Uncategorized

Pergi Rumah Majlis Kahwin Cucu Sepupu Isteri di Kuala Linggi , Handphone Terjatuh Di Laut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dah lama aku tak menitipkan bait-bait ayat di blog ini. Almaklumlah dah sibuk di channel Youtube menyebabkan aku terlupa untuk menaip.
Kadang-kadang rasa sedih pula bila ditinggalkan blog ini. Meskipun blog ini tidak menjanjikan pendapatan yang mencukupi namun usianya yang lebih dari anakku maka tak boleh ku tinggalkan.
Terasa seperti aku melalaikan anak sendiri.

Hari Jumaat yang lepas, aku mengambil cuti tahunan. Almaklumlah cuti tahunanku berbaki 40 hari dan merupakan antara penyimpan cuti terbanyak di opis.
Jadi kesempatan ni aku ambil lah sikit untuk rehat kan badan. Badan pun semakin tua, tangan kiri pun dah ada petanda yang kurang menyenangkan.
Kebetulan pula hari Jumaat cucu sepupu isteriku di Kuala Linggi akan menunaikan rumahtangga pada waktu tersebut. Jangan terkejut ye, aku bukan salah taip.
Memang cucu sepupu ye, bukan anak. Sepupu isteriku dah berusia 60 tahun jadi tak peliklah kan dah sampai tahap cucu. Silap haribulan tahun depan dah jadi moyang. Hahahaha..

Majlis nikah diadakan di pejabat agama Daerah Alor Gajah kira-kira jam 8.30 pagi. Tengah menunggu tetiba terjumpa pula rakan Youtuber. Aku tak kenal sebenarnya tapi dia perasan berdasarkan topi yang ku pakai.
Kalau korang ke channel Youtube aku mungkin akan perasan topi merah dengan jenama namaku tu. Berborak sambil beri sedikit ilmu la berdekatan masjid Alor Gajah tu.
Dah selesai maka pergilah ke rumah anak buah isteriku di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi. Bila sampai ke taman ni , mengimbau kenangan lama. Aku adalah antara orang yang bertanggungjawab menjual rumah di taman tu sekitar tahun 2004-2006.
Tak sangka tetiba sampai semula di sini dan berkahwin dengan orang di kawasan ini. Kalau ikutkan sebelum kerja, tak pernah aku mengetahui tentang kawasan belah-belah ni.
Bila dah kerja memang boleh tau la separuh negeri Melaka ni. Dah banyak menjelajah juga..

Sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan aku melayan anak aku di khemah kahwin. Majlis kahwin bermula selepas solat Jumaat. Bila masuk pukul 12.50 aku pun pass anakku kepada isteri.
Ini waktu untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Kalau ikutkan yang dekat mungkin di Masjid Kampung Tengah tapi aku ambil keputusan ke Masjid Al-Ilmi di Kolej Universiti Islam Melaka.
Kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Masuk ikut SOP cuma tidaklah ketat sangat. Parking pun mudah je. Depan ada kolam yang nampak macam taman rekreasi tapi tak terjaga. Mungkin sebab PKP. Harap-harap lepas ni adalah penjagaannya.

Lepas selesai solat Jumaat kembali dan lepak di majlis kahwin tu. Kira-kira pukul 4.00 lebih barulah beransur. Tu pun tuan rumah tanya apsal balik awal. Ooo, majlis kahwin buat pada hari Jumaat sahaja dan tiada pada hari Sabtu.
Dah bersalaman dengan saudara terdekat aku ikutkan janji untuk bawa anakku ke pantai. Pergi ke Pengkalan Balak untuk mengikutkan.
Memandangkan aku tak bersedia dengan pakaian dan ombak pun agak berisiko maka main tepi pantai je. Sekejap je pula tu dalam 15 minit. Bising juga lah anakku tapi nak buat camne dah lewat.
Banyak gerai di tepi jalan dan aku tengok memang ramai dah singgah ke Pengkalan Balak ni. Ini menandakan industri pelancongan di Melaka dah kembali . Semoga projek homestay ku akan kembali bersinar pada tahun hadapan.
OOo ye, aku juga ada isu homestay dimana ketika Deepavali yang lalu, penyewa komplen dengan keadaan rumahku. Mungkin ini adalah kali terakhir ku memberikan homestay kepada penyewa yang bukan berbangsa Melayu.
Bukan racist tapi mungkin culture tempat tinggal tidak sesuai dengan kami. Jadi takpe lah dari rugi nak bayar balik.

Ketika di pantai tu sambil aku memegang handphone anakku terlanggar tanganku dan Handphone Oppo A9 terjatuh ke gigi air.
Pergh… Berderau darah juga tu. Apa taknya, handphone dah ibarat anak kedua ku. Selain data-data telefon, itu juga dah jadi sumber untuk buat video.
Nak beli yang baru tak letak bajet tu… Alhamdulilah masih berfungsi lagi . Ngerinya..

Alhamdulillah walaupun percutian kami tak semenarik percutian korang semua tapi kurang-kurangnya dapat juga aku hasilkan nukilan yang panjang ni.
Dah lama tak tulis wooo. Rasa berkarat pula otak ni bila nak menaip. Terima kasih kepada korang semua yang singgah samada pembaca setia atau pembaca sesat.
Sekian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.