Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti berikut ‘ buat apa cari harta banyak-banyak, bukan boleh bawa mati pun’. Ayat ini biasa didengari bila mana ada individu yang cuba mencari harta. Aku  kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana ia akan meninggalkan kesan buruk kepada yang mendengarnya. Ayat tersebut seperti tidak mengalakkan kita mencari harta di dunia dan memandang yang pemilikan harta tidak membawa erti terutama untuk dibawa ke akhir hayat.

Sememangnya benar, yang harta tidak boleh dibawa bersama ketika kita meninggalkan alam dunia ini namun ia tetap mampu memberi kesan kepada kita seandainya kita mampu menanganinya dengan baik. Cuba kita bandingkan antara seorang yang merezabkan hartanya ke jalan yang diredhai berbanding seorang fakir miskin yang mengharapkan ihsan untuk meneruskan hidup. Pasti mereka yang memberi lebih mulia dari yang menerimanya. Kenapa situasi negatif terhadap harta berlaku pada kita ? Mungkin ini antara penyebabnya :-

1. Kita sering melihat drama di tv dimana orang kaya sering bersikap zalim terhadap orang miskin. Kebanyakan orang kaya juga digambarkan sebagai orang yang sombong. Jadi mereka merasakan jika memiliki harta, sifat sombong atau bongkak akan wujud pada mereka. Ini merupakan persepsi yang patut diubah.Tidak semesti yang kaya itu sombong dan bongkak.

Terdapat ramai golongan kaya yang dermawan dan hidup yang merendah diri. Kisah negatif dalam drama ini seeloknya diubah dan sepatutnya diperbanyakkan drama supaya orang berusaha menjadi lebih berjaya. Banyak juga drama menunjukkan betapa harta menyebabkan anak beranak bergaduh. Walaupun memang terdapat dalam realiti kehidupan namun ia tidak sepatut ditonjolkan, sebaliknya tunjukkan betapa cantiknya pembahagian harta pusaka dalam Islam. Tak gitu?

2. Tidak mempunyai pengetahuan tentang harta. Kebanyakan dari kita , hanya memikirkan yang harta untuk dijual. Mungkin kita terlupa harta boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan dan juga boleh membantu orang di sekeliling. Sebagai contoh, dengan memiliki tanah kita boleh mengusahakan pertanian ataupun penternakan kambing. Selain menjana pendapatan tambahan kita juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.

Panduan Menternak Kambing

Panduan Lengkap Menternak Kambing

3. Merasakan cukup apa yang ada. Secara jujurnya, aku juga berfikiran seperti itu sebelum ini tapi selepas sedikit sebanyak mempelajari tentang hal kewangan sebenarnya kita perlu meningkatkan kemampuan diri kita. Memiliki harta bukan mengenai status tapi pencapaian peribadi dalam hidup. Hidup perlu mempunyai motivasi dan memiliki harta juga boleh dijadikan kayu ukur.

Rahsia Menjana Kekayaan

Rahsia Minda dan Kekayaan Secara Islamik

4. Bersikap pesimis. Kita sering mengatakan bahawa memiliki harta adalah susah, mahal dan sebagainya. Secara realitinya, memang sukar tapi kalau berusaha tak mustahil kita mampu memilikinya. Kena banyak mencari. Mungkin panduan Rumah Lelong dapat membantu anda mencari hartanah lelong untuk dimiliki.

5. Malas dan banyak beralasan. Ini mungkin banyak berlaku dalam masyarakat kita. Tak mahu berusaha dan mengharapkan pada orang lain. Bila orang lain berjaya kita komplen je..

6. Kadangkala dalam ceramah sering juga disebut oleh penceramah bahawa harta dunia tidak perlu dikejar. Sepertinya harta didunia tidak mampu langsung membawa kebaikan di akhirat sana sedangkan banyak ustaz mengatakan bahawa selepas kita meninggal, yang tinggal hanyalah amalam dan sedekah. Jadi bayangkan kalau harta yang dimiliki kita tinggalkan dan digunakan di jalan kebaikan. Pasti banyak pahala yang diterima. Betul tak?

Okay, cukuplah setakat ini. Ini hanyalah sekadar pendapatku yang takdelah berharta pun. Cuma ada lah sikit untuk diri ini. Mungkin ada betul dan ada yang tak betulnya. Apapun terpulang kepada anda semua. OO ye, sebelum terlupa, harta tak semestinya kereta, rumah, tanah je.. Harta intelek juga termasuk dalam pemilikan harta juga. Termasuk juga blog kalau bijak digunakan.

Sekian.

 

 

3 Replies to “Kenapa negatif tentang harta”

  1. Setuju dengan pendapat tuan blog, kebanyakkan drama melayu orang kaya mesti nak cari sama taraf, jahat dan pandang rendah orang biasa-biasa.

    Secara tak langsung persepsi masyarat dah terjurus ke arah negatif pada orang-orang yang kaya ini.

    Walaupun ada jer… ramai orang kaya yang suka menolong, menderma dan berzakat tapi dalam drama tv takde pulak nak buat cerita mereka ada pun tak banyak.

    Walaupun duit bukanlah segalanya, tapi segala benda memerlukan duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.