Aku mungkin pernah dikenali sebelum ini melalui blog Ligakampung.com. Namaku seperti yang terpapar di alamat yang korang taip diatas ini. Aku bermula semula setelah membina blog ligakampung yang dicacamarbakan itu.

Aku menghasilkan satu lagi blog atas rasa bahawa aku memerlukan blog peribadi yang lebih professional. Atas nama ligakampung.com sudah tidak sesuai lagi. Kurasakan biarlah blog itu kutitipkan isu-isu sukan semasa yang lebih sesuai dengan nama domainnya. Apatah lagi aku merasakan bahawa blog itu perlu dilakukan sesuatu untuk menaikkan lagi traffik dan kredibilitinya.

Lagipun sudah 10 tahun blog itu dicanaikan menjadi blog yang tidak tentu halatujunya. Maka dengan rasa sudah sampai masanya aku jadikan blog itu lebih maju, professional dan ada sasarannya. Kalau kuteruskan dengan entri-entri yang tak tentu arah pastinya hanya dikunjung oleh orang yang ‘SESAT’ sahaja. Lagipun aku sudah membeli domain namaku ini, jadi untuk apa ku beli kalau tidak digunakan.

Aku melihat ramai blogger-blogger lain menggunakan nama mereka untuk maju dan menampilkan nama mereka di ALAM MAYA ini. Walaupun aku bukanlah penulis HANDALAN namun itu bukan bermakna aku tiada tempat di SINI. Pasti ada insan-insan yang sudi untuk mengekori aku walaupun mungkin bukan dalam jangka masa yang LAMA.

INSHA ALLAH dalam blog ini, entri yang ku tulis lebih JUJUR berbanding blog-blog ku yang lain. Lagipun, ini sudah ku jadikan blog PERIBADI yang menceritakan banyak hal Aku berbanding cerita-cerita luar.

Tapi kalau aku RASA nak bawa cerita luar pun tak kisah asalkan ia bukan artikel yang membahayakan diri sendiri dan korang yang membacanya.

Apa yang aku nak tulis ? Ada beberapa perkara yang aku rasakan akan memenuhi ruang artikel dalam blog ini. Antaranya :-

 

1) Kisah apa yang aku lakukan yang mungkin SESUAI untuk dikongsikan.

2) Tips-tips BLOGGING yang aku amalkan

3) Ilmu-ilmu yang aku boleh kongsikan. Tak kisah hal dunia mahupun akhirat

4) Pendapat AKU mengenai ISU SEMASA

Dan hampir pasti, artikel dalam blog ini adalah UNIK terus dari HATI dan bukan copy paste (tidak termasuk gambar-gambar yang mungkin diceduk dari google) seperti yang aku lakukan untuk blog lain. Penggunaan kata nama AKU juga bagi menyemai perasaan yakin dengan apa yang ditulis.

Kepada sesiapa yang pernah follow samada di ligakampung.com, ohpemandu.com, yourhealthblog.net, yourfinancialblog.com, rear-wheel.com dan sebagainya, ku ucapkan terima kasih dan teruskan Menyokong. Tanpa kamu semua aku tidak mampu untuk meneruskan Lagi nukilan di ALAM MAYA ini.

2 Replies to “Permulaan semula”

Leave a Reply to Sync Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.