Melawat Kawan di PPUKM , Jemput IbuBapa di KLIA Selesai Menunaikan Haji

Minggu lepas ada beberapa perkara suka dan duka yang berlaku. Perkara suka sebab ibubapa pulang dari Mekah selepas menunaikan haji pada hari Ahad manakala mendengar berita seorang anak kepada kawan sepejabatku yang mengalami sakit.
Mula-mula cerita perihal anak kepada rakan sepejabatku yang sakit. Aku tak perlu cerita apa sakitnya cuma memang sedih sebab anaknya baru berusia 3 tahun (setahun tua dari Fatih) namun terpaksa menghadapi kenyataan yang cukup besar.
Masa rakanku cerita kes ini pada sehari sebelum perarakan Hari Kebangsaan. Tergamam juga aku mendengar ceritanya. Tapi apakan daya, hanya mampu bersimpati sahaja. Yang menanggung pasti lebih perit perasaannya.
Selepas selesai di Hospital di Melaka, rakanku mengambil keputusan untuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) a.k.a HUKM. Rakan sepejabat bila mendengar berasa simpati dan Timbalan Pengarah telah menyarankan agar setiap unit dihantar wakil.

Selaku wakil Jabatan menyerahkan sumbangan dari rakan-raksn sepejabat

Kalau ikutkan aku tak pergi tapi bila wakil unitku tak dapat pergi, aku menggantikannya. Lagipun aku awal juga tahu berita dan nak tengok situasinya. Pukul 10.00 lebih kami gerak dan tiba di PPUKM kira-kira jam 12.00 tengahari.  Itupun sebab sesat lalu jalan taman. Berpusing-pusing juga guna Waze tu. Menunggu sekejap dan masuk pada jam 12.30 tengahari.
Ketika aku pergi tidaklah strict sangat jagaan dan kami boleh tengok anaknya. Memang nampak ada benjolan pada leher anak seusia 3 tahun itu. Terlalu kecil rasanya untuk menanggung beban itu tapi dia yang mungkin tidak mengerti hanya bermain dengan handphone.
Mungkin ini cara untuk mengurangkan bosan budak sekecil itu. Selesai je melawat aku berborak sikit dan melihat beberapa perkara yang menarik di PPUKM iaitu :-

1) Terdapat rumah Ronald Mc Donald yang menyediakan penginapan serendah RM5 sehari. Ia adalah harga mampu milik terutama bagi ibubapa atau waris terdekat pesakit. Ia lebih selesa berbanding tinggal di dalam wad. Bukan itu sahaja ada juga kemudahan makanan ringan dan air minuman percuma.

Rumah Ronald Mc Donal di PPUKM

Satu sumbangan yang cukup bermakna oleh syarikat korporat ternama itu. Teringin satu hari nanti aku mampu menyumbang sesuatu sebegini. Tapi kenalah majukan diri kan. Harap-harap mampu menjadi sesuatu untuk jadi penyumbang sebegitu. AMIN.

2) Terdapat perkhidmatan Obike. Bagi yang tak tahu, Obike ini merupakan perkhidmatan basikal menggunakan applikasi smartphone. Ala kira macam Uber, Grab bagai tu. Anda download app dan boleh buka kunci basikal itu. Nampak macam menarik je kan.

Obike, perkongsian basikal menggunakan app sahaja

3) Selain Ronald Mc Donald ada juga penaja lain yang akan membantu menaja pesakit.

4) Kawasan PPUKM agak selesa dan diberitakan bahawa di situ ada sekolah. Mungkin khas untuk pesakit yang kadangkala mengambil masa lama untuk rawatan.

Okay, cukuplah cerita itu. Mari sama-sama doakan anak kepada kawanku itu mampu sembuh seperti sediakala.

Hari Ahad pula adalah waktu yang dinantikan oleh keluargaku. Menjemput ibubapaku yang telah bergelar hajah dan haji. Alhamdulillah walaupun cabaran yang dihadapi terutama bapaku yang terpaksa menginap di wad Hospital Tabung Haji namun ibadah mampu diteruskan.
Kami tiba di KLIA kira-kira jam 10.00 pagi. Masalah yang aku alami adalah nak gunakan Touch N Go. Asyik tak sampai je tangan nak sentuh kad tu. Mula-mula sepatut penerbangan tiba jam 10.30 pagi tapi rupa-rupanya delay. Ooo ye, disebabkan lapar kami singgah makan di McDonald tingkat 5 (tempat pelepasan).
Bukan sebab teringat Rumah McDonald tapi sebab tak tau nak makan apa. Jenuh juga lah nak menunggu apatah lagi dengan 4 sekawan yang bising-bising tu.
Tunggu punya tunggu akhirnya ibubapa ku tiba juga kira-kira jam 12.30 tengahari. Memang ramai juga yang menunggu kepulangan yang tersayang. Macam-macam ragam bila nak berjumpa orang yang tersayang. Sampaikan polis bantuan kena mengawal agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

Antara yang menunggu orang tersayang. Sambil aku berselfie sikit dengan Oppo A57 ku
Ambil gambar kenangan di KLIA bersama ibubapaku serta adik beradik dan anak masing-masing. Baik pula kali ni dak Fatih ambil gambar dengan maknya

Bagi mengelakkan bapaku berjalan jauh, kereta yang diparking di bawah kena naik semula ke lobi dan ambil masa.  Pukul 2.30 petang solat di Masjid KLIA dan tiba di rumah kira-kira jam 5.00 petang. Sesampai di rumah, abang jiran depan menceritakan kisah rumah dimasuki orang. Oo ye, kami tak beritahu pun ibubapa kes ni.
Tak mau diorang risau. Apapun tahniah kepada ibubapa. Sekarang ni kena buat persediaan untuk diri sendiri pula. Tak ingat tarikh berapa kalau ikut tabung haji tapi mungkin nak cepat sebelum umur 50 tahun. Mak cerita pun betapa penatnya dia lebih 2 jam untuk berjalan.
Harap-harap mampu mengumpul duit kurang dari 10 tahun ini untuk dapat pergi ke Mekah menunaikan haji bersama isteri. Dan kalau mampu bersama anak dan adik beradik lain. AMIN..

 

4 thoughts on “Melawat Kawan di PPUKM , Jemput IbuBapa di KLIA Selesai Menunaikan Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *