Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Jumaat lalu secara tiba-tiba aku mendapat whatsapp dari keluargaku mengenai pakcik saudaraku yang dalam keadaan kritikal selepas membuat bypass di Institut Jantung Negara (IJN) .

Selepas mendapat berita tersebut, aku memberitahu Ketua Unit untuk keluar terus. Lepas solat Jumaat aku terus bersama keluarga menuju ke IJN. Ketika dalam perjalanan dapat panggilan telefon dari makcik yang mengatakan bahawa pakcik ku itu telah meninggal dunia.

Nak buat camne, dengan keadaan jem kami sampai kira-kira jam 5.00 petang. Memang tak dapatlah melihat keadaan terakhir tapi adik beradik sempat menjengok pada 2 minggu sebelum ni.

Pakcik atau digelar pak long merupakan abang sulung dalam keluarga mak ku. Seorang yang cukup dikenali kerana penglibatan dalam bidang politik dan juga NGO. Merupakan seorang Pegawai tinggi di Jabatan Perangkaan satu ketika dahulu dan kini telah berusia 77 tahun.

Memang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir. Ketika di Surau Al Islah , Kajang memang ramai yang hadir. Rasanya mau dekat 1000 orang juga yang berhimpun di sana tu. Cukup hebat bapa saudaraku ini sehingga ramai yang hadir. Selepas selesai solat jenazah, terus ke tanah perkuburan Sungai Tangkas , Bandar Baru Bangi. Mulanya sesat seketika sebelum akhirnya menemui jalan sebenar. Memang ramai yang telah menghadiri pengkebumian tersebut.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aku tak tau nak taip apa lagi ni. Memang banyak kisah kenangan dengan pakcikku bernama Ahmad Bustamam bin Hashim.,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.