Minggu ini banyak pula perkara berlaku dalam diri ini. Menyebabkan kesibukan sedikit sebanyak melanda diri. Apapun ianya merupakan satu cabaran dalam hidup ini yang perlu ditempohi oleh kita sebagai manusia.
Takkan nak mengalah hanya dengan beberapa kesulitan yang dialamikan. Memulakan artikel, sedikit sebanyak ingin memaklumkan bahawa Aku KURANG SIHAT pada minggu ini. BATUK dan SELSEMA melanda diri ini. Kepanasan juga menyebabkan AKU bermandi peluh terutama ketika aku hendak menunaikan solat Jumaat di UTeM tempohari.
Memang kuyup dan tak selesa. Harap-haraplah ianya tak berkait dengan kesihatan yang serius. Takut juga kalau ada sakit apa-apa ni. Aku juga sempat buat pemeriksaan kesihatan ketika Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka melakukan Hari Bertemu Pelanggan pada Khamis lalu.
Program tersebut juga menjemput Hospital Putra untuk membuat pemeriksaan kesihatan ringkas. Didapati tekanan darah agak tinggi iaitu 161/89. Mungkin ketika AKU penat baru bangun tidur tapi aku kena ambil sebagai iktibar. Lepas ni kena perbaiki DIETku. Apatah lagi baca berita tentang seorang pelawak yang meninggal dunia akibat SERANGAN JANTUNG. Memandangkan keadaanku yang kurang sihat, maka aktiviti menderma darah yang biasa kulakukan tidak dilaksanakan pada kali ini.
Terasa juga bila baca berita tu. Walaupun MATI itu PASTI, aku tetap BERDOA agar diberi kesihatan agar dapat menjaga ISTERI dan ANAKKU. Tak boleh nak bayang kalau AKU Pergi AWAL tatkala anak masih kecil untuk dijaga isteriKu. Sayu pulak perenggan ni kan.. Harap-harap Ada yang MENANGIS baca perenggan ni la..

Bapa Masuk Wad
Berbalik kepada tajuk permulaan. Minggu ni AKU memang sibuk sebab bapaku masuk wad. Pada hari Sabtu lalu selepas makan di rumah orang kawin tetiba je bapaku merasa sakit di bahagian dadanya. Pada mulanya beliau ingin meminta aku menghantar ke Hospital tapi agak malang sebab pada ketika itu aku telah balik Kampung di Kuala Linggi. Jadi memang sesuatu yang sukar untuk pulang dengan KADAR SEGERA sebab ia mengambil masa sekitar hampir 1 jam juga dari kampungku ke rumah.
Nasib baik adik perempuanku ada balik kampung di rumah. Beliau yang mempunyai 2 bala tentera membawa bersama-sama bapaKu ke Hospital Jasin. Bapaku telah dimasukkan ke Zon Merah selepas diperiksa dengan tekanan darah yang tinggi iaitu lebih 200. Ini menyebabkan beliau ditahan dan terpaksa melakukan pemeriksaan yang lebih oleh pakar perubatan di sana.

datuk-ghazalee
ADUN Kawasan Rim, YB Datuk Ghazalee melawat bapaku di wad Hospital Jasin

Bapaku di suspek mengalami serangan jantung dan perlu ditahan. Memang terpaksa juga AKU memanggil adikku dari Klang untuk pulang ke rumah.
Bapaku duduk di Wad 2B selama 5 hari. Alhamdulillah beliau dapat keluar pada Rabu selepas pemerhatian doktor. Cuma ada berita menyedihkan. Bapaku yang sepatutnya akan pergi ke Umrah pada Sabtu (5/12/2015) tidak dapat menyertai IBUku kerana doktor tidak membenarkan atas alasan kesihatan.
Walaupun rakan serombongan cuba untuk mengajak bapa namun akhirnya terpaksa AKUR dengan surat yang diberikan doktor. Lagipun adik beradik bapaku juga telah menasihatkan agar berehat dan mungkin rezeki belum sampai lagi.Diharap beliau dapat juga hadir ke Mekah satu ketika nanti. Mana tau tahun depan pula dapat pergi HAJI kan? Lagi bagus.

