Hujung minggu lalu agak sibuk diriKu ini. Pagi-pagi aktiviti berjogging dijalankan seperti hari minggu yang biasa. Hari Sabtu larianku mencecah 1.93 kilometer dengan masa 17:24 minit. Bukan pencapaian yang baik tapi perlu ku Segerakan kerana ada tugas berat yang menanti pada pagi itu..
Apakah Tugasnya ? Aku terpaksa menjadi Mr Mama pada pagi hingga tengahari tu. Cabaran besar memang menanti diriKu pada hari Sabtu yang lalu. Kesegaran pagi yang indah selepas menempuh larian yang menyihatkan itu membuatkan diriku sedikit letih. Ketika melihat jam di dinding, pukul 10.00 pagi, si kecil masih selesa beradu.
Pasti ingin ku join sekali menidurkan diri. Tidak lama lelapanKu pabila si Kecil itu membuka mata bulatnya. Buka matanya, selang beberapa minit tangisan bergema di Jalan……, Taman …….. Sudah pasti si Bayi kecil ini kehausan inginkan minuman. Memandangka Aku tidak mempunyai Susu badan maka simpanan dari Isteriku, ku ambil.

Air susu badan yang disejukkan itu ku rendam di dalam Air Panas selama beberapa minit. Selepas sahaja aku merasa air itu menjadi suam, cuba ku suapkan botol Avent ke mulut anakku ini. Pergh!! Memang berdentum tangisan si Kecil itu sambil menangkis botol itu dari tanganku. Walaupun terasa sedih namun ku gagahkan juga untuk memberikan air minuman itu padanya.
Yelah, kalau tak bagi nanti BAYI ini akan kelaparan. Kena juga mencuba memberikan susu itu padanya. Berjaya memberi hanya sekitar 10 ml sahaja dimana 3 kali suapan tidak memberikan hasil maksimum. Memang ada sedikit bengang namun untuk anak kecil ini ku tabahkan jua. Memang bukan senang menjadi seorang ayah. Kena banyak bersabar dan bertabah. Nak memberi botol susu juga perlukan kekuatan mental yang tinggi untuk kemudahan di kemudian hari.

zool-dan-bayi
Seharian Menjaga Bayi Memang Meletihkan

Setengah hari ku menjadi ala-ala Pengasuh dan kurasakan kerja ini cukup mencabar. Sebab itu, kalau nak cari pengasuh kenalah berhati-hati. Tak boleh tangkap muat nanti akan merana diri. Kalau dapat pengasuh yang tak sabar memang teruk budak kecil ni. Alhamdulillah, pengasuhku baik dan harapnya mampu menjaga bayi kecilku seperti anaknya sendiri.
Esoknya, hari Ahad pagi ku mulakan dengan aksi berjogging. Untuk kali ini aku cuba menetapkan sasaran 5 kilometer perjalanan. Ku lihat jarak semalam dan cuba ku tambahkan sedikit perjalanan biasa. Dengan berbekalkan handphone Zenfone ASUS dan aplikasi RunKeeper, ku letakkan ia di bahu kananku menggunakan ‘Arm Pouch’ yang kubeli dari Mr DIY Ayer Keroh. Harganya cuma RM9.90 tapi cukuplah untuk aku letakkan handphone 3inchi tu.

Arm Pouch yang kubeli dari Mr DIY
Arm Pouch yang kubeli dari Mr DIY

Agak malang, sasaranku tidak tercapai. Hanya 4.60 kilometer yang kucapai dalam masa 43:32 minit.Walaupun tidak mencapai jarak yang kuhajati namun berdasarkan prestasi aku merasakan jarak 5 kilometer bukan sesuatu yang mustahil. Selain itu, kini aku sudah dapat mengagak laluan yang perlu kutempohi kalau nak mencecah jarak 5 kilometer tu. Aku harapkan impian ini mampu tercapai untuk ku cuba menyertai sebarang kejohanan larian yang sejauh 5 km dalam masa terdekat ni.
Selepas penat berpeluh, ku rehatkan badan dengan pergi ke Kolam Ayer Panas Bemban. Kolam yang terletak tidak jauh dari rumah ini memang dipenuhi oleh ramai orang. Jam baru pukul 9.15 pagi tapi dah penuh orang beratur di pintu masuk taman tema air di Jasin ini.

