Minggu ni takde banyak cerita nak ditaip tapi nak juga menambahkan lagi kuantiti artikel dalam blog personal ini.
Apataknya, kalau senyap je blog ni nanti mood menaip hilang. Malas pun bertambah lagi. Jadi kena teruskan menaip sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu dalam blog ini.

Kalau minggu lepas, isteri masak untuk sediakan bekal makan ku, tapi minggu ni aku menukar tanggungjawab pula. Kadang-kadang aku memang suka memasak tapi nak menyiapkan bahan masakan tu memang malaih bebeno.
Apatah lagi dengan nak layan blog, layan anak, layan isteri, memang penat nak mengejaunya. Tapi inilah yang perlu dilakukan bila dah bekeluargakan? Tanggungjawab memasak bukan pada isteri sahaja tapi lelaki pun kena juga buat.
Isnin; bekal yang kubawa adalah nasi putih, daging black pepper serta telur mata. Bukan susah benau pun nak buat daging black pepper ni. Ambil je daging korban yang orang bagi tu, lepas tu cincangkan. Nak kasi lembut aku rebuskan dulu.

Lepas tu balingkan ramuan-ramuan dalam kuali. Lada hitam kena ada, kalau takde tak jadi. Jadi balingkan apa yang ada ikut kesesuaian. Kalau nak cari, korang buka resipi daging black pepper kat Iresipi.com.
Aku tiru je kat situ sambil buang-buangkan bahan-bahan yang malas nak dicari.

Hari Selasa pula aku buatkan nasi beserta sup daging dan daging kicap. Sup daging guna sup bunjut tulang Petani. Tak berapa nak jadi sebab air banyak sangat tapi takpelah, itu pengalaman dan rasanya masih boleh buat di masa hadapan.
Hari Rabu, aku ambil masakan mudah, iaitu bihun goreng. Kalau ikutkan nak buat kuey teow tapi bila pergi kat kedai runcit bawah ni agak sangsi pula dengan kuey teow jadi aku ambillah bihun Jati. Masak bihun goreng ni senang je, paling penting ada sos-sos yang sesuai. Baru menambah perisa.

Masakan daging
Masakan daging

Untuk esok, hari Khamis ni aku rancang nak buat soohon dan ayam goreng Ayamas. Harap-harap jadilah untuk esok ni. Sememangnya bawa bekal ni dapat bantu jimat dari keluar beli makan tengahari. Ye lah, kalau ikutkan bahan buat masakan tak banyak mana. Kalau pergi kedai makan memang tak cukup RM7.00 makan tengahari.
Lagipun sekarang ni tengah jerebu, nak keluar makan pun malas. Baik bawa bekal makan kat pantri je. Selain jimat, takdelah lama sangat berada kat luar tu.

Bulan ni, roadtax kereta isteriku sampai ke tempohnya. Tempohnya 29.9.2015 dan hanya disedari pada 28.9.2015 lalu. Nasib baik kat opis ni ada yang ambil part time buat insurans dan roadtax, jadi dapatlah menjimatkan masaKu. Kalau tidak, nak kena keluar cari insurans lepas tu nak gi JPJ. Memang menganggu masa kerja je. Nasib baik juga isteri tak kena saman kat mana-mana. Sekarang ni banyak beno roadblock . Risau juga kena tahan bila roadtax takde. Besar duit kalau kena saman tu.
Kalau korang duduk Melaka dan nak buat roadtax atau insurans (samada kereta atau hayat) bolehlah contact kawanku ni. Tapi kenalah lalu dengan aku ye. Baru aku dapat komisen sikit. Hahahhahaha.

Google Adsense, siapa yang namanya Blogger, mesti tau atau pernah dengar tengan pengiklanan ini. Boleh memberikan pendapatan yang tinggi tapi bukanlah semudah tu. Aku nak dapat minima pengeluaran (USD 100) pun makan masa lebih 1 tahun. Apataknya, harapan Google Adsense aku pun kat satu blog je. Itupun blog yang tak berapa nak meletup.

