Nampaknya minggu ni pelbagai cerita yang boleh aku kongsikan bersama dalam blog ini. Macam biasa, kehidupan masing-masing penuh dengan cerita. Ada suka dan duka. Kalau ada yang statik je hidupnya, maka tiada apalah yang dilakukan dan rugilah hidup mereka.
Bulan Februari 2016 pun dah sampai ke pertengahan dan memang teramat pantas masa berlalu meninggalkan kita. Apapun banyak juga pengisian yang ku lakukan pada minggu dalam Februari ini.

Menyambut Tahun Kedua Perkahwinan
Okay, pada 8 Februari lalu merupakan ulangtahun kedua perkahwinanku. Aku melangsungkan perkahwinan pada 8 Februari 2014 yang lalu dengan pasanganku dari Kampung Nelayan, Kuala Linggi. Memang macam-macam cerita berlaku sepanjang perkahwinan kami ni dan pelbagai cabaran dilalui.
Dan aku juga telah mempunyai zuriat. Alhamdulillah, anakku yang kini telah masuk ke 9 bulan. Memang banyak karenah dan cabaran menjaganya. Inilah dia amanah paling besar yang perlu kami laksanakan. Mendidik dan menjaganya supaya menjadi insan yang berguna.

Aku meraikan sambutan tahun kedua secara sederhana dengan keluarga. Hanya belanja sate dan sedikit kudapan bersama ibubapa serta adik beradikku. Meriah juga terutama bila anakku bercampur dengan anak adik-adikku. Mungkin dia belum pandai lagi untuk berkomunikasi dan bermain bersama-sama tapi mungkin Raya tahun ini mereka akan bersama berjalan-jalan bersama.
Aku juga mengharapkan agar perkahwinan kami ini sentiasa diberkati oleh Allah dan sampai ke jannah. Inshaalllah.

Notis Lewat Pembayaran Cukai Taksiran
Bagi anda yang memiliki rumah di taman pasti akan mendapat surat tentang cukai taksiran kan? Baru-baru ni aku baru menerima satu notis lewat pembayaran cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Jasin. Adoi!! Rupa-rupanya aku terlupa membuat pembayaran cukai untuk tahun lepas. Sekarang ni tunggakan dah jadi RM292.12 pula tu. Kenalah standby duit gaji bulan depan untuk melangsaikannya.
Jangan tangguh-tangguh lagi nanti tahun depan jadi banyak. Dan takut juga tetiba diorang sita rumah. Tak berbaloi pula nanti nak kena masuk mahkamah semua semata-mata sebab cukai taksiran.

Sekarang ni aku dah beli papan putih supaya aku dapat sentiasa ingat tentang tarikh-tarikh penting termasuk cukai taksiran ni. Rasanya cukai tanah pun aku ter’skip’ tahun lepas ni. Memang nak kena bayar ni. Nanti banyak pula kena denda ni.

Beli Handphone Samsung Galaxy J5

Samsung Galaxy J5 yang menjadi milik isteri
Samsung Galaxy J5 yang menjadi milik isteri

Handphone Samsung Galaxy J5 akhirnya menjadi milik isteriku. Isteriku membeli handphone tersebut dengan rakan sepejabat yang mempunyai kedai handphone di Masjid Tanah. Semua nampak ok tapi sekarang ni tiada ‘data’ sebab isteri masih pakai simcard jenis lama. Aku belum kesempatan lagi nak singgah ke pusat servis Celcom untuk bertanyakan situasi ni. Mungkin minggu depan aku singgah kot.

Dapat Income Affiliate Amazon
Korang pernah join affiliate Amazon? Mungkin ada yang telah join program cari duit ni. Aku dah lama juga layan Amazon ni tapi yang menyedihkan apabila kesukaran untuk mendapatkan income dari program ni. Tapi bulan ni aku terkejut bila tengok nilai Amazon affiliate dah bertambah. Nampak gayanya eksperimen aku sebelum ni telah membuahkan hasil. Insha Allah akan diteruskan dengan jayanya. Cuma aku tak tau lagi camne dia bagi duit.
Kalau baca ‘term’ dia akan bagi cek. Ada ke antara korang yang pernah dapat duit dari Amazon ni?

Tak banyak pun dapat dari Amazon ni. Tapi oklah ada juga dapat.
Tak banyak pun dapat dari Amazon ni. Tapi oklah ada juga dapat.

Ganti Bearing Kereta
Kereta MyVi kesayanganku hampir berusia 7 tahun. Dan kereta yang berusia sebegitu pasti akan ada masalahnya. Baru-baru ini aku dapati keretaku berbunyi nyaring di bahagian hadapan. Apabila di check di Perodua Service Centre, masalahnya adalah bearing tayar. Selepas mendapat maklumat itu, aku hantar kereta itu di bengkel tayar. Kenapa aku tak buat di Perodua? Sebabnya harga yang tinggi dan kena tunggu. Adikku yang tukar bearing kena sampai RM600.
Bukan sahaja harga tinggi, dia kena tunggu hampir seminggu untuk mendapatkan bearing tersebut. Apapun aku tak berani untuk menyatakan yang bengkel tayar yang kubuat ini lebih baik dari kat Perodua namun diharap ia ok. Setakat 2 hari nampaknya tiada masalah pada bearing tu. Harap-harap ianya baik. Korang nak baca tips bearing tayar boleh klik sini.

Selain itu, dalam minggu ini juga aku berjaya menamatkan latihan larian 13 kilometer. Masih belum cukup baik namun akan diperbaiki supaya aku mampu beraksi baik pada larian 12 kilometer pada bulan April nanti.

Okay, itulah serba sedikit kehidupan aku pada minggu ini. Terima kasih la sebab korang sudi membaca artikel yang tak seberapa ini.

8 Replies to “Ulangtahun Perkahwinan, Notis Cukai Taksiran, Beli Handphone, Affiliate Amazon”

  1. Tahniah dah 2 tahun kahwin ye..anak pun dah 9 bulan…semoga berbahagia hingga ke Jannah..

    Dah mula masuk komisyen amazon tu maksudnya tak lama lagi bertambah2 masyuk la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.