Aku, isteri dan bayi kecilku pergi ke kolam tersebut dimana bayarannya adalah RM6.50 untuk orang dewasa. Kanak-kanak tak pula dapat dipastikan. Korang carilah sendiri ye. Kalau biasanya aku akan ke kolam renang dan kolam air panas tapi kali ini membawa anakku untuk merasai keseronokan air tersebut. Mula-mula ada tangisan tapi selepas itu, beliau rilek je direndamkan oleh ibunya. Tanpa reaksi yang comel, mungkin sedikit terpegun dengan keadaan tersebut. Letih agaknya sehingga akhirnya beliau tertidur dan aktiviti mandian bapanya pula bermula.
Siapa yang pergi ke kolam Air Panas itu mesti pergi ke bahagian merendam kaki. Rasanya memang hebat, dengan kepanasan 40 darjah Celcius. Mula-mula memang tak tahan tapi bila dah rendam 1 minit anda pasti boleh bertahan. Ada beberapa tempat yang aku tidak dapat merasakan kepuasannya. Almaklumlah, pada hari minggu ramai yang datang maka sukar untuk pergi ke kolam yang biasanya menjadi lokasi pasti untuk ku berenang seketika (walaupun kolam tu hanya sekitar 1 meter dalam). Nak buat camne, dah kat Jasin ni tiada kolam renang awam maka itulah tempatnya.

zool
Nak pergi kolam renang yang betul-betul nak kena pergi Krubong. Lainlah kalau ada rumah persendirian dan bertaraf jutawan, boleh juga bina kolam renang persendirian. Baru boleh betul-betul praktikan ilmu belajar berenang kan??

Panduan belajar berenang

Bersambung kembali di kolam renang Ayer Panas ni, aku rasa ada banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. Tandas dan bilik persalinan perlulah di ‘upgrade’. Kadang-kadang nak melepas pun takut-takut sebab ada kala airnya tiada dan pintu pun tak berapa nak kunci. Selain itu, pintu masuknya juga sempit menyukarkan pergerakanku yang menyorong stroller anakku.
Bukan senang nak menolak, lepas tu ada pula kawan-kawan yang melalui lorong tanpa tangga tu yang sepatut diberikan kelebihan kepada yang menyorong kerusi roda, stroller atau peralatan beroda. Tapi tak mengapalah, dah memang gitu sikapnya. Takkan nak marahkan.

Selain itu, aku juga baru je memperbaharui domain zoolzarizi.com ni. Mungkin ada yang ingatkan ini domain baru tapi sebenarnya ia dah 3 tahun cuma tak dibuat apa-apa je. Baru-baru ini je aku merasakan bahawa perlu dilakukan sesuatu pada domain ini. Blog adalah perkara paling mudah kalau aku nak pastikan domain ini tidak terkubur. Pasti takkan ada orang selain diriku membeli domain ini jadi biarlah ianya ada sejarah tersendiri. Keputusan menghidupkan blog ini juga selari dengan impian aku agar blog ligakampung.com berfungsi sebagai blog niche. Bagi sesiapa yang datang dari blog itu mungkin mengetahui perubahan yang cuba diketengahkan dimana blog itu cuba berfungsi sebagai blog sukan.

Jadi blog yang berdasarkan namaKu ini akan menjadi kisah yang memang datang dariKu. Tiada cerita copy paste disini tapi sebaliknya datang dari kepala otakKu. Berbeza dengan blog-blog lainku yang ada kalanya tidaklah seunik mana pun. Kos domain ni sekitar RM5+.++ je. Tak sebanyak domain yourhealthblog.net yang cecah RM6+.++ tu. Sekarang ni aku nak cari pula duit untuk mengekalkan hosting ni yang kusewa dari Datakl. Tahun lepas harganya RM145.00 tahun ni belum tahu pula. Kena tunggu quotation dari pihak syarikat. Janganlah banyak bezanya, pengsan juga nak membayarnya. Pendapatan online tak banyak pada bulan ini. Jadi tak termampu nak gunakan ia. Mungkin kena tunggu duit gaji untuk kos hosting ni.

Pergh! Panjang juga aku menulis untuk entri kali ini. Moga-moga korang yang membacanya mendapat SESUATU yang dikongsikan disini. Semoga aku mampu menulis dengan lebih GAGAH lagi lepas ini.

One Reply to “Jadi Mr Mama, Layan Kolam Air Panas Bemban, Larian 2 Hari”

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.