Hari ni aku saja nak berkongsi mengenai seminar yang aku hadiri pada 20 Julai 2017 yang lalu. Aku diberikan arahan oleh Boss untuk hadir ke Seminar ‘Tech Convergence Series’ yang dianjurkan oleh TM Melaka bertempat di Hotel Casa Del Rio, Melaka, Jalan Kota Laksamana.
Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke hotel yang dengarnya agak gah. Selepas menyediakan peralatan di opis (opis ada buat Jamuan Raya tu.. tak dapat join) untuk presentation aku terus melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Google Maps. Alhamdulillah, lokasi tak terlalu sukar.
Sampai-sampai je minum pagi dulu di kawasan yang agak menarik. Ada pemandangan air di sana. Ye lah, hotel ni berdekatan dengan Sungai Melaka yang agak popular dikalangan pelancong. Makanan raya dihidangkan seperti nasi himpit, rendang ayam serta beberapa juadah yang mengingatkan Raya belum habis lagi.
Selepas mendaftar terdapat cenderahati iaitu ‘Selfie Cam Lens’. Terbaiklah. Makin menjadi-jadilah aku men’swafoto’ lepas ni.
Ucapan aluan dimulakan oleh Pengurus Besar TM Melaka, Datuk Rozlan Mohamed. Beliau memberi sedikit sebanyak tentang produk yang diperkenalkan oleh TM seperti Webe dan Mobile Apps ‘DestinationMelaka’ yang dibangunkan oleh unit aplikasi TM Melaka.
| Download App Destination Melaka disini |
Untuk pengetahuan korang, terdapat peraduan melalui app tersebut yang telah diumumkan pemenang pada Perhimpunan Bulan Kerajaan Negeri Melaka. Pemenangnya pula adalah orang Sarawak yang berjaya memenangi Kereta Proton Persona. Terbaik tu. Bukan senang nak dapat kereta free. Kalau ikutkan kenyataan pemenang beliau baru 2 kali singgah ke Melaka dan menghabiskan masa 5 hari untuk menyelesaikan peraduan tersebut.
Memang betul-betul fokus dan berbaloi tu. Selain itu,beliau juga memberitahu banyak produk seperti Call Centre yang membolehkan agensi, syarikat melakukan ‘outsource’ bagi perkhidmatan Operator. Beliau memberi contoh ‘Syarikat Air Terengganu’ yang menggunakan perkhidmatan ini. Walaupun operator berada di HQ TM di KL namun boleh menjawab permasalahan yang dikemukakan oleh pelanggan air di Terengganu.
Produk ini sedikit sebanyak memikat aku sebab ia boleh jimatkan banyak dari kita menggajikan orang untuk menjawab isu-isu pejabat. Selain itu, diberitahu juga tentang produk ‘video conferencing’ yang telah digunakan pada Perhimpunan Bulanan Jun Kerajaan Negeri Melaka. Betapa canggihnya apabila boleh melakukan conference antara 3 pejabat daerah di negeri Melaka ketika itu.
Selepas tamat ucapan Pengurus Besar, dimulakan dengan upacara cabutan bertuah. Agak malang sebab aku memang tak bertuah walaupun 10 cabutan dilakukan. Hehehehe. Tak kisahlah sebab memang tau peratusan kecil. Selepas tamat acara cabutan bertuah, taklimat pertama mengenai Video conferencing oleh MR Jegan.
Dalam taklimat diberikan 3 produk utama iaitu Audio Conferencing, Web Conferencing dan TelePresence. Produk yang ditekankan oleh Mr Jegan ialah Audio Conferencing kerana ia lebih murah dan mudah digunakan.
Mungkin ramai yang menggunakan Skype, Google hangout dalam video conferencing tapi adakah ianya selamat? Ini kerana database disimpan diluar dan ada kemungkinan boleh dilakukan manipulasi. Bagi perkhidmatan yang dilakukan oleh TM, proses akan dilakukan di Malaysia. Produk yang diperkenalkan adalah TM VADS Conferencing Solutions.
