Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kali ini aku nak berkongsi tentang dua industri yang aku ceburi dimana aku akan berkongsi pengalaman diri ini sebagai blogger dan Youtuber. Mula-mula adakah korang tau apa itu blogger? Ok, blogger merupakan mereka yang menulis dalam platform d internet untuk berkongsi.
Sepatutnya blogger ni lebih kepada kisah hidup, perkongsian tapi akhirnya menjadi pelbagai kategori hingga ada yang menjadikan blog sebagai pendapatan utama dan profesion.

Kalau anda perasan setiap kali aku buat video mesti akan diselitkan dengan promosi zoolzarizi.com. Itu adalah satu dari beberapa blog aku.
Untuk makluman anda semua aku telah menulis blog bermula dari tahun 2008 hingga kini. Tak terkira berapa ribu post telah aku post dan berapa juta orang telah membaca tulisan aku.
Tapi yang malangnya… aku bukanlah blogger yang berjaya.. Maksudnya aku tidak mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri ini. Tapi yang pelik, masih lagi berada dalam bidang ni.
Sedangkan ramai blogger yang dulunya handal pun dah banyak menceburi bidang lain.

Pada aku, industri blog memang meriah sekitar tahun 2008-2010. Pada waktu tu memang ada pendapatan juga. Blog awal aku, ligakampung.com pernah mencapai kunjungan 500 pembaca sehari.
Memang agak baik bagi penulis sederhana macam aku ni. Sekarang? Nak dapat 50 pun payah. Tapi yang pelik, masih lagi utuh menulis walaupun kadangkala ada jemu sikit.
Cuma beberapa hari ni bila tengok adsense ada meningkat menaikkan sikit semangat nak kembali beraksi. Inshallah sambil bidang Youtube ni dicuba tak lupa juga dengan blogger.

Sambil tu aku nak promo sikit blog-blog aku yang boleh anda layari seperti

1) Ligakampung.com – ini blog aku paling lama. Ia juga membantu aku dikenali sedikit masa dahulu. Sepatutnya blog tu aku nak fokus pada sukan tapi susah nak konsentrat dan ianya menjadi caca marba.
Tapi pada tahun 2016 aku mengambil keputusan untuk menjadikan ianya fokus pada sukan tempatan. Silalah layari ye.

2) Zoolzarizi.com – ini blog personal aku. Mula beroperasi sekitar tahun 2016 selepas aku ambil keputusan untuk menjadikan ligakampung.com sebagai blog sukan. Blog ni berkisar pasal perjalanan hidup
dan kadangkala mencuba membicarakan isu semasa

3) Melakacool.com – ini adalah blog khusus pasal Melaka. Blog ni bukan hakmilik aku tapi ada jv dengna seorang rakan. Menariknya masih terjalin antara kami dan sedikit sebanyak menjadi sumber pendapatan.

aku ada buat blog pasal kesihatan seperti Yourhealthblog.net dan blog kewangan , yourfinancialblog.com tapi aku tak promo kat sini sebab tu berbahasa Inggeris. Selain itu aku juga pernah buat beberapa blog lain yang aku akhirnya menyerah seperti rear-wheel.com (pasal kenderaan) , ohpemandu.com (ragam pemandu) dan lain-lain yang dah tak ingat.

Berbalik semula kepada tajuk antara blogger dan Youtuber. Apakah persamaan antara blogger dan Youtuber ni?
Aku akan berikan pendapat aku serba sedikit .

1) Seperti di awal keghairahan orang terhadap blog yang kononnya mampu dijadikan sumber pendapatan lumayan, ini juga yang aku nampak berlaku di industri ini. Adakah industri ini boleh menjanjikan pendapatan lumayan?


Ramai yang masuk ke dalam bidang ini untuk menjadi seperti mereka yang berjaya. Sebab tu sekarang bertimbun Youtuber dalam group. Memang nampak bagus sebab merancakkan lagi industri Youtube di Malaysia. Tapi aku yakin kurang dari 2 tahun, separuh darinya akan give up. Sebab ramai yang sebenarnya masuk dalam industri Youtube untuk menjadi seperti Youtuber yang kononnya mendapat pendapatan lumayan. Memang ada kebenarannya tapi tak semuanya mampu memberikan amaun yang banyak setiap bulan.

