Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Seperti yang korang sedia maklum, aku dah tiada penyewa di rumahku. Dan buat masa ni merancang untuk renovasi di rumah.
Sementara itu aku kena bersihkan beberapa perkara. Antaranya adalah sofa di rumah tu. Nampak pekat sebab tak pernah bersihkan.
Ikutkan kena tukar je kain di Fella Design Melaka.
Tapi tu le malas pula nak tukar. Aku ambil keputusan untuk mengupah rakan yang buat projek ni iaitu Mafrow Kaki Cuci.

Hari Sabtu lalu diorang pun buat kerja. Alhamdulillah kira bersih juga cuma yang ada kesan-kesan tu memang mereka tak mampu berbuat apa-apa.
Yang pasti nampak bersih dan boleh kalau nak dilepaskan kepada sesiapa. Ini sedikit gambar-gambar hasil kerja mereka..

Sofa beli dari Fella Design ni. Ada sedikit tompok
Pekerja sedang berusaha untuk menarik kotoran.
Berusaha sehabis mungkin untuk menyedut segala kekotoran
Telah selesai.
Hasil kerja yang memuaskan

Kalau ikutkan Mafrow Kaki Cuci ni lebih kepada pembersihan kereta. Samada cuci luar dan dalam kereta tapi mereka juga mempunyai kepakaran untuk membersihkan sofa.

Jadi kepada yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh ke Facebook Mafrow Kaki Cuci.

Sambil tu kalau korang nak buat dekorasi bajet untuk rumah atau homestay boleh rujuk ebook di bawah ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.