santai

Buat Passport di UTC, Layan Radio UTHM, Polis EVO, Idea Sistem Masjid

Minggu yang agak sibuk dan agak pening sedikit. Minggu yang agak mencabar selepas aircond kereta diperbaiki dimana bajet terus menjadi defisit. Perbelanjaan yang tidak dirancang mengakibatkan bencana berlaku dalam poketku. Terpaksa membuat pinjaman dari adik sendiri dan juga isteriKu. Memang bukan pilihan tapi apakan daya, walaupun dapat duit Adsense beberapa minggu lalu namun ia tidak cukup menampung PERBELANJAAN bulan ini.
Selain dari aircond kereta yang menghabiskan RM700, aku juga terpaksa memperbaharui 2 domain pada bulan ini. Dah tu, hari tu terlebih RM50 bayar duit kereta sebab tak perasan lebih RM50 masuk mesin. Nak batal leceh sebab ramai kat belakang tunggu. Redha je la. Ditambah lagi nak kena ikut rombongan opis gi Singapura minggu depan ni. Dengan passport takde, nak kena buat. Memang lebur lah duit. Tambah-tambah duit online affiliate takde pula yang menyinggah bulan ni.

Cukuplah dengan mukadimah panjang lebar ni, aku kongsi beberapa perkara. Macam biasa blog ni memang aku Kumpul Idea lebih kurang seminggu baru aku taipkan satu persatu. Bior panjang berdepa artikel ni. Bior sampai penat korang membacanya. Hahhahaha. Ops. Melalut lagi. Berbalik kepada buat passport. Seperti yang aku bagitau kat atas tadi, minggu depan aku diPAKSA untuk ke Singapura bagi lawatan ke Lembaga Perumahan Singapura. Kiranya nak belajar kat sana apa yang boleh dijadikan contoh kat tempat kerja aku ni.

hdb-logo
Logo Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura

Memanglah ikut hati taknak ikut sebab rindu plak nak tinggalkan anak ngan maknya kat rumah tapi apakan daya. ‘Saya Yang Menurut Perintah’ ayat yang biasa disematkan dalam dada kakitangan awam. Pada mulanya aku ingatkan nak buat je passport kat KDN Ayer Keroh tapi nak curi-curi keluar agak susah maka aku pun buat hari Sabtu kat UTC, Melaka. Sampai kat pintu Imigresen UTC dalam pukul 8.20 pagi. Ingatkan dah masuk tapi belum buka rupanya. Buka pukul 8.30 pagi dan giliran aku yang ke 10. Menunggu lebih kurang 20 minit dan tak susah lah prosesnya.
Tak payah isi borang pun cuma perlu sign mana-mana tempat yang diperlukan. Gambar diambil di kaunter dan maklumat ditarik dari kad pengenalan. Selain itu, kena pastikan jari tangan tu mudah untuk dibaca. Nasib baik takde masalah. Cuma………… Ingatkan bolehlah ‘on-spot’ siap tapi rupa-rupanya kena datang pukul 3.00 petang untuk ambil. Pergh.. Jarak dari rumah aku ke UTC dalam 40 kilometer la juga. Dah tu aku datang naik motosikal pula tu. Aku tengok jam, baru pukul 9.00 pagi. Ada lagi 6 jam nak tunggu. Nak balik ke? Bila pikirkan jarak dan masanya aku memutuskan untuk lepak je dimana-mana.
Mula-mula aku masukkan duit Tabung Haji anakku. Duit simpanan yang dibagi-bagi orang. Aku nak masukkan duit syiling yang sebeban tu tapi mesin duit syiling kat sana rosak plak. Memang pening sungguh simpan duit syiling ni. Sebelum ni aku cuba mesin duit syiling kat BSN Jasin tapi tak boleh pula. Ada orang cakap kat Maybank Jalan Hang Tuah ada mesin duit syiling tu tapi aku masuk takde pula. Adakah tempat lain ataupun mesin tu ada time waktu kerja je? Jadi terpaksalah aku mengendong beg yang berisi duit syiling sebotol tu.

Dalam tempoh beberapa jam tu aku tak tau mana nak menghabiskan masa. Nak pergi perpustakaan di UTC ada beg pula. Kalau ikutkan peraturannya tak bagi bawa beg maka aku cari idea. Mula-mula nak masuk AEON Jusco tapi nak parking motosikal tak tau mana pula. Tetiba datang idea nak tengok cerita ‘POLIS EVO’. Walaupun bajet ku dah defisit tapi masih adalah kalau nak pergi tengok wayang ni. Memang dah lama tak tengok wayang ni. Rasanya kali terakhir masa aku dating ngan isteri aku kot. Dah dekat 2 tahun tu.Jadi aku terus pergi ke MBO Melaka Mall, Ayer Keroh. Sampai dalam pukul 10.15 pagi dan waktu tayangan jam 11.15 pagi. Memang takde orang sangat kat MBO Melaka Mall ni. Tapi kira oklah sebab tak bising sangat.
Aku tengok cerita ‘Polis Evo‘ lakonan Shaheizy Sam, Zizan, Nora Danish dan lain-lain. Jalan ceritanya simple je. Kalau ikutkan, memang lebih kurang macam cerita polis omputeh. Ceritanya berkisarkan mengenai sindiket dadah syabu sintetik yang dinamakan ‘Syabu Naga’. Selepas kematian orang yang membuat formulanya, seorang polis handal dari KL, Khai (Shaheizy Sam) dibawa ke Terengganu untuk membantu seorang inspektor yang ala-ala kelakar, Sani (Zizan). Kedua-duanya berkarektor berbeza dimana Khai lebih ganas dan aktif berbanding dengan Sani yang lebih cakap besar.

