Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ikutkan aku nak buat satu video pasal Nanas dan cuba hantar ke ML Studio.
Alang-alang tu baik aku kongsikan juga kat blog. Mungkin dapat sikit traffik kat sini juga kan.


Lagipun apa salahnya buat serampang dua mata kan? Eh, kepada korang yang datang ke blog ini buat kali pertama, korang boleh tengok beberapa artikel aku pasal Nanas dan juga Facebook Page aku berkenaan Nanas (https://www.facebook.com/nanasdotcom).
Banyak hal nanas yang aku kongsikan. Memang aku minat nanas meskipun aku pernah menghadapi kegagalan pada buahan ni..

Berbalik kepada tajuk diatas. Aku sedang merangka untuk membuat video mengenai info berkaitan nanas dan elok aku kongsikan disini.

INFO MENGENAI NANAS.

Nanas merupakan buah tropika yang popular di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Nanas ni mempunyai kadar kalori yang rendah dimana ianya bersesuaian bagi diet makanan sihat.
Kandungan VItamain C yang tinggi boleh merawat penyakit bermula dari ketidakhadaman atau dalam perkataan lainnya ‘sembelit’. Bahan antioksidan ini dalam membantu mencegah pembentukan penyakit.
Enzim Bromelin yang terdapat dalam buah nanas ini telah digunakan secara meluas dalam mengawal pembengkakan.

Nanas ni sering kita dengar ianya masam tetapi fakta itu tidak tepat. Ia mungkin masam disebabkan ianya masih belum matang ataupun penjagaan tanaman yang kurang sempurna.
Nanas kini menjadi buahan yang mudah dimakan secara mentah ataupun bersama masakan lain. Sudah pasti tart nanas merupakan kuih yang amat popular ketika hari perayaan.

Nanas dikatakan berasal dari Amerika Selatan. Mungkin sebab itulah pemain bolasepak Amerika Selatan cukup handal bermain sukan terutama bolasepak. Mungkin Lionel Messi masa kecil dulu gemar makan nanas kat kampung. Tu yang padu main bola tu.


Nanas merupakan buah yang penting di Malaysia sehingga pihak kerajaan telah menubuhkan agensi Badan Berkanun berkenaan Nanas pada tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya buah nanas ni berbanding buah lain hatta buah durian atau rambutan sekalipun.

Di Malaysia, varieti nanas yang popular adalah seperti MD2, nanas sarawak, nanas morris , nanas madu dan josapine. Walaubagaimanapun ada pelbagai lagi varieti yang mula mendapat tempat di kalangan peminat nanas.


Menanam nanas ni agak mudah. Ia boleh ditanam menggunakan jambul ataupun anaknya (atau dipanggil sulur). Ia memerlukan kira-kira 12-14 bulan untuk berbuah (bergantung kepada tahap penjagaan).
Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan nanas di kedai buah berhampiran anda…

One Reply to “Info Mengenai Nanas”

Leave a Reply to SihatAfiat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.