Minggu lepas ada lagi berjalan. Kali ini ke kawasan tanah tinggi di Cameron Highland menjadi destinasi. Bukan untuk melancong tapi untuk kerja dimana kami belajar sesuatu dengan Majlis Daerah Cameron Highlands. Program yang dirancang oleh Jabatan ini bermula pada hari Khamis lalu dimana aku menaiki kenderaan X-Trail Jabatan. Sepatutnya naik van yang disewa tapi terpaksa naik kenderaan jabatan sebab aku ada ‘appoinment’ dengan orang IT di UTeM. Ianya berkenaan dengan niat jabatan untuk mendapatkan ‘Cloud’ bagi menyimpan backup database luar dari pejabat.
Alhamdulillah, perbincangan berjalan lancar dan aku mengharapkan dapat bekerjasama dengan pihak UTeM bagi merealisasikan impian dalam menyimpan data di pejabat yang lebih SELAMAT. Insha allah.
Berbalik kepada perjalananku, ia bermula pada jam 12.30 tengahari. 4 orang menaiki kenderaan tersebut dimana destinasi paling awal berhenti adalah di stesen minyak Petronas Ayer Keroh. Minyak diisi bagi memastikan perjalanan dapat tiba tanpa masalah. Destinasi untuk berehat sambil mendirikan solat Zohor serta Jamak Asar di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Aku makan tengahari sekadar yang larat sahaja untuk mengisi perut. Takut nak makan banyak-banyak nanti perut meragam pula. Tak payah cerita pasal harga makanan sebab memang sedikit tinggi nilainya.
Bergerak terus melalui Simpang Pulai dan akhirnya meniti ke jalan untuk ke Cameron Highlands. Secara jujurnya ini kali kedua aku ke sana. Tapi kali pertama tu, masa aku darjah 5 kalau tak silap. Jadi memang tak INGATlah kalau ada perubahan atau tidak. Memang memeningkan juga melihat perjalanan yang berpusing-pusing ni. Nasib baik yang memandu agak cekap. Cuak juga bila melihat kawasan gaung tu. Tapi yang menariknya keindahan alam ciptaan tuhan. Dengan kehijauan yang terbentang dengan pokok-pokok rimbun mendamaikan. Ops.. Ada juga peninggalan pencerobohan yang menampakkan ketidakcantikan dibeberapa kawasan. Nak buang camne. Ada yang lebih mementingkan NILAI WANG dari NILAI alam, maka berlakulah kerosakan di situ.
Memasuki kawasan Tanah Rapat, cuaca mula terasa sejuk. Tidaklah sejuk sampai menggigil tapi dingin sikit berbanding kawasan rumah kita. Menaiki ke lokasi tempat tinggal adalah Hotel Corpthone , Brinchang. Hotel yang dulu asalnya Hotel EQ itu agak jauh dari bawah. Sampai ke hotel kira-kira jam 5.45 petang. Rancangan nak meneruskan ke kolam renang berjalan. Kolam renang tertutup itu agak kecil tapi kami layan juga. Bukan sahaja kecil, ia juga sejuk berbanding kolam renang lain. Terasa juga ke tulang tapi dilayankan juga sebab dah memang MINAT nak berenang. Siap dah buat survey sebelum pergi ke hotel tu. Jadi memang dah siap dengan seluar yang sesuai untuk renang.
Habis je aktiviti renang, malam tu kena pula menghadiri mesyuarat pembentangan bajet 2017. Pergh!! Memang cabaran sebab dari pukul 8.30 sampai pukul 1.00 pagi terpaksa bersengkang untuk mesyuarat ni. Walaupun isu unit aku tak banyak tapi tak boleh mengulau sebab kena jaga projektor. Alhamdulillah, projektor kecil Acer C205 berfungsi dengan baik. Rasanya tak sesia beli walaupun ada satu ketika rasa silap je beli.
Esok paginya, kami pergi melawat ke Majlis Daerah Cameron Highlands. Tapi kami tidak dibawa ke pejabat mereka sebaliknya ke Kelab Golf Sultan Ahmad Shah. Kami diberikan taklimat serba sedikit mengenai Majlis Daerah Cameron Highlands. Banyak yang dipelajari dan yang mengejutkan apabila diberitahu bahawa harga Rumah di sana terlalu MAHAL. Boleh dikatakan rumah melebihi RM200,000 ke atas. Ada juga beberapa kenyataan yang mengejutkan tapi tak bolehlah dikongsikan disini.
Sambil tu diorang offer juga main golf tapi masing-masing tak reti nak main. Jadi tak layan le.
