Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mungkin korang pernah tahu yang aku merupakan Setiausaha Taman dan masih lagi berada dalam jawatan tersebut. Beberapa hari lalu mantan Pengerusi Taman telah berpindah dan sebelum itu jawatan telah diserahkan pada orang lain melalui mesyuarat agung. Cuma agak ralat sebab tak dapat jumpa pada hari terakhirnya di taman.
Memang itu yang perlu dilakukan oleh beliau yang telah berpindah ke lokasi yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Secara jujurnya, aku mudah berkomunikasi dengan beliau meskipun usianya muda belas tahun dariku.
Secara amnya, dia ni memang seorang yang berkarisma dan pernah menjadi YDP di UiTM. Satu jawatan yang agak besar bagi penuntut di universiti. Masa dia bersama dalam Persatuan ni banyak juga yang dilakukan meskipun kami masing-masing blur antara satu sama lain.
Pada pendapat aku, dia ni ada bakat dalam bidang penulisan tapi mungkin keyakinan dia belum cukup untuk dia menjadikan ianya satu pendapatan. Selain itu dia juga mempunyai idea-idea bernas ketika menjadi Pengerusi cuma malangnya tiada sokongan yang kuat untuk merealisasikan impiannya. Maaf bro, aku tak mampu…
Patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh pasti tak sama dengan yang lalu. Semoga beliau berjaya di tempat baharu. Kalau terlintas untuk kembali ke Melaka dialu-alukan lah..
Okay, aku pun blur nak taip apa lagi.