Minggu ini banyak perkara berlaku terutama tentang kerja. Memang banyaklah aku nak taip hari ni. Tapi takpe mengenangkan semangat nak menjadi BLOGGER handalan maka aku kuatkan semangat.
Kalau takde semangat nanti tak sampai cita-citaku nak jadi blogger TUA .
Mula-mula cerita pasal Zakat, semua orang Islam memang wajib menunaikan zakat kecuali mereka-mereka yang telah diTETAPkan sahaja.
Pada hari Sabtu lalu aku membayar zakat fitrah di Masjid Kariah ku. Kalau ikutkan, mana-mana nak bayar zakat pun boleh tapi seeloknya bayarlah di masjid berdekatan. Selain dikenali oleh Pegawai Syarak Masjid(biasa mereka yang dilantik oleh Pusat Zakat sebagai Amil) kita juga boleh mendekatkan diri dengan masjid.
Kalau bayar kat Shopping Complex tak berapa nak feel. Apatah lagi Amil tu tak pernah nampak pun muka sebelum ni. Kalau kat masjid kurang-kurang ada lah Amil tu bertegur sapa sikit kan?
Tahun ni aku bayar 7 orang termasuk ibu dan bapa sebab bapa tak berapa sihat dan tak mampu nak bergerak ke masjid. Jadi aku TOLONG bayarkan (duit bapa). Ikutkan nak bayar pakai duit sendiri tapi bila dah di hulur, tak baik pula menolak.
Di Melaka, nilai bayaran zakat fitrah tahun 2017M/1438H adalah sebanyak RM6.70. Rasanya antara yang terendah di Malaysia.
Nilai Zakat dan Jadual Berbuka Puasa di Melaka
Minggu ini juga pejabatku mengadakan majid Iftar (Berbuka Puasa ) di Hotel Amverton (dahulu dikenali sebagai Puteri Resort).
Majlis tersebut berlangsung pada 9 Jun 2017 dimana ia juga melibatkan orang-orang tua dari Rumah Kebajikan Bukit Larang,Telok Mas, Melaka serta anak-anak yatim terpilih. Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan kata-kata iringan.
Aku kena settingkan lagu raya sebab pihak hotel tak siapkan. Kenalah bawa laptop dan kawanku membawa CD. Makanan memang boleh tahan juga dengan hidangan menyelerakan. Cuma aku tak dapat memberi fokus sebab Si Fatih tak duduk diam. Asik berjalan je ke sana ke mari.
Yang lebih handal asik nak naik pentas je kerja dia. Memang penat jugalah aku nak mengejar anak kesayanganku ini.
Makan utama pastinya kambing panggang tapi aku tak leh layan banyak-banyak. Pening kepala mula terasa. Tapi memang terbaik layan kambing panggang ni. Memang untunglah sesiapa yang ternak kambing. Bulan ni mesti full house punya.
Habis je majlis aku terus melarikan diri. Memang tak sempat nak bergambar beramai-ramai. Aku singgah ke jualan gudang Parkson di MITC. Tak berapa menyenangkan nak tengok barang-barang bila bawa si Fatih. Kena pandang dia betul-betul takut hilang dalam keramaian orang tu.
Dapatlah beli beberapa pasang baju untuk hari raya dia. Lepas tu singgah ke Bazar Ramadhan di MITC. Ingatkan nak cari kawan yang meniaga kat situ tapi takde pula. Dia ada kerja pula malam tu dan budak dia je yang jaga. Kecewa betul sebab lama tak jumpa kawan tu.
Takpelah, takde rezeki. Akan datang mungkin ada masanya.
Esoknya hari Sabtu ada pula kerja lain. Kena persediaan majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah Makcik Rokiah di Sungai Udang. Aku tiba jam pukul 12.30 di rumah tersebut. Sampai-sampai tengok rumah yang telah diperbaiki.
Makcik Rokiah ni ibu tunggal dan adalah kisah yang diceritakan. Menyayat hati juga tapi beliau cukup tabah dan yang hebatnya menjaga anak angkat. Anak angkatnya paling muda berumur 2 tahun sebaya dengan Fatih. Bila tengok budak tu terasa sayu je. Ye lah takde kasih sayang mak bapa sebenar. Mak Cik Rokiah tu pun dah berumur 60 lebih . Harap-harap anak itu akan membalas jasa nenek angkatnya itu. AMIN.
Majlis itu dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka selaku Pengerusi Lembaga Perumahan Melaka. Sempatlah dia dan Datin Seri Fadhillah mengecat 2 baris kayu. Selepas tu ada sesi sidang media dan juga upacara pengagihan bubur lambuk. Penat terasa aku chow awal sikit.
Balik rumah dapatlah berbuka di rumah mak. Memang meriah sebab semua ahli keluarga ada di rumah. Borak-borak dan buat perancangan untuk hari raya nanti sambil dak Fatih berkawan-kawan dengan sepupunya.
Video Majlis CSR Di Sungai Udang
AKu takde interframe langsung. Almaklumlah rupa tak komersial. Hehehehe
Esok petang Ahad pula aku kena pergi satu lagi majlis. Kali ini program penyerahan bubur lambuk untuk kariah di Masjid Tampoi. Ops, sebelum korang keliru, ini bukan Tampoi yang femes kat Johor tu ye. Kat Melaka pun ada satu tempat dinamakan Kampung Tampoi.Ada banyak juga nama di Melaka yang sama dengan tempat lain, kalau korang nak tau boleh jengok artikel Nama Serupa Lokasi Berbeza di blog Melakacool.
Sampai agak petang dan bubur lambuk pun telah tersedia. Tak banyak yang boleh aku ceritakan sebab penduduk PPR tak singgah masjid dan kena ada yang tolong hantarkan ke projek mereka.
Biasalah, sekarang mana ada orang turun masjid atau surau untuk solat Asarkan. Kata orang, yang menaip ni pun 2 x5 juga. Er, yang baca ni tentu selalu gi masjid kan. Tak terkena kan?
Okay cukuplah setakat ini. Selamat berpuasa semua…
Zakat paling baik dibayar pada amil yang bertauliah..
saya tak tentu..kadang-kadang di masjid..
selalunya di pejabat baitumal sendiri
saya biasa bayar di masjid..
nanti diorang kenal kita
tu dia.
sekali harung update.
hoho..
sesekali semua tuliskan.. hehehe
Betul kata En Titan tu, satu post banyak cerita. Ini kalau asingkan boleh dapat 4-5 post ni…
malas nak buat 4-5 post.. buat sekali harung je ..
Makan sedap ni haha. Terbaik
bolehlah
bolehlah tahan sedap