Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sedar tak sedar dah sampai pertengahan Ramadhan. Kejap je masa berlalu meninggalkan kita. Sudah pasti bulan Ramadhan ada yang berbuka di luar sekali sekala. Begitu jugalah dengan aku. Setakat ini aku hanya berbuka di luar tiga  kali sahaja iaitu mengikut program pejabat , Berbuka di Hotel MITC, Berbuka Puasa di Philea Resort dan ketika berbuka puasa di Masjid bagi meramaikan program majlis sumbangan Asnaf di Masjid Khalid Al Walid.

Mula-mula aku cerita pasal iftar Ramadhan di Hotel MITC. Aku berbuka bukan sebab saja-saja. Maklumlah kalau berbuka di hotel harganya memang boleh digunakan untuk berbuka tiga hari malahan ada kalanya nilai buffet tu cukup untuk menanggung belanja berbuka dan sahur untuk seminggu.

Tapi kalau dah dijemput, maka tidak manislah jika tidak hadir. Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Melaka yang diadakan di Hotel MITC pada 3 Mei yang lalu. Aku selaku salah seorang ketua unit kenalah menghadirkan diri walaupun takde lah berminat sangat nak makan kat hotel ni. Sesampainya majlis berbuka atau iftar itu diadakan secara terbuka di perkarangan Hotel MITC. Kira-kira jam 6.15 petang aku dah tercongok mengadap makanan di sana. YAB Ketua Menteri tiba kira-kira jam 6.30 petang dan ada sedikit acara seperti member sumbangan dan sebagainya.

Aku menunggu je makanan dengan rakan-rakan sepejabatku. Masuk je waktu azan, aku pun meneruskan aktiviti makan. Memang banyak makanan yang disediakan termasuk gulai kawah, char kuey tiaw dan sebagainya. Tapi aku kena hadkan pemakanan dan lebihkan makan buah serta air. Secara peribadi, makanan yang disediakan cukup menarik cuma mungkin lokasi meja kami agak ke luar dan terhadang. Tapi nak sauk makanan memang dekat la juga..

Yang kedua pula makan di Majlis Iftar Jabatan yang diadakan pada Sabtu lalu. Memang biasa Jabatan buat Majlis Iftar bila Ramadhan ni ( 2017, 2016). Selain meraikan kakitangan, kami juga meraikan orang tua serta anak yatim bagi memberikan keriangan kepada mereka. Program tahun ini diadakan di Philea Resort. Tolong jangan tanya berapa kos buffet tersebut sebab bukan aku yang arrange. Jadi aku Cuma menumpang makan sahaja. Makanan yang dihidangkan di Philea Resort ini agak terhad dan aku tengok tak ramai yang datang ke Buffet Ramadhan ini. Berbeza sikit berbanding pada tahun lepas. Ini mungkin disebabkan keadaan kewangan negara yang memberi kesan kepada rakyat. Mungkin ianya membazir kalau makan buffet di hotel memandangkan kos yang makin meningkat kini. Ada juga beberapa isu yang ditampilkan oleh kakitangan seperti makanan yang dihidangkan agak sedikit dan tidak dibenarkan bawa balik sedangkan jabatan telah menempah makanan khas untuk jabatan. Nampak mungkin akan berpindah ke hotel lain lepas ni.

Apa da cameraman. Tolak le nombor tu sikit..

Bergambar dengan kakitangan serata keluarga. Korang cari le aku yang mana satu

Yang terbaru pula aku berbuka di masjid. Bukan berbuka saja-saja tapi mengikut program majlis sumbangan kepada asnaf yang di sempurnakan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan serta dihadiri ADUN Machap Jaya, YB Ginie Lim. Mula-mula nak bawa isteri dan anak tapi keadaan tak mengizinkan apabila isteri tak boleh solat. Jadi aku seorang je terus ke Masjid Khalid AL Walid di Ayer Pasir Machap. Sampai sana borak dengan seorang pakcik yang pernah kerja Pejabat Pos Melaka. Jadi dia pun cerita lah yang dia kenal dengan boss lamaku. Ye la, boss lamaku dulu adalah Pengarah Pos Melaka jadi tak pelik lah kalau dia kenal. Kira-kira jam 6.30 petang , Pak Wan tiba ke masjid. Memang sempoi orangnya apabila hanya memakai baju teluk belangga tanpa bersampin. Memang humble.

Baru sampai kat masjid, kita selfie dulu
Kena snap time tengah nganga pula. Tak senonohnya cameraman yang ni

Ini gambar paling dekat aku snap gambar Pak Wan. Sempoi je kan?

Dengar lah ceramah sikit sebelum akhirnya berbuka dengan nikmatnya. Agak menarik juadahnya dan aku terKALAH mencuba daging kurma. Hahahahah. Terasa juga pening kepala lepas balik terawih. Hehehehe. Rasanya itulah serba sedikit ceritaku berbuka di luar pada tahun ini. Tak tahu lah samada tahun depan sempat sambut Ramadhan atau tidak.

Macam mana cerita korang pula? Jom kongsi.

One Reply to “Iftar Ramadhan :Majlis Berbuka Puasa Di Philea Resort Dan Majlis Sumbangan Asnaf di Masjid Khalid Al Walid disempurnakan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.