Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hidup akan menemui mati. Itulah lumrah kehidupan yang akan menjadi kitaran. Hari ini seorang jiran di depan rumah telah meninggalkan alam fana ini. Memandangkan tiada mesyuarat yang mendesak aku mengambil keputusan untuk menziarah pada petang tu.

Walaupun bukan saudara terdekat tapi jarak rumahnya dengan rumah mak aku terlalu dekat. Hanya lintas jalan sahaja. Jadi perlulah memberikan penghormatan terakhir.

Ikutkan memang arwah dah mengalami penyakit kritikal beberapa bulan ni. Tahap kesihatan semakin merosot beberapa minggu sebelum ini. Keadaannya perlu bergantung kepada adik lelakinya. Allah lebih menyanyanginya..

Secara jujur aku tidaklah kenal sangat dengan arwah. Tetapi beliau memang rapat juga dengan arwah bapaku dan juga mak ku. Malahan beliau memanggil mak ku sebagai Mak Andak (gelaran bagi mak saudara no 4) . Baru-baru ni aku pernah tanya mak pasal kenapa mereka memanggil sebagai Mak Andak dan selepas 42 tahun bernafas barulah aku tau yang atuk kami adalah adik beradik. Kiranya bapaku dan bapanya sepupu..

Kira adalah hubungan kekeluargaan. Biasalah kalau satu kampung sebenarnya ada salah silah antara satu sama lain.

Semoga arwah Abang Man akan ditempatkan dalam golongan orang beriman.

AMIN…

4 Replies to “Jiran depan rumah meninggal dunia”

  1. jiran aku sekarang memang aneh.

    depan si india tu dah pindah.

    kanan, orangnya pemalu yang amat.

    kiri, orang indon yang dah lama datang Malaysia.

    belakang, india semula.

    haha..memang majmuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.