Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari raya kebiasaannya ketupat menjadi hidangan rasmi bagi masyarakat Islam di Malaysia. Ianya menjadi hidangan tradisi di negara kita bagi menyambut Aidilfitri..Ketupat adalah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus. Terdapat banyak jenis ketupat antaranya ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat palas. Ketupat biasanya akan dihidangkan dengan juadah rendang , sambal dan lontong. Terpulang kepada citarasa dan budaya negeri masing-masing.
Membuat ketupat ini bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan kemahiran terutama dari segi menganyam ketupat tersebut. Tanpa ilmu, pasti seni ketupat itu tidak akan dapat dihasil dengan sempurna. Selain itu, kesilapan menganyam dan merebus akan mencacatkan ketupat itu sekaligus tidak mampu dihidangkan kepada para tetamu.

 

Selain hidangan hari raya, ketupat juga sering digunakan dalam hidangan sate. Walaupun sekarang ni,ketupat segera digunakan namun sudah pasti tidak mampu melawan keenakan ketupat yang dianyam.

Untuk artikel kali ini saya akan berkongsi tentang cara-cara menganyam dan memasak ketupat. Ia merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh keluarga saya ketika hari ‘mantai’. Bahan utama yang diperlukan untuk menganyam ketupat pastinya daun kelapa yang muda. Tak boleh ambil sebarang-sebarang daun kelapa kerana ia akan memberi kesan dalam masakan nanti.

Cara-cara Menganyam Ketupat

Berikut merupakan tutorial membuat ketupat secara gambar. Anda boleh tengok dan cuba praktikkan. Insyallah boleh dibuat kalau berusaha sebaik mungkin

Cara- Menganyam-Ketupat

Ini pula video cara-cara masak ketupat original dari saya dimana tangan adik saya sebagai modelnya.

Video Cara menganyam Ketupat

Video Masukkan Beras ke Ketupat

Video Rebus Ketupat

Selain itu disertakan tips membuat ketupat yang baik :-
1. Beras yang dimasukkan dalam bungkusan ketupat harus 2/3 dari isinya. Jangan lebih dari itu kerana mampu memecahkan bungkusan ketupat itu. Kalau sikit sangat nanti tak cukup kembang pula.
2. Beras yang telah siap dicuci akan rendam selama lebih kurang 4-5 jam. Air tersebut perlulah dididihkan sebelum itu sebelum ketupat dimasukkan. Pastikan juga ketupat itu direndam penuh.
3. Seeloknya selepas masak, digantung terlebih dahulu sehingga kering sebelum dihidangkan.

Sekian.

p/s :- Artikel lama 19 September 2009 yang dibuat penambahbaikan. Harap-harap banyak traffik masuk atas keyword ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.