Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cerita jadi penulis buku ni bukan kali pertama aku tulis, dulu pernah juga hadiri kelas bengkel penulisan. Guru mengajar orang dikenali pula tu tapi selepas bertahun-tahun . Bukan tak bermula tapi tak tahu macam mana nak menutupnya. Sehingga akhirnya ia tergantung dan jadi sebuah impian sahaja.
Baru-baru ni aku terdetik nak hadiri satu lagi webinar. Ditambah pula yang mengajak tu adalah sedara (anak kepada sepupu) yang sedang menghasil dan menjual buku. Lagilah tertarik kan. Banyak juga aku belajar dalam webinar tu dan ada juga yang aku rasakan kena dengan diri ini.
Kalau pasal menulis dah tentulah aku dah banyak menulis. Dalam blog ni pun dah ada 4++ artikel.Itu belum masuk lagi yang aku tak sempat selamatkan di ligakampung.com dulu. Mau cecah ribuan artikel. Cerita kegagalan, kegembiraan banyak yang aku taip di blog tu.

Menjadi penulis buku ni bukan mudah. Populariti perlu ada untuk memastikan buku tu terjual. Itu kelemahan yang aku tak mampu lagi perbaiki. Aku tak mampu MENJUAL karya ku. Tapi takpe , aku cuba juga dengan GURU terbaharu ni. Mana tau, Allah jentik hati untuk aku meneruskan dan mampu menghasilkan satu NASKAH yang boleh dibaca oleh orang awam. Yelah, selama ni aku tulis lebih syok sendiri. Kalau dalam blog ni pun tak berapa kerat je yang baca.
Inshallah aku akan ke webinar kedua yang mana ianya berbayar. Adakah ia berbaloi atau tidak? Aku tak tau. Yang pasti nya aku akan cuba menangkap beberapa orang di dalam itu untuk dijadikan follower FB dan mungkin juga pembaca blog ni.
Adakah anda salah seorang darinya? Komen sikit….