Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku nampak semakin hari media sosial menjadi tempat orang berkongsi masalah keluarga. Dari yang kisah perbalahan antara suami isteri sampai ke kisah tak puas hati dengan kakak sendiri.

Ini memang mengejutkan sebab pada pendapat aku, ianya tidak patut dikongsikan. Kenapa? Disini aku berikan sedikit yang patut menjadi ingatan untuk diri aku sendiri iaitu:-

  • Hal keluarga patut disimpan untuk disimpan. Mengaibkan keluarga ni. Aku tak pandai sangat pasal hal agama tapi memang ditegahpun. Ada yang dengan selamba je cerita masalah keluarga dan akhirnya disebarkan. Nak suruh hentikan sebar? Saat cerita anda dijaja, hampir mustahil untuk menghilangkan jejak tersebut melainkan korang ada pistol kuasa Men In Black tu..
  • Netizen bukanlah pakar motivasi, psikologi atau psikiatris. Mereka datang dari pelbagai bidang. Dan ramai yang akan komen tanpa mengambil kira perasaan korang atau keluarga anda. Jadi kenapa perlu mendapat kecaman dari orang yang kita tak kenal?
  • Berdosa. Ni kita boleh rujuk yang pakar .. Aku tak berani nak beri pendapat.
  • Boleh menyebabkan pergaduhan antara orang lain. Bayangkan korang cerita pasal hal keluarga tapi ianya ada kaitan dengan cerita keluarga lain. Mungkin ada persamaan cerita tersebut. Boleh jadi pergaduhan antara mereka yang tiada kene mengena dengan keluarga anda. Selain itu, akan wujud juga perbalahan antara yang menyokong dan tidak menyokong situasi korang.
  • Membuang masa. Korang akan membuang masa untuk melayan benda yang akan berpanjangan ini.

Pada pendapat aku la, eloklah hal keluarga diselesaikan sahaja di dalam. Tak perlu diperbesarkan di media sosial yang hanya akan menambah melarat sahaja…

Macam mana pendapat korang semua? Ada pendapat lain ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.