan sebab pendapatan tapi sebab saja-saja nak berkongsi sesuatu dalam diri ini.
Mula-mula ada juga disuarakan untuk membuat video bodoh-bodoh dalam Youtube. Dibawah ni contoh video yang diberikan kepadaku
Memang nampak kelakar dan mudah tapi aku rasa tak sesuai bagi seorang yang mempunyai bakat sepertinya. Apa bakat yang beliau ada? Beliau sebenarnya mempunyai bakat dalam pengucapan awam atau dalam bahasa Inggerisnya ‘public speaking’. Lebih dari itu beliau pernah mempunyai syarikat motivasi dan pernah mengusahakan beberapa siri motivasi terutama untuk pelajar universiti sebelum ini. Jadi kenapa bakat itu tidak diperkembangkan. Aku bak ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ bilamana beliau memberitahu bahawa ingin membuat ‘comeback’ semula.
Memang selama ini aku sedang mencari-cari ruang untuk mencuba yang baharu. Dah lama aku tertarik untuk mengikuti program-program yang dijalankan oleh motivator ni. Bukan sebagai penceramah tapi sebagai salah seorang urusetianya. Ye, aku bukanlah manusia yang mempunyai kekuatan dalam pengucapan awam ni. Tapi aku nak cuba menjadi sebahagian dari mereka kerana melihat keseronokan membantu yang memerlukan ini.
Antara idea yang dikemukakan adalah ‘motivasi pelajar’ yang meliputi kalangan pelajar universiti, pelajar lepasan SPM. Berdasarkan pemerhatian aku, niche ini agak mencabar untuk mendapatkan pendapatan kerana mereka bukanlah kategori mudah mengeluarkan duit. Tetapi aku perlu kaji beberapa aspek untuk menjana pendapatan. Antara yang patut ku cuba adalah :-
1) Youtube. Aku cuba menaip keyword ‘ motivasi pelajar’ dan jumpa carian ini https://www.youtube.com/results?search_query=motivasi+pelajar ‘ . Aku lihat ada pelbagai video tapi kurang melalui youtuber. Nampak ada ruang di sini untuk ku dicuba. Bukan aku yang akan berbicara tetapi rakanku itu yang masih muda boleh diketengahkan. Cuma dia nak ‘low profile’ tapi sukarlah nak maju. Inshallah akan cuba berbincang semula untuk dia menggunakan ruang maya ini manakala aku di belakang tabir pula.
2) Google. Aku taip keyword di google dan hasil carian menunjukkan bahawa terdapat 12,600,000 carian. Secara amnya, ia sudah cukup kuat kalau dapat berada di page pertama. Agak-agak artikel ni boleh ke berada di page pertama google dengan carian ‘motivasi pelajar‘ ? Harap begitulah.
3) Bertanya di facebook. Aku juga cuba bertanya di Facebook ku untuk mendapatkan pandangan orang-orang sekeliling. Pakar penulis buku Zamri Mohamad memberikan komen yang membina. Begitu juga dengan blogger Safirul Amar yang memberikan pendapat. Aku harap ilmu yang dikongsikan dapat membantu aku dan rakan untuk melakukan sesuatu.
4) Mendapatkan networking. Untuk mendapatkan peluang, aku perlu membina jaringan antara satu sama lain. Aku sedang mengusahakan dengan bertanya beberapa orang yang kukenali seperti Sukur Ibrahim. Ini penting untuk menjadi ‘seseorang’.
5) Mencari program affiliate yang sesuai untuk penjanaan pendapatan. Buat masa ni belum jumpa lagi. Tapi takpe, pelan-pelan kayuh pasti berjumpa
6) Buat masa ni aku hanya berborak kosong je dengan kawan tu. Belum ada ‘proper planning’ lagi. Nanti kena buat beberapa perkara seperti jadual. Ini penting untuk memastikan masing-masing boleh memberikan komitmen pada waktu tersebut. Aku secara amnya risau juga sebab kerja di opis menuntut datang bekerja di hari cuti tapi kalau menjadi projek ni pasti waktu cuti sabtu , ahad perlu melakukan program.
Berbalik semula kepada tajuk ‘boleh ke menjana pendapatan melalui niche motivasi pelajar ‘? Meskipun ada beberapa kekangan tapi aku yakin ia boleh dilaksanakan dan mampu memberikan peluang dan ruang. Yang penting bagaimana untuk menyusun dan melaksankan perkara ini. Mungkin siri-siri pertemuan yang lebih kerap akan diadakan selepas ini bagi membantu untuk membangunkan projek ini. Doakan kami berjaya..
p/s: Teringat pula menghadiri kursus bengkel penulisan Motivasi tapi masih tak mampu lagi menulis buku. Inshallah di kejarkan pada tahun ini,