Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Kali ni entri pasal berkongsi pendapat pula. Beberapa hari lalu kecoh la pasal isu ni. Ada pihak hotel mana ntah buat peraturan untuk check in paling AWAL jam 4 petang dan kena check out jam 11 pagi. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai orang termasuk netizen.
Untuk artikel ni aku akan berkongsi pendapat sebagai seorang pelanggan dan juga pengusaha homestay. Untuk pengetahuan korang semua aku ada homestay kat sini (airbnb.com/h/baliresidencelvl33 ) . Siapa yang nak datang Melaka boleh lah check in kat homestay ni. Homestay aku tak tertakluk la dengan isu ni..Jadi korang ada flexibility la berbanding hotel.
Sambung semula tentang pendapat mengenai isu check in ni. Secara jujurnya, aku juga terkejut dengan masa yang ditetapkan oleh hotel tu. Kalau ikutkan sebelum ni kebanyakan hotel check out jam 12 dan check in jam 3 petang. Dan ini pun ada ketidakpuasaan hati dari pengunjung. Kalau nak ditambahkan lagi jarak memang ramai lah yang mengeluh. Masuk hotel tak sampai sehari.
Memang meradang la terutama yang ada bawa keluarga. Susah nak arrange ahli keluarga untuk ikut waktu checkout tersebut. Begitu juga dengan check in, bila sampai awal terpaksa berjalan-jalan dahulu.
Bagi pengusaha hotel, mungkin masa yang diperlukan itu agak singkat untuk kerja-kerja membersihkan bilik. Apatah lagi jika ianya dalam waktu puncak.
Pada pandangan aku, mungkin pihak hotel boleh buat kaedah check in dan check out berbeza mengikut hari. Sebagai contoh : Hari Jumaat check in jam 11.00 pagi check out Sabtu 11.00 pagi. Untuk check in Sabtu boleh dibuat jam 1.00 petang dan keluar pada 1.00 petang Ahad. Kemasukan Ahad pula jam 3.00 petang dan check out Isnin jam 3.00 petang (kebiasaannya pengunjung akan check out awal). Mungkin ia nampak lebih adil untuk pengunjung dan pengusaha masih boleh mempunyai selang masa untuk melakukan kemasan dalam bilik tersebut.
APapun ini sekadar cadangan sahaja. Apa pula pendapat korang semua?
Ada yang nak daftar homestay? Try link ni https://www.airbnb.com/r/zoolzarizim?s=6&t=061n0g