Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dua hari yang lalu, usiaku telah menginjak ke angka 41. Angka yang menunjukkan usia semakin meningkat dan fasa tua semakin hampir. Aku juga telah melihat banyak perubahan pada diri ini. Rambut yang semakin gugur menandakan banyak masalah yang difikirkan. Sekarang ni ada isu di pejabat yang membelenggu diri tapi aku cuba untuk menghilangkan ia dengan menaip dan menulis. Ia sedikit sebanyak menjadi terapi diri. OOoo ye, sambil tu aku juga menambah profil facebook apabila membuka Page Zool Penulis . Mohon korang yang baca artikel ni, like page https://www.facebook.com/zoolpenulis/ supaya impian untuk mencapai 2,000 follower boleh tercapai juga..
Sambung kembali bebelan mengenai hidupku yang telah sampai ke angka 41 ni. Apa agaknya yang boleh dibanggakan? Rasanya banyak juga yang boleh ku banggakan. Salah satunya adalah blog ini sendiri. Korang yang baca ni pun merupakan kebanggaan aku. Mustahil korang singgah sini kalau tak baca bait-bait tulisan ni kan? Hehehehe..
Dalam 41 tahun, aku berjaya juga bergelar kakitangan awam dan bertahan selama 16 tahun. Kalau ikutkan hati nak je bersara pilihan (sebab dah layak nak bersara pilihan. Boleh rujuk ni web JPA ni). Tapi buat masa ni belum nampak jalan lain untuk menjana pendapatan secara tetap. Inshallah kalau ada rezeki di bidang lain, mungkin boleh bersara pilihan ni. Ye lah, kadangkala bila kerja di bidang yang sama, tempat sama, muka sama pasti ada kebosanan melanda. Apatah lagi tekanan kerja semakin keras, menyebabkan hati kadangkala rasa tak senang nak pergi kerja. Takut pula nanti kena ‘Depression’ pula. Lagipun kesihatan fizikal ada kemerosotan, jadi tekanan memberi kesan juga tu. Tapi macam yang aku tulis kat atas ni, belum nampak jalan lain. Semoga ada petunjuk pada tahun hadapan ni.
Dalam usia 41 tahun ni juga banyak suka duka ku tempuh. Perubahan juga berlaku dimana pada usia ini, aku banyak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Korang boleh follow instagram aku ( https://www.instagram.com/zool78/ ) untuk bersama-sama berkongsi tentang senaman atau aktiviti mengeluarkan peluh. Almaklumlah dalam usia sebegini kena selalu mengeluarkan peluh. Kena lakukan lebih sebab masa usia pertengahan 20-an ke pertengahan 30-an aku jarang melakukan aktiviti fizikal secara rutin. Sekarang ni baru nak bermula. Tambah teruk masa usia tu, diet pemakanan agak teruk. Semua benda main hentam je. Dah masuk 40-an ni barulah buat diet pemakanan. Itu pun selalu juga langgar terutama bila pergi rumah kahwin dan kursus. Tapi takpe, kena juga adakan displin diri. Kalau ada yang pernah kenal aku 10 tahun lalu mungkin akan nampak sedikit sebanyak perbezaan dari segi fizikal. Kalau 10 tahun lalu agak chubby, sekarang ni agak slim cuma masih belum mencapai berat ideal iaitu bawah 60 kilogram.
Mencapai usia 41 tahun ni, aku juga melakukan risiko dengan membuat pelaburan hartanah. Selain dari homestay Taman Maju Jasin, aku juga sedang membeli sebuah rumah komersial. Inshallah , akan dikongsikan pengalaman tersebut samada di blog ini atau instagram ( https://www.instagram.com/zoolzarizi/ ) . Semoga aku berjaya dalam pelaburan ini.
Okay cukuplah bebelan aku pada artikel kali ini. Mungkin ada antara korang yang lebih muda atau lebih tua dariku. Aku ucapkan terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhir artikel ni. Maaf kalau tak bermanfaat..