Assalamuaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya Bantuan Prihatin Nasional yang ditunggu telahpun tiba. Sebelum ni aku hampir berputus asa untuk mendapatkan BPN ni. Apataknya, kalau ikutkan dalam borang BPN aku belum lagi mengupdate akaun bank dan perlu update di akaun EzyHasil. Nak update dalam akaun EzyHasil sekali password pula salah. Pening juga kepala memikirkan sebab rasanya memang dah masuk password yang menjadi kebiasaan. Lepas tu emel pula tiada dalam database diorang. Lagilah pening sebab aku memang gunakan akaun gmail je kalau ada benda personal ni.

Dan akhirnya kena datang ke LHDN kalau nak update kan. Memang tak le masa PKP ni. Tapi tiba-tiba aku saja-saja je login akaun CIMB dan tengok ada masyuk. Alhamdulillah RM500 telah dikreditkan ke dalam akaun. Meskipun tidak memerlukan pada masa ini tapi ianya mungkin boleh digunakan untuk simpanan masa akan datang. Memang kalau berdasarkan jawatan gomen aku dan isteri mungkin tidak terkesan sangat tapi mungkin ada adik beradik serta jiran tetangga yang akan mengalami masalah. Sekurang-kurangnya mungkin boleh disumbangkan sedikit sebanyak kepada jiran tetangga.

Aku mencadangkan supaya korang tengok dalam akaun masing-masing. Jika ada masalah cepat-cepat hubungi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran. Kalau ikutkan macam tutup tapi cuba telefon dahulu sebelum pergi ke sana.

Bagi mereka yang sebelum ini tidak pernah mendaftar boleh cuba ke laman web https://bpn.hasil.gov.my/ dan semak status anda. Aku juga berpesan supaya korang gunakanlah duit itu sebaik mungkin sebab kita tak tahu berapa lama lagi situasi PKP ini akan berterusan. Nampak seperti akan berpanjangan sekiranya kes-kes terkini tak dapat diselesaikan.

Ooo ye, sambil tu korang boleh tengok juga video aku mengenai Bantuan Prihatin Nasional ni. Sambil-sambil tu subscribe sekali ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.