Minggu ni tajuk dia pendek je tapi tetap juga aku nak cerita macam-macam. Biasalah, blog sekali seminggu kenalah tulis panjang-panjang sikitkan. Kalau tak panjang pun kurang-kurang mesti lebih 400 patah perkataan.
Minggu ni aku yakin korang pun merasai apa yang aku rasa. Panas Bangat. Bukan sebab kena marah atau apa jua tapi sebab cuaca yang cukup panas. Memang inilah hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Dunia semakin panas dan semakin sakit.
Ini juga petanda semakin dekat kita menghampiri waktu itu. Wallahualam.

Bila cuaca panas ni, mood pun sikit lari. Aku nak menaip pun tak berapa nak larat sehingga blog-blog lain pun agak tertangguh. Aktiviti belajar (belajar apa tunggu…) pun tersangkut minggu ni. Nak buat ‘Questionnaire’ untuk projek sistem pun tertangguh seketika.
Tapi tak mengapa, aku kena teruskan juga dan bertekad untuk buat juga projek ni.

Okay, lupakan seketika cerita pasal ‘PANAS’ ni. Kena hadap juga kan. Mengeluh pun tak boleh nak buat apa. Dah ketentuan olehNya sebagai cabaran kita untuk hidup di Dunia ini.
Minggu ini, kerjaku masih lagi berkisar tentang coding sistem. Jadi aku nak cerita panjang pun tak berapa nak best sangat kot. Cuma minggu ini ada sikit cabaran bila ada ‘short circuit’ di pejabat dimana ianya juga melibatkan sistem-sistem komputer.
Penat juga nak men’setup’kan tu. Tapi ini biasalah. Asam Garam yang perlu ditempuhi kalau kerja bahagian IT ni.

Minggu ni ada 2 majlis rumah kahwin yang ku pergi. Satu di Teluk Gadung Kecil, Klang dimana ianya merupakan majlis kahwin sepupu isteriku. Aku gerak dalam pukul 7.30 dan mengambil bapa saudara isteriku di Felda Bukit Bulat, Machap. Kalau korang nak tengok Felda dengan kawasan yang kemas dan menarik landskapnya aku cadangkan korang singgah disini.
Memang cantik rumah-rumah di kawasan ini. Masih banyak lagi rumah kayu yang dicantikkan oleh para penduduknya. Malahan, makcik memberitahu bahawa Felda ini pernah memenangi tempat ke 3 pertandingan Felda tercantik negeri Melaka.
Lepas je ambil, singgah layan roti canai di Pekan Lama Alor Gajah. Kedai dekat je dengan Dataran Alor Gajah tu. Memang agak laju juga pembuat roti canai tu tapi tang ‘service’ ada kelam kabut. Ada juga yang tak dapat roti canainya.
Bila aku tengok keadaan ini, aku berangan :-
-) Kalaulah boleh buat order terus dari meja je. Guna ala-ala tab di meja dan klik je makanan yang diinginkan beserta kuantiti. Makanan akan sampai ke meja yang telah ditentukan. Lepas tu, nak kira pun senang je. Tekan je butang bayar, akan terus terpapar amaun yang perlu dibayar dan terus dibayar.
Samada bayar kat ‘cashier’ atau boleh je bayar secara online. Okay, idea gila ni memang tak sesuai kalau untuk warung tepi jalankan memandangkan kosnya yang agak tinggi. Tapi rasanya boleh je dibuat untuk restoran. Rasanya kalau restoran makanan segera pun boleh je buat kaedah ni. Tak payah orang nak order, minta menu bagai kan.
Rasanya idea ni mungkin samada ada dilaksanakan atau akan dilaksanakan di luar sana.

Okay, lepas je berangan aku pun makan le. Hahahha. Layan roti sardin yang pasti menambahkan kapasiti kalori dalam badan ni. Adoi. Dah le seminggu tak berlari ni. Tapi berat tengok kat timbang kat opis masih 66 kilogram. Masih berada dalam kawasan yang diinginkan lagi. Harap-harap hujung bulan sampai ke 65 kilogram nanti.
Aku melalui tol Simpang Empat untuk ke Plaza Tol PLUS. Oo ye, aku memandu Viva isteriku memandangkan kereta MyVi kesayanganku tiada radio dan aircondnya tak cukup PADU.  Dan kad touch n Go Watson ku gunakan untuk bayar tol. Yelah, guna Touch n Go lebih cepat. Lagipun Plaza Tol Sungai Rasau dah tak pakai wang tunai. Memang patutle aku topupkan sehari sebelum tu. Ooo, ye. Aku juga kali pertama topup Touch n Go gunakan mesin ATM. Agak mudahlah juga berbanding pergi ke kedai. Cuma yang tak bestnya paling sikit kena topup RM50. Terbang juga RM50 walaupun pada mulanya nak topup RM30 je.

Aku terus je menuju ke Jalan Yadi, Telok Gadong Kecil tanpa singgah ke mana-mana perhentian. Sampai kira-kira jam 11.00 pagi dan belum ramai tetamu datang.
Salam-salam sikit dengan sedara mara dan makan. Makanan yang dihidangkan memang banyak pilihan. Memang sedap. Aku tak nak komen banyak sebab rumah sedara kan. Tak best pula cerita yang tak best. Hahahah.

Aku dan anak sulungku duduk jap di pelamin. Panas sampai anakku terpaksa belenggeng. Aku pun teringin nak belengeng tapi rumah orang.
Aku dan anak sulungku duduk jap di pelamin.
Panas sampai anakku terpaksa belenggeng. Aku pun teringin nak belengeng tapi rumah orang.