Selepas itu taklimat kedua mengenai Webe. Korang tau tak Webe? Mesti ramai yang dah terbaca sebab promotion Webe ni agak kuat juga. Aku sendiri pun bercadang untuk memakainya untuk pejabat. Taklimat yang disampaikan oleh Mr Razman ini berceritakan tentang bagaimana Webe dimulakan. Anda pernah dengan P1Wimax? Apa yang akan anda ingat dengan P1? Sudah pasti tagline ‘POTONG’ menjadi siulan di masa lalu.
Dulunya P1 memang bermatlamat untuk mengalahkan TM selaku teraju utama talian internet. Namun akhirnya TM berjaya mengambil alih P1 seterusnya melakukan ‘rebranding’ dengan menukar nama kepada Webe. Agak teknikal juga taklimat disampaikan oleh En Razman tapi ada pakej baru yang mungkin akan menarik perhatian anda. Kalau dulunya pakej Webe hanya membenarkan teethering sebanyak 1GB sahaja tapi info terkini memberikan teethering sehingga 10GB.
Pastinya ia adalah yang dinantikan oleh pengguna internet tegar seperti aku. Dengan panggilan ,sms, data tidak terhad pasti ia pakej berbaloi. Apatah lagi ianya hanya RM79 (satu talian) dan RM65(lebih 3 talian). Ada juga diberikan tentang kelebihan penggunaan Webe yang menggunakan LTE Frequencies. Aku nak cerita banyak hal teknikal ni pun takut ajaran SESAT pula nanti. Tapi apa yang diberikan, ada hal-hal sekuriti yang diambil berat oleh pihak Webe.
Selepas itu, masuk Business Insight Solution. Yang ini agak mengantuk sebab ianya berkenaan dengan data dan statistik. Bagaimana pihak TM boleh membantu organsisi memperbaiki laporan sediada serta memberikan kemudahan akses laporan dengan pantas. Aku ada jumpa En Abu Hassan ketika makan,rupa-rupanya ada yang menarik sebab TM boleh mendapatkan statistik melalui media sosial seperti Facebook.
Berdasarkan laporan itu, syarikat boleh buat unjuran dan kajian pasaran untuk memajukan syarikat sendiri.
Taklimat kelima pula mengenai Collaboration Services UCaaS & CCaaS. Taklimat ini disampaikan oleh Taj Mahal Yarza Aquine. Dengor nama pun pelikkan. Ini adalah orang Filipina. Walaupun agak bersemangat taklimat tersebut tapi masih mengantuk diriku ini. Dalam taklimat diceritakan tentang keperluan antara Baby Boomer, Generasi X, Generasi Y dalam bidang teknologi.
Ada dinyatakan Omni Channel tapi terus terang aku ‘blur’ part ni..
Akhir taklimat adalah dari Johan hassan yang menyampaikan mengenai CC & CLOUD Services. Taklimat sedikit menarik apabila menceritakan tentang perkhidmatan CLoud yang dilakukan oleh pihak TM. Diberitakan ada 11 Data Centre yang bertujuan untuk projek Cloud ini. Dalam taklimat ini, beliau memberitahu bahawa pengguna perlu tahu tentang apa yang diperlukan untuk menggunakan CLoud dan bukan sekadar teknologi yang dibekalkan oleh CLoud itu.
Aku berminat juga dengan Cloud sebab rasanya nanti nak park semua sistem, laman web di sana. Tapi kena bincang dulu dengan lebih lanjut bersama pihak TM Melaka.
Okay cukuplah serba sedikit tentang kenangan aku ketika menghadiri jemputan Seminar ‘Tech Convergence Series’ pada 20 Julai lalu. Aku nak gambar ramai-ramai tapi tak jumpa Facebook TM Melaka pula..
Pandai juga TM… menghapuskan saingan dengan membeli syarikat lain
tapi bukan menghapuskan sebenarnya..lebih kepada berkolaborasi dan pertukaran teknologi.
banyak teknologi P1 yang tiada pada TM boleh digunakan..