|Simptom Serangan Jantung |

Tukar Duit Riyal
Walaupun bapaku tidak dapat pergi menunaikan UMRAH namun pakej untuk ibuku masih diteruskan jua. Jadi untuk itu aku telah menukarkan sedikit duit Riyal. Aku menukarnya di Pengurup Wang di Mydin MITC

saud-arabia1
Duit Riyal

Agak terkejut juga dengan pertukaran. Aku tak boleh nak maklumkan kat sini tapi selepas itu aku tengok kadar pertukaran di internet dan rasanya hampir RM200 caj yang dikenakan. Tak tau samada itu memang harga caj terlindung. Tapi tak mengapalah, harap-harap ianya memang sah di sisi undang-undang.
Kalau ikutkan rate sekarang RM1 = 0.89 SAR (untuk tengok rate terkini boleh tengok website The Money Converter.

Makan Ikan Bakar di Restoran Parameswara
Minggu ini juga aku diajak oleh rakan seopis untuk makan ikan bakar di Restoran Parameswara, Umbai Melaka. Bukan saja-saja tapi membelanja beberapa pegawai dari Kementerian yang sedang menjalankan tugas di Melaka. Memang agak mengujakan sebab Restoran itu penuh walaupun bukan pada hari Jumaat-Ahad. Ini menunjukkan betapa popularnya restoran tersebut. Kami bernasib baik setelah menempah makanan tersebut lebih awal. Jadi tidak perlu menunggu untuk masak atau memilih ikan.
Hanya tunggu di meja dan layan makanan-makanan tersebut. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan agak sedap juga. Tapi sorilah, biasa kalau ada entri makan-makan mesti tunjuk gambar untuk bukti tapi memandangkan ianya dengan boss dan budak opis segan aku nak ambil gambar. Mungkin kalau ada rasa nak makan di sana akan diambil gambar juga.

Memang cukup mengkagumkan dan pasti puluhan ribu transaksi berjaya dilakukan pada hari tersebut. Dekat situ je ada tak kurang dari 50 meja telah dipenuhi. Mungkin juga ia penuh disebabkan hari cuti sekolah telah bermula tapi memang terbaik sungguh.

restoran-parameswara
Gambar Ambil di Internet. Kredit Haizanrunsah

Temuduga Programmer
Kalau korang follow blog ni mungkin pernah terbaca tentang artikel sesi amali untuk Programmer. Pada hari Khamis lalu AKU bertindak sebagai salah seorang panel dalam sessi temuduga tersebut. Rasa bangga lah sikit sebab ini merupakan kali pertama aku bertindak sebagai panel. Bagus juga pengalaman ini. Ini mungkin boleh dijadikan panduan aku nanti bila aku nak cari programmer bagi syarikat sendiri di masa hadapan.

programmer_creattica_full
Ada 3 calon yang ditemuduga iaitu 1 perempuan dan lelaki. Aku tak boleh bagitau mana yang dipilih. Cuma kebanyakan mereka mempunyai ilmu tentang pengaturcara namun mungkin pengalaman tidak kuat. Namun ada 2 dari mereka yang menambat hati namun seorang sahaja yang dipilih. Aku juga merasakan mungkin yang tidak terpilih itu akan kujadikan rakan untukku buat projek STARTUP di masa hadapan. AMIN. Apa yang kuperhatikan mereka ada projek tapi tidak dapat membuktikan secara visual di depan kami. Apapun mereka telah melakukan yang terbaik namun seperti kunyatakan tadi, rezeki masing-masing tu ada. Cuma tak tau dimana dan lokasi sahaja.
Kepada mana-mana programmer freelance yang nak jadi tag team projek aku amat mengalu-alukan. Mungkin boleh bersama-sama merealisasikan impian aku untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai produk di internet.

Okay cukuplah catatan seminggu ni. Terima kasih banyak-banyak kerana korang sudi meluangkan masa menatap bait-bait perkataan disini. Semoga korang sentiasa dirahmati olehNya.

One Reply to “Bapa masuk wad, Temuduga Programmer,Tukar Duit Riyal Melaka, Makan Ikan Bakar di Restoran Parameswara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.