Alhamdulillah, minggu lepas bapaku telah berjaya menunaikan haji. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak baik namun dengan izin oleh Allah dan juga kerjasama dari pihak Tabung Haji beliau berjaya melaksanakan ibadah yang dituntut itu.
Selepas itu beliau telah pergi ke Hospital Oriental Melaka Straits Medical di Klebang. Ini kerana beliau mendapat surat untuk direfer apabila tiba di Melaka. Memandangkan ingin mencuba yang lain, bapaku pergi ke Hospital Oriental Melaka Straits di Klebang yang baru beroperasi 2 tahun itu.
Persekitarannya agak selesa berbanding di Hospital Besar, Hospital Putra mahupun di Hospital Pantai di Melaka. Maklumlah ianya terletak sedikit jauh dari kawasan tumpuan seperti hospital yang dinyatakan itu. Bermula Isnin hingga Khamis dan ada beberapa isu seperti kelewatan doktor untuk discaj tapi aku tak mau komen banyak. Mungkin ada salah paham antara satu sama lain.
Harga caj? Pergh!! Memang tak mampu bagi diriku. RM5,+++ untuk tempoh 4 hari bukanlah standard kami tapi bapa ada sikit duit. Mungkin ini kali terakhir bagi beliau untuk masuk wad di sana. Bagi aku, tak mustahil ke sana tapi kena pakai medical card insurans lah. Kalau masuk walk in mengigil nak cari duit nak bayar tu.
Penat juga nak menunggu discaj dan terpaksa berkampung kira-kira 4 jam disitu. Nasib baik guna dulu credit card abang aku. Nak harapkan aku, memang takde credit card ni. Almaklumlah nak jaga pengurusan kewangan jadi aku cuma ada debit card sahaja. Okay cukuplah pasal tu apapun aku doakan kesejahteraan bapaku.
Memang ada isu yang dinyatakan oleh doktor tapi tak perlulah aku cerita panjang lebar kat sini..

Bapaku disiapkan oleh jururawat di Hospital Oriental Melaka

Pada hari Jumaat lepas pula, aku terpaksa bermain bola padang untuk jabatanku. Jabatanku yang mengambil beberapa pemain import dari jabatan lain menentang pasukan Pejabat Tanah dan Galian Melaka. Memang cuak habislah sebab dah bertahun tak main bola padang. Dengan beli kasut boot jenama WalkStar(mesti korang tak pernah dengar) dekat Mydin yang berharga RM39.90 tu aku diarahkan bermain starting eleven.
Bermain pula di bahagian defend kiri tu. Kiranya posisi Roberto Carlos(bekas pemain Brazil) tu. Kalau ikutkan posisi ni memerlukan pemain yang mampu berlari pantas turun naik padang tapi memang taklah bagiku. AKu hanya mampu berada di kawasan kami je. Memandangkan undang-undang boleh keluar masuk maka sebelum separuh masa pertama aku menukar kepada pemain lain. Kalau ikutkan boleh rasanya habiskan separuh masa pertama (30 minit) tapi kenalah bagi peluang kepada yang lain untuk main kan.
Alhamdulillah team kami menang 5-0. Kira hebat juga tu. Dan juga berjaya mengekalkan cleansheet ketika saingan tu. Memang mengejutkan juga kepada Pengarah yang takut kalau kena belasah tapi sebaliknya kami yang membelasah pihak lawan. OO ye, perlawanan itu berlangsung di Padang Bola Sepak Dusun Datuk Murad. Bagi yang selalu ke Ayer Keroh mungkin mengetahui lokasi ini.

Pegang cenderahati yang diberikan oleh pihak lawan. Aku bukan Ketua Pasukan ye.

Esok pagi Sabtu, aku ada menghadiri satu seminar. Seminar yang aku sertai sendiri. Er seminar apa? Ianya rahsia sebab biarlah sampai sukses baru aku boleh berkongsi. Kalau tak sukses bolehlah jadi kenangan di kemudian hari.
Petang tu dalam kesibukan sebab lepas pergi seminar ada appoinment tentang rumah pula. Balik rumah kejap dan terus bersiap menyediakan bahan makanan untuk projek BBQ dekat rumah keluarga. Alhamdulillah mini BBQ berjaya dilaksanakan. BBQ tu aku beli yang siap dekat Mydin Jasin. Walaupun ada kekurangan serta kesukaran (terutama ketika adikku dan isterinya nak menghidupkan api) namun berjaya juga. Inshallah akan cuba buat BBQ secara bulanan lepas ni sebagai tali untuk mengeratkan keluarga kecil kami ni.

Enak kan tengok BBQ ni.

Okay cukuplah setakat ini. Aku pun takde apa nak tulis lagi. Selamat meneruskan apa yang korang nak buat ye.

8 Replies to “Ambil Bapa Pulang dari Hospital Oriental, Main Bola Padang, Buat BBQ”

Leave a Reply to Gum Arabic Al-Manna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.