Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Adakah anda mengalami simptom poket menjadi kosong setelah Hari Raya tiba? Duit gaji dan bonus yang diperolehi semakin susut. Telah dihabiskan ketika perbelanjaan untuk pulang ke rumah atau membeli barangan persiapan perayaan seperti pakaian, makanan dan sebagainya.
Yang mempunyai simpanan banyak dan bijak mengawal perbelanjaan pasti tidak terasa keperitan berbanding yang berbelanja sakan ketika Syawal menjelang tiba. Untuk yang mungkin terasa sakit dalam poket, mungkin tips ini boleh dilakukan bagi mengelakkan semakin parah :-

1. Puasa sunat enam hari
– Berpuasa sunat dalam bulan Syawal iaitu selama enam hari menrupakan amalan sunat yang digalakkan. Selain mendapat pahala, perbelanjaan makan terutama pada waktu pagi dan tengahari dapat dijimatkan. Selain dapat menjimatkan wang, kapasiti perut juga dapat ditangguhkan dari terus membesar sekaligus kesihatan dapat dijaga.
– Selain itu dengan berpuasa enam dapat mengelakkan dari nafsu berbelanja yang bukan-bukan.

2.Berkunjung ke rumah terbuka

Kalau dapat pergi berbuka Rumah PM pun best raya ni

– Pada bulan Syawal ni sering terdapat rumah terbuka. Ini peluang bagi anda untuk menikmati juadah menarik disamping itu dapat menjimatkan perbelanjaan makanan. Silaturrahim juga dapat dijalinkan selain dapat mengenali ramai rakan lama atau rakan baru.

3.Elakkan jarak jauh

– Mungkin perjalanan jauh akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Elakkan dari membuat program atau aktiviti yang melibatkan perjalanan jauh. Ini kerana perbelanjaan minyak pasti akan memberi kesan terhadap bajet bulanan. Apatah lagi kalau memerlukan perjalanan jauh. Penat pun kira juga kos tu.

4. Jangan berbelanja mengikut nafsu
– Berbelanja mengikut keadaan dan jangan mengikut nafsu. Pastikan anda membeli barangan yang perlu sahaja seperti barang dapur, bil atau lain-lain. Bagi pasangan, kenalah memahami keadaan masing-masing dan jangan mendesak untuk beli barang-barang yang tidak perlu.

5. Bawa bekal ke pejabat
– Bawalah bekal ke pejabat untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Ia pasti dapat mengurangkan bajet belanja anda sekaligus penjimatan dapat dilakukan. Tapi janganlah kos untuk bekal tu terlalu tinggi pula sampai lebih mahal dari belanja makan tengahari kat kedai makan tu.

Mungkin tips ini dapat diikuti bukan sahaja oleh pembaca tetapi juga oleh saya.Diharap poket kita tak kosonglah dalam bulan ini dan masih mampu bertahan sehingga gaji bulan depan. Macammana pula dengan anda? Ada tips lepas raya ni tak? Boleh kongsikan bersama disini..

 

Sekian.

 

Ada tak yang terasa macam pernah baca je artikel ni? Bagi yang pernah follow, ni artikel lama dari Ligakampung.com. Tapi macam sesuai je kan.

3 Replies to “Poket kosong selepas Hari Raya ?”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.