PolisEvo-thumb-300xauto-56646
Untuk membanteras sindiket ini banyak aksi berlaku seperti kejar mengejar, bom, gaduh-gaduh dan sebagainya. Menariknya filem ini disebabkan sinematography dan adegan-adegan aksi yang laju. Tak banyak meleweh lah cerita tu. Tu sebab agak laku dan mencapai angka box office. Tambah lagi Shaheizy Sam yang memang terkenal dan lakonan yang hebat bersama Zizan. Cuma kalau nanti nak buat Polis Evo 2, si Zizan tu kena workout sikitlah. Takkan keding camtu je kan. Aku bagi rating 4 dari 5 bagi filem ni.

Layankan trailer ‘Polis Evo’

Pukul 2.30 aku sampai semula ke UTC Melaka dan terus ke kaunter 8 pejabat imigresen untuk mengambil passport. Alhamdulillah berjaya juga aku membuat passport. Lepas ni, bolehlah pergi ke luar negara pula. Tapi nak pergi mana ye? Tengok le kalau ada duit lebih-lebih sikit bolehlah berjalan luar negara ye.. Agak malang sebab seharian di bandar Melaka. Tak dapat aku nak join Hari Sukan Negara yang diadakan di kawasan berhampiran. Nak buat camne, keadaan memaksa.

Passport-Malaysia

Cerita lain pula, aku baru tahu tentang kawanKu yang menjadi seorang DJ di stesen radio internet Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Baru ku tau juga tentang kewujudan radio ni. Aku pun sebenarnya jarang dengar radio apatah lagi lepas kerosakan radio kat kereta MyViku memang jarang dengor radio. Hari Ahad jam 9.00 -11.00 pagi rakanku yang lebih dikenali dengan nama ‘Firus’ bersiaran. Dengan sparring partnernya aku dengar dengan penuh teruja. Oklah, tak sehebat radio komersial yang lain tapi sebab kawan yang jadi dj maka aku dengor juga sampai habis. Tapi tak dapat nak dengo sampai habis sebab budak kecil asyik melalak manakala isteri pula tengah sibuk dekorasi rumah. Kenalah aku menjaga si kecil tu sambil ambil masa lap kipas.
Korang kalau nak dengo radio ni boleh layari laman web http://radio.uthm.edu.my/. Aku tak boleh komen banyak samada best ke tidak sebab aku dengo pun sebab DJ Firus tu. Kalau tak memang tak dengo le. Tapi bagus juga, ada kabel kat radio kalau nak buat iklan-iklan secara tak langsung ni. Hehehehe.

Artikel kali ini juga aku cerita tentang idea untuk sistem masjid. Aku harap sangat kalau ada kawan-kawan yang mempunyai kemahiran dalam bidang programming yang ingin bekerjasama dengan Aku. Aku tak mahir bidang tu, tapi mungkin aku boleh cuba untuk bantu pasarkan dan cari idea untuk sistem ni. Sistem terbaru yang keluar dari ideaKu adalah mengenai sistem masjid.
Korang dari kariah masjid mana? Adakah korang tau berapa jumlah kariah dan apa aktiviti yang dilakukan di masjid berdekatan? Aku terfikir sekiranya dapat membangunkan sebuah laman web yang membolehkan orang mendaftarkan masjid berdekatan mereka disamping membantu mengemaskini maklumat dan aktiviti masjid. Untuk apa ini? Selain dapat memberitahu mengenai maklumat masjid-masjid, ia juga mampu mengeratkan silaturrahim antara kariah secara online.
Bagi orang luar pula, mungkin mudah untuk mencari maklumat. Almaklumlah, ada orang baru yang menyewa tapi tak tau tentang kariah. Sekali berlaku kematian atau nak buat kenduri, tak kenal Pengerusi Masjid, Imam dan sebagainya. Kalau pihak Tabligh atau sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan seperti bermalam di masjid juga mendapat maklumat yang cepat dan tepat. Kalau jadi dan siap boleh bekerjasama dengan PiMasjid kalau nak tunjuk kuliah dan ceramah secara live streaming.

Maklumat masjid mungkin boleh diminta melalui Majlis Agama Negeri. Cuma nak update tu boleh diberikan kepada pengguna berdaftar. Selain itu boleh juga diberikan lokasi melalui GPS, senang untuk orang cari kalau ada program atau aktiviti. Aku rasa sistem ini mungkin tak se’complicated’ Sistem Penyewaan Rumah yang kurancangkan dulu. Tapi macam biasa, ini sekadar idea sahaja. Nak laksanakan tu masih kabur lagi.

Wallahualam.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

11 thoughts on “Buat Passport di UTC, Layan Radio UTHM, Polis EVO, Idea Sistem Masjid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.