Lama Tak Main Bola Padang… Kaki Bangku Pun Turun Padang

Lama juga aku tak main bola padang.

Hari ini entah macam mana, aku layan juga.

Bukan sebab tiba-tiba dah pandai main bola.

Jauh sekali.

Cuma kebetulan pasukan jabatan tak cukup pemain, jadi aku pun turunlah sekadar untuk cukupkan orang.

Kiranya aku ni bukan pemain utama.

Aku cuma pemenuh pasukan. πŸ˜‚

Tapi yang penting, game hari ini menang.

4 Half, Lebih Kurang 35 Minit Aku Berlari

Game hari ini main empat half. Kalau tak silap, setiap half lebih kurang 15 minit.

Half pertama aku main penuh.

Half kedua aku masuk dalam 2-3 minit terakhir.

Half ketiga aku tak main.

Half keempat pula aku main penuh.

Kalau dicampur-campur, lebih kurang 35 minit juga aku berada atas padang.

Untuk orang yang lama tak main bola, kira boleh tahanlah.

Cuma jangan tengok cara aku bermain.

Nanti korang kecewa. πŸ˜‚

Hari Ini Tak Main Defend Kiri

Biasanya kalau turun padang, aku lebih banyak main di bahagian pertahanan kiri.

Tapi hari ini first half aku kena main wing kiri.

Aku pun cuba layan.

Malangnya, tak adalah banyak sangat momen.

Tak ada intercept cantik.

Tak ada tackle yang boleh masuk video highlight.

Tak ada assist.

Ada sekali aku cuba push dan berlari ke depan.

Masalahnya bola pergi jauh sangat.

Aku kejar…

Kejar…

Kejar…

Akhirnya kena rampas.

Hahaha.

Itulah kemampuan sebenar seorang kaki bangku.

Ada Satu Momen Yang Aku Rasa Cantik

Tapi ada satu momen pada first half yang bagi aku kira cantiklah.

Bagi kaki bangku macam aku, memang cantik.

Dari sebelah kiri, aku dapat bola dan aku tolak perlahan ke bahagian depan.

Bukan tendang jauh.

Aku cuba buat through ball perlahan ke ruang depan dan kebetulan bola itu sampai kepada kawan.

Aku pula terus masuk ke tengah sebab nampak kawan tu sudah bergerak ke tepi.

Dalam kepala aku masa tu dah terbayang…

“Kalau dia pulangkan bola, aku dah kosong ni.”

Memang ruang tu ada.

Posisi pun boleh tahan cantik.

Kalau bola sampai semula, aku boleh terus hayun kaki kiri ke ruang kosong.

Tapi…

Itu semua hanya angan-angan.

Bola tak sampai.

Hahaha.

Itulah beza antara rancangan dalam kepala dengan realiti atas padang.

Ada Lagi Satu Peluang

Ada satu lagi momen aku dapat buat hantaran kepada kawan yang berada di sebelah kanan.

Tapi kali ini aku tak dapat buat cutback pula.

Kalau bola tu datang balik kepada aku, situasi agak susah sedikit.

Sebab aku berada di sebelah kanan.

Nak terus shoot dengan kaki kanan pun boleh.

Nak potong ke kiri dan cuba buat placing ke hujung pun boleh.

Tapi bagi aku yang kaki bangku ni, nak buat keputusan macam tu pun ambil masa.

Silap-silap bola dah kena rampas dulu. πŸ˜‚

Jadi tak adalah apa sangat.

Yang lain-lain?

Ada juga momen yang agak memalukan.

Tendang tak kena bola.

Hantaran tak sampai.

Ada bola yang sepatutnya boleh buat sesuatu, tapi akhirnya entah ke mana.

Biasalah.

Kaki bangku main bola.

Tapi Hari Ini Taklah Terlalu Penat

Walaupun bermain agak lama, aku rasa badan masih boleh tahan.

Mungkin sebab pihak lawan pun tak bermain terlalu bersungguh-sungguh.

Jadi ada juga masa untuk pegang bola dan cuba buat sesuatu.

Cuma satu perkara yang memang aku tak boleh baiki…

Tendangan pengkaulah.

Yang itu memang masalah dalaman.

Tak boleh salahkan kasut.

Tak boleh salahkan padang.

Tak boleh salahkan bola.

Memang kaki aku. πŸ˜‚

Walaupun tak ada pengganti, aku pun tak bermain terlalu beria-ia.

Aku turun lebih kepada membantu jabatan yang tak cukup pemain.

Dapat bermain.

Dapat berpeluh.

Dapat berlari.

Dan yang paling penting…

Menang.

Oklah tu.

Ada Yang Dah Nak Ajak Lawan?

Lepas game ni, ada juga yang WhatsApp nak ajak lawan dengan team ni.

Tapi aku nak jelaskan awal-awal.

Aku bukan orang yang menguruskan pasukan.

Aku cuma pemain tumpang.

Kalau nak ajak berlawan, kenalah cari orang yang bertanggungjawab dengan pasukan.

Aku ni jangan tanya.

Aku pun cukup-cukupkan orang sahaja. πŸ˜‚

Kasut Bola Pun Bawah RM100

Ada juga yang tanya aku beli kasut bola dekat mana.

Kasut yang aku pakai hari ini beli di Al-Ikhsan.

Jenama Line-7 sahaja.

Harga pun bawah RM100.

Dalam kereta sebenarnya ada satu lagi kasut.

Tapi yang satu tu…

Cetak rompak dari TikTok.

Hahaha.

Jadi sebagai seorang kaki bangku, buat apa nak beli kasut mahal-mahal?

Kasut RM500 pun kalau kaki tak pandai sepak bola, bola tetap pergi ke tempat lain.

Yang penting boleh pakai dan boleh berlari.

Kaki Bangku Pun Boleh Main

Aku rasa sebenarnya tak semestinya kita kena pandai baru boleh turun bermain.

Kalau tunggu sampai pandai, mungkin sampai tua pun tak turun padang.

Aku sendiri pun dah lama tak main.

Bila turun hari ini, memang terasa juga badan bekerja.

Tapi seronok.

Dapat berjumpa kawan.

Dapat berlari.

Dapat berpeluh.

Dan dapat merasa semula suasana main bola padang.

Walaupun aku tahu kemampuan sendiri.

Aku bukan pemain bola.

Aku bukan striker.

Bukan midfielder.

Bukan defender hebat.

Aku cuma kaki bangku yang kebetulan cukup umur untuk turun padang. πŸ˜‚

Tapi tak apa.

Asalkan seronok.

Asalkan tak cedera.

Asalkan tak menyusahkan orang.

Dan kalau boleh…

menang.

Itu dah cukup.


P/S: Rajin juga korang baca sampai habis walaupun aku tahu post ini tak memberikan apa-apa manfaat pun kepada korang. πŸ˜‚

#kakibangkumainbola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.