Kalau anda ada duit, mungkin boleh cuba untuk MELABUR hartanah di Cameron Highland. Boleh untung juga tu. Lepas habis tu, kami melawat lah ke ladang anggur, kebun sayur MARDI, ladang the dan ladang strawberi. Kira pengalaman baru juga bagi diriku melawat kawasan tersebut. Tapi sayang takde pula kebun NANAS kat sini ek. Kalau ada, barulah den eksited. Hehehe.
Balik semula ke hotel, pergi ke Gym pula. Aku mencuba treadmill tapi tak berpuas hati dengan maklumat yang dinyatakan dalam ‘treadmill’ tu. Peluh memang mencurahlah juga dan selepas itu kami berenang sekali lagi. Malam tu kalau diikutkan rombongan pergi ke Pasar Malam Cameron Highland yang famous tapi aku malas nak keluar. Layan je game badminton antara Chong Wei menentang Lin Dan. Perlawanan epik yang cukup mendebarkan dan kepuasan hati dicurahkan selepas jaguh badminton negara itu memungut mata kemenangan.
Sebelum menonton perlawanan akhir beregu badminton, aku dan kawan sempat singgah ke pusat snooker di kawasan berdekatan. Dah lama tak main snooker ni, risau juga kalau main lama nanti. Walaupun dah lama tak beraksi namun masih mampu lagi menonjol. Tak sampai sejam dapat juga melayan 2 frame. Kira oklah tu.
Balik ke bilik hotel selang beberapa jam terus melayan beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong menentang beregu China, Zhang Nan/Fu Haifeng. Kecewa melanda apabila pasukan beregu negara tumpas tipis. Takpelah, bukan rezeki mereka. Cuba lagi 4 tahun akan datang.
Pagi Sabtu, ada mesyuarat lagi. Kali ini melibatkan Mesyuarat Bersama Jabatan. Ada lah beberapa isu yang diutarakan tapi untuk kali ini aku buat kelainan sikit. Masa presentation, tak pakai laptop tapi sekadar pakai handphone ASUS Zenfone murahku yang disambungkan secara wifi melalui Miracast. Alhamdulillah berjaya juga walaupun ada beberapa saat terganggu. Kira oklah tu.
Habis mesyuarat maka bolehlah nak balik. Mula-mula ingatkan nak try berenang sekejap tapi ada gangguan teknikal maka terpaksalah lepak hotel barang beberapa jam. Makan tengahari dihotel yang secara hidang. Rasanya 2 kali makan secara hidang sebab tak ramai orang. Tu yang pihak hotel tak buat buffet tu kot.
Sebelum balik, singgah ke KEA Farm untuk beli buah tangan sikit. Ada le beli sikit strawberry, teh serta cenderahati untuk keluarga, jiran tetangga dan kawan seopis. Terbang dalam RM200 lah juga. Huhuhuhu. Balik aku naik van yang disewa tu. Bergerak keluar dalam jam 2.30 petang dan kali ini melalui laluan lain. Singgah ke Lata Iskandar, kawasan air terjun yang menarik. Tidaklah besar sangat tapi sempat lah juga seorang rakan berendam di sana. AKu? Tak de lah walaupun ada niat juga tu.
Singgah berehat di Rehat dan Rawat Ulu Bernam dan Rehat dan Rawat Seremban sebelum akhirnya kami tiba di MITC kira-kira jam 10.00 malam. Sampai rumah jam 10.30 malam dan diberitakan yang jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tumpas di tangan jaguh China, Chen Long.
Sedikit ringkasan pengalaman yang menarik boleh ku kongsikan adalah :-
- Buah stawberri tidak tahan lama. Rasanya ada manis di atas tanah tinggi tapi bila turun ia sedikit sebanyak berkurangan kualiti. Ia juga menjadi berair dan masam. Jadi tak payah nak beli banyak-banyak ye.
- Tak semua teh yang dijual di Cameron Highland itu original dari kawasan berkaitan. Ada juga yang ciplak terutama yang dijual di pasar malam atau tepi jalan.
- Hartanah di Cameron Highland cukup tinggi sebab banyak permintaan yang puratanya bukan orang tempatan.
- Kawasan Cameron Highland memang merupakan kawasan pertanian komersial. Pendapatan utama mereka adalah dari pelancongan pertanian. Memang kiri kanan akan nampak banyak hasil pertanian komersial.
- Sukar untuk berjogging. Walaupun ada buat perancangan untuk jogging disitu namun cuaca berbeza dan kawasan jogging juga agak sukar. Jalan agak kecil dan tak berani aku nak ambil risiko. Apatah lagi jadual padat menyukarkan lagi untuk beraksi.
- Hotel Corpthorne secara keseluruhan adalah sebuah hotel yang baik. Cuma mungkin mahal kalau nak pergi sendiri.
Banyak lagi tempat-tempat yang tak dapat ku kunjungi. Mungkin aku akan buat kunjungan kedua tapi dengan keluarga pula lepas ni. Sekian.
wah bestnya ke cameron