Ada pasang surutnya dan pasti yang turun itu lebih banyak dari ketika naik. Jadi bagi yang nak jadi Youtuber sebab duit perlu ada perancangan yang cukup rapi. Memang ada beberapa Youtuber yang naik secara tiba-tiba. Youtuber seperti Sugu Pavithra terus meletup dalam tempoh 3 bulan tapi ia bukan untuk semua orang. Tak semua orang boleh dijanjikan dengan kejayaan sebegitu.

2) Apabila competitor semakin ramai, ruang untuk berkembang semakin terbatas. Orang yang bernama besar pada masa kini akan terduduk pada masa hadapan jika berasa selesa pada masa kini.
Jangan ingat mereka yang diatas akan sentiasa senang lenang. Jika mereka tak bersedia, mungkin mereka akan jatuh. Macam dulu, ramai je blogger yang menjana pendapatan puluh ribu sebulan. Tapi semakin hari mereka dilupakan apabila terdapat blogger baru yang lebih muda dan mempunyai pengikut yang lebih ramai.
Disebabkan persaingan, syarikat pengiklan pun mula memberikan ruang kepada muka-muka baharu. Populariti juga akan berkurang di satu masa nanti. Jangan ingat ada subscriber 2-3 juta akan kekal diatas.
Sebab tu, kena ada peluang lain. Kalau anda tengok Syazmi Sazli pun sudah mula ada perniagaan lain bagi persediaan awal. Ia penting sebab populariti tidak selamanya.

3) Perkembangan teknologi akan mengubah landskap industri ini. Akan datang kita tak tau platform apa yang akan naik. Mungkin Youtube ni akan berkesan dalam tempoh beberapa tahun lagi. Ini yang berlaku di platform blog sedikit masa dahulu.
Dulu ingatkan blog ni relevan dan evergreen tapi semakin hari, benda lain mengambil tempat. Sekarang mungkin kita nampak Youtube, Insta, Facebook dalam bentuk video. Akan datang kita tak tahu lagi platform lain yang akan menggantikannya.
Tak mustahil ada teknologi lain akan menggantikan platform ini..

4) Tiada sumber pendapatan. Dulu ramai yang menjana pendapatan dengan pengiklanan tempatan Advertlets, Nuffnang, Innity namun sampai satu masa ada beberapa syarikat terbabit mengalami masalah.
Masalah memberikan pendapatan kepada blogger-bloger nya. Ini menyebabkan ramai blogger angkat kaki dan memulakan hidup yang baharu.

5) Undang-undang. Aku rasa dulu ramai yang giveup bila adsense tidak memberikan ruang kepada blog berbahasa Melayu. Lepas tu, pengiklan memberikan terma yang cukup sukar untuk dicapai. Tak silap dulu innity memerlukan kadar pengunjung tinggi sebelum blogger di approve berada untuk menjadi partner dalam iklan. Ini juga yang berlaku dalam Youtube. Aku lihat undang-undang Youtube memang ketat sekali. Ini mungkin untuk menjaga kualiti video Youtuber itu sendiri.

Itulah serba sedikit kaitan yang aku boleh simpulkan antara industri blogger dan Youtuber. Sebagai orang yang lama dalam bidang ini aku nampak banyak persamaannya. Samada kita boleh kekal atau tidak ianya bergantung kepada diri sendiri. Aku pun tak pasti samada mampu bertahan dalam kedua-dua bidang ini untuk 10 tahun akan datang.

Di samping itu aku minta korang boleh singgah ke channel Youtube ( https://www.youtube.com/user/ligakampung/ ) dan sentiasa support supaya mampu maju jaya selain blog-blog mampu menjadi lebih baik dari sekarang. AMIN.

Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.