Aku bertolak balik dalam pukul 4.00 petang dan terus menghantar bapa dan mak saudara ke Felda Bukit Bulat. Mula-mulanya bapa saudara nak mengajak tidur disana tapi aku cuba mengelak. Bukan apa, walaupun hari Ahad cuti namun ada banyak kerja pula nak buat. Lagipun esoknya ada rumah kahwin anak pegawai kat pejabat tu. Dah le tak datang majlis dia di rumah, jadi hari Ahad tu pergi pulun ke majlis besannya yang dekat sikit dengan rumahku.
Habis cerita ke Klang . Penat memang penat terutama memandu dalam kepanasan tu. Terus terang mataku kena paksa untuk dibuka. OO. sebelum sampai ke rumah, aku singgah di Kedai 1Malaysia Selandar. Beli air dan aiskrim potong yang disukai oleh isteriku itu. Memang layan jugalah. Lepas tu singgahlah ke pasar Malam Sabtu Jasin beli sikit makanan.
Cuma cerita sedih bila nasi tomato yang ku beli terlambak ketika nak keluarkan. Takpelah, nak buat camne. Dah takde rezeki nak makan nasi tomato tu..

Bergerak ke hari Ahad pula aku meneruskan aktiviti larianku kali ini. Hampir seminggu aku tak berlari dan kali ini Taman Tasik Ekstrem menjadi pilihan. Agak kureng sikit sebab laluan tak cukup panjang. Aku terpaksa keluar dan berpusing 3 kali untuk mendapat 6 kilometer. Secara matematiknya, larianku sedikit perlahan. Mungkin sebab agak lama tidak beraksi dan cuaca yang cukup hangat ketika ini.

Taman Ekstrem Tasik Chinchin
Taman Ekstrem Tasik Chinchin

Tapi tak mengapa kurang-kurangnya aku mampu berlari ‘non-walking’ dalam larian kali ini. Pada pandangan aku selaku kaki jogging, taman tasik Ekstrem Chinchin ini perlu :-

a) Trek jogging yang perlu lebih panjang.
b) Kawasan perlu ditambahkan pokok. Bila banyak pokok oksigen lebih banyak dan bagi para penjogging lebih selesa.
c) Disebarkan yang ianya kawasan untuk jogging. Rasanya ada kaki jogging di Jasin, Tangkak yang kurang mengetahui lokasi ini. Mungkin boleh diadakan satu acara untuk memperkenalkan kawasan ini kepada kaki jogging.
d) Kawasan disekitar perlu diperbersihkan. Banyak kawasan yang masih kosong terutama di sebelah belakang kawasan ini. Mungkin ia boleh disambungkan untuk dijadikan kawasan untuk kaki jogging. Mungkin juga kawasan tasik itu boleh diadakan aktiviti memancing sekali sekala.

Tengahari tu aku singgah di rumah majlis kahwin besan pegawai pejabatku. Satu perkara yang menarik perhatianku adalah apabila mereka menyediakan nasi ayam sebagai hidangan. Aku rasa ini kali pertama kot aku tengok hidangan nasi ayam di majlis kahwin. Aku setuju dengan kaedah ini sebab ianya lebih jimat berbanding buat nasi berlauk. Okay, sekali lagi aku berangan.

a) Dulu aku pernah berangan nak buat majlis kahwin bagi makan mee atau bihun sup je. Tapi bila majlis sebenar tak berani. Tapi kalau korang yang belum kahwin dan nak jadikan majlis viral boleh buat kot. Daripada kebiasaan makan nasi cuba letak makanan cam ni. Lagi gempak kalau berani hidangkan mee goreng mamak je. Hahahahah.

b) Buat majlis kahwin kat surau/masjid. Bila laungan azan je semua berhenti dan boleh menunaikan solat beramai-ramai. Takdelah macam sekarang, DJ  berhenti sekadar untuk hormat je tapi ramai je yang makan lepas tu. Dan mungkin ada antara yang tak solat pun. Kalau kat masjid/surau lepas makan dia singgah le kejap sebelum balik.

c) Makan bersila. Memang gempak kalau boleh buat camni. Jimat kos meja. Nak lagi best, makanan hidangkan macam kenduri zaman-zaman dulu. Seronok.

d) Sediakan juga tempat untuk basuh pinggan. Siapa makan basuh pinggan sendiri. Mesti ramai yang merunggut tapi tu dapat bantu mendisplinkan diri kan.

Okay, cukup setakat ini. Ini pun dalam keadaan tergesa-gesa menaip ni memandangkan kepanasan dan peluh mula menuruni badanku ini. Kepada pembaca kalau kiranya korang adalah tuan rumah yang menyewakan rumah. Mohon maklumkan dalam komen sebab aku nak bagi ‘Questionnaire’ untuk projek sistem nanti. Mungkin ANDA akan jadi duta untuk sistem sewa rumah ku tu nanti.
AMIN.

16 Replies to “Minggu Yang Panas”

  1. Cara guna tab ni, kedai mamak syed bistro dah buat dah, tapi bukan pelanggan lah yang tekan, pelayan dia yang akan key-in, tapi servis memang cepat dan pantas.

  2. Cuaca memang panas. Macam Al Nino dah kunjung ke rantau ni satu kali lagi. Walaupun ada beberapa hari hujan tapi x lebat dan masa terlalu singkat.

  3. Amat panas cuaca kebelakangan tu!! Kadang-kadang langit gelap tapi hujan macm turun tak turun tu. Turunlah hujan dengan lebat, tolong… Biar dinginkan cuaca monster tu.

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.