Tapi tak kisahlah, janji ada kan. Alhamdulillah dapatlah aku duit RM4++.++ melalui usaha menaikkan blog kesihatan. Aku keluarkan melalui Western Union di Bank Rakyat. Nasib baik tak ramai sangat pengunjung di Bank Rakyat maka aku pun takdelah nak menunggu. Dapat duit tu, aku nak bayar 2 domain yang belum dibayar tahun ni (termasuk domain ni). Harap-harap lepas ni blog yang diharapkan boleh ditingkatkan prestasi sambil tu blog-blog lain dah mula boleh dapat sikit pendapatan melalui pengiklanan ni. Blog ni? Tunggu dululah. Sebab sekarang ni lebih kepada untuk mendapatkan pembaca dan traffik. Kalau setakat traffik tak lepas 10 sehari nak letak iklan, memang tak berbaloilah.

western union
Contoh Borang Western Union

|Senarai Lokasi Western Union di Melaka |

Lebihnya nak bayar PTPTN yang masih ada baki RM1,5++.++ lagi. Mungkin ada yang suruh aku selesaikan tapi tak boleh, sebab belum sanggup lagi. Masih ada komitmen lagi yang perlu digunakan. Lainlah kalau tetiba dapat income gempak-gempak dari affiliate atau nuffnang. Boleh aku lepaskan leher dari hutang PTPTN tu.

Hari ni aku terpaksa meminjam kereta bapa. Kereta MyViku masih belum kuperbaiki. Masalah aircond kereta membelengu diriku. Nak betulkan, tapi kedengaran seperti memerlukan angka yang tinggi. Jadi aku kena sabar dulu walaupun badan terasa semakin tak sabar. Jerebu menyebabkan aku terpaksa meminjam Proton Wira bapaku ini.
Walaupun ada juga masalah seperti pintu pemandu yang tak boleh dibuka selepas berhenti, namun kena juga pakai sebab aircondnya lebih baik. Inilah akibatnya kalau tak jaga kereta dengan baik. Korang yang baru beli kereta, kenalah jaga kereta baik-baik sebelum umurnya meningkat dan tua. Nak tau cara menjaga kereta? Dapatkan panduan di bawah ni

Alhamdulillah berjaya juga aku menaip artikel yang agak panjang juga ni. Untuk minggu ni aku ada 2 perkara penting. No 1; perbincangan dengan syarikat pembangun sistem untuk berkongsi idea pembangunan sistem penyewaan rumah/kedai. No 2; untuk menyertai program larian ‘ Run For Fun 2015 di Hutan Rekreasi Ayer Keroh‘. Namun kedua-duanya ada cabaran tersendiri. Semoga dipermudahkan olehNya.

Oo ye. Aku sempat timbang berat badan kat timbang elektronik kat opis dan angkanya 69kg. Memang jauh dari harapan untuk turun ke 65 kg bulan ni. Sambil tu sasaran lain dari segi traffik blog, tak memuaskan. Senang kata, banyak lagi untuk mencapai sasaran dalam hidup ni. Bulan Oktober ni kena mulakan semula perancangan dengan lebih baik dan mengejar impian.

AMIN.

Tambahan je .

stroller-basikal

Kan best kalau dapat stroller basikal ni kan. Boleh juga bawa anakku berjalan-jalan dengan lebih tenang sambil boleh juga bersenam secara tidak langsung kat taman perumahan ni kan. Tapi mahal lagi basikal stroller ni, kat Amazon.com pun seribu lebih tu. Duit US dollar tu

17 Replies to “Bayar Roadtax kereta isteri, terima bayaran Google Adsense, Pinjam kereta bapa”

    1. best memang best.. tapi nak tunggunya makan masa setahun lebih.. huhuhu..
      tu nasib baik tak kena banned ke apa.. paham2la tokei dia suka banned org

    1. nampak sangat tak baca betul2 artikel ni… takde citer pun komisen dibayar melalui WU.. yang WU tu dapat dari google adsense..
      tapi takpe paham.. kadang2 pun selalu buat komen camni. baca sikit lebih kurang je terus komen.. hahahahha

  1. Tahniah bro !

    Yang part adsense tu…bila dah dapat first payment ni, insya allah 2nd payment dan seterusnya akan jadi lebih cepat.. kalau sebelum ni setahun sekali, next nanti tak mustahil dia leh jadi tiap2 bulan.

  2. tahniah berjaya dpt duit dari GA..wlpn setahun tapi perlu bangga berjaya jugak buat duit tu bukan senang..ciktom sendiri dulu pernah beberapa kali apply GA ni tak lepas..lupa dah reason apa…terus malas apply smpi skang.maybe kena cuba apply balik utk tahun 2016..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.