Pada hari Ahad lalu, ketika  cuti hujung minggu aku mengambil keputusan untuk singgah ke Taman Ekstrem Tasik Chinchin bersama isteri dan anakku. Kalau diikutkan Taman Ekstrem Chinchin ini kurang 10 kilometer dari rumahku. Tapi belum pernah lagi bermain air di sana lagi. Jadi kesempatan itu aku ambil untuk melawati satu lokasi pelancongan di Jasin ini.

Lokasi Taman Ekstrem Tasik Chinchin ini terletak di Kampung Chinchin, Jasin Melaka. Korang boleh klik link ini untuk ke peta lokasi kawasan tersebut. Lokasi pemandangan agak menarik kerana ketika masuk ke kawasan ia akan melihatkan anda dengan tasik yang dibuat sebagai lokasi penternakan ikan sangkar. Tapi bukan tasik itu yang menjadi lokasi sebaliknya anda kena masuk ke kawasan berpagar tu.

Kami masuk ke dalam Taman Ekstrem Tasik Chinchin pada kira-kira jam 9.00 pagi. Kiranya antara orang terawal.  Ada beberapa lokasi menarik seperti Mini Taman Air, chalet, lokasi jogging, lokasi memanah dan banyak lagi. Memandangkan aku membawa anak ku maka aku terus sahaja ke Mini Taman Air di Tasik Ekstrem Tasik Chinchin tu.

Seperti yang diberitahu, ianya adalah Mini Taman Air jadi ianya tidak sebesar taman air yang hebat-hebat tu. Bayaran adalah RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak mungkin RM5 (sori tak dapat beri jawapan tepat sebab Dak Fatih tak perlu bayar. Umur bawah 3 tahun tak perlu bayar).

Masuk sahaja ke kolam air tu, Dak Fatih agak takut-takut. Walaupun telah ku bawa pelampung Spiderman dari rumah tapi belum mampu memberikan keyakinan kepada si kecil. Aku yang bila berpeluang tu pergi la ke kolam dewasa. Kolam dewasa tu tak terlalu besar dan ketinggiannya juga masih mampu untuk kucapai.

Macam biasa, bila berada dalam kolam renang sudah pasti aku mempraktikkan ilmu renang Gaya Kuak Dada. Sebab itulah gaya renang yang aku boleh bawa. Gaya lain tak berapa mahir sangat.

|Kenapa Kita Perlu Belajar Berenang |

Bolehlah tahan melayan kolam renang ni sebab kat Jasin tak de kolam renang awam. Ada satu lagi pun di Kolam Ayer Panas, Bemban. Jadi mungkin akan jadi port untuk aku di masa hadapan untuk berenang. Korang nak belajar berenang? Cuba belajar Renang Kuak Dada ni.

| Belajar Teknik Berenang Kuak Dada |

Anakku yang mulanya takut mula menjadi berani. Yang mencabar tu bila dia naik yang gelongsor yang agak tinggi tu. Walaupun tak dapat gelongsor dengan sempurna tapi mau 10 kali juga dia naik tangga untuk gelongsor tu.

Secara peribadinya, lokasi yang sesuai untuk aku serta keluarga kalau nak layan air. Mungkin tak sehebat cam Bayoou Lagoon atau Melaka Wonderland tapi lebih tenang. Tak ramai sangat orang dan tak terlalu besar. Senang untuk aku dan isteri mengawal anak ku.

Habis selesai bermain air kira-kira jam 11.30 pagi , ingatkan nak cuba makan di Kafe yang terdapat di sana tapi rupa-rupanya tak buka. Kalau tengok dengan kedatangan orang pada hari aku datang, mungkin sukar untuk pihak pengurusan ‘survive’. Mereka perlu mencari kaedah terbaik untuk menambah kedatangan pelanggan seterusnya memajukan lagi antara lokasi pelancongan di Jasin ni. Kalau tengok kedai ‘Merchandise’ pun macam tak berapa nak berfungsi je. Rugi kalau ianya tidak dimajukan dengan lebih baik sebab fasiliti dah cantik. Kena perkemaskan je lagi.

Mini-taman-air-tasik-ekstrem-chinchin
Mini Taman Air Tasik Ekstrem Chinchin
taman-tasik-ekstrem
Anak dan Isteri di Mini Taman Air Tasik Ekstrem Chinchin
selfie-kolam-renang
Sesekali Selfie di Kolam Renang rasa cam artis Mangga plak. Hahahah

Okay cukuplah tu. Kalau korang datang ke Taman Tasik Ekstrem Chinchin ni bolehlah hallo aku. Mana tau ada masa boleh berjumpa..

 

14 Replies to “Layan Main Air di Mini Taman Air Tasik Chinchin Ekstrem”

Leave a Reply to eCommerce Malaysia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.