Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekarang ni dah masuk bulan Disember 2019. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meninggalkan dekad 201+ dan memasuki era 2020. Kalau dahulunya ada Wawasan 2020 tapi nampaknya perbezaan itu tidak ketara. Tapi aku bukan nak berborak pasal pemodenan negara ni sebab aku orang yang layak. Cumanya elok kalau melihat diri sendiri.

Setiap orang inginkan kejayaan dan bila kita memulakan azam, mesti ada benda dalam diri yang kita perlu lihat. Jadi aku pun nak memulakan azam bagi memastikan hidup ini ada matlamatnya. Tak gitu? Memandangkan salah satu fungsi blog adalah menulis mengenai kehidupan sendiri maka aku kongsikan sedikit azam aku untuk tahun 2020. Cumanya aku takdelah detailkan sangat kat sini kan. Cuma beberapa perkara yang ingin ku capai pada tahun 2020. Antaranya ialah :

  1. Media Sosial

Meskipun aku telah berusia 40-an namun aku tetap aktif dalam media sosial. Lagipun aku lihat ramai orang yang berjaya dengan kuasa media sosial ni. Jadi tahun 2020 , aku ingin melihat bertambahnya follower aku di media sosial bagi aku mencari pengaruh. Berikut merupakan beberapa akaun media sosial kini dan sasaran ku.

– Follower Instagram

Aku pun terpengaruh dengan muda mudi sekarang ni yang gemar bergambar. Meskipun paras rupa dan bentuk badanku tak menarik namun aku mencuba juga dengan kaedah lain.

https://www.instagram.com/zool78/ (Akaun Instagram ni aku buat dah lama. Ingatkan nak fokus kepada fitness tapi ralat pula nak ubah. Jadi ada juga benda berlainan dari fitness yang aku kongsikan. Cuma entri aku post dalam English sebab follower bercampur-campur. Setakat hari ni ada 215 follower, target mungkin nak capai 5++ je dulu sebab susah nak tembus ke 1K kalau takde benda menarik ni. Nak tunjuk perkembangan perut, tak boleh pula. Kang ramai termuntah nanti.Huhuhu

https://www.instagram.com/zoolzarizi/ (Akaun Instagram ni aku baru buat dalam beberapa bulan ni. Dah dapat 51 follower dan tulisan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Akaun ni aku buat khusus untuk promosi diri dalam isu penulisan dan juga perumahan. Sasaran aku adalah untuk menjadikan akaun ini sebagai tempat aku menjual. Samada jual buku, jual rumah, homestay dan sebagainya.. Memang kalau setakat ada 51 follower memang tak terjual, tapi inshallah sasaran kalau boleh dapat mencapai 1K follower. Tu pun kalau korang yang baca ni bantu dan like follow sekali.)

– Follower Page Facebook

Aku sebenarnya ada banyak page Facebook. Tapi aku nak target Facebook Page (https://web.facebook.com/panduanbelirumah/) dan (https://web.facebook.com/zoolpenulis ) supaya dapat melebihi 2,000 follower. Bukan apa, ada projek baharu yang memerlukan aku untuk mendapatkan follower yang ramai ni. Korang yang baca entri ni bolehlah like page tersebut dan share kan ye.. Dua-dua page ni pun matlamat untuk menjual. Kalau page Panduanbelirumah tu aku nak berkongsi ilmu perumahan sambil akan datang promosi buku manakala page Zool Penulis cuba untuk branding diri ini.

– Twitter (https://twitter.com/zoolligakampung)

 Terkini  Follower ( 906 ) Sasaran (1,500)

  Aku join twitter ni agak lama. Dah 12 tahun tapi sukar nak melepasi angka 1,000 tu. Bukan apa, kalau dapat 1,000 follower tu mungkin ada pengaruh kalau nak menjual. Kalau setakat sekarang ni, kicauan hanya diperhatikan oleh beberapa kerat je. Kalau banyak follower ruang nak tambah pendapatan pun ada.

  • Berat Badan dan Kadar Gula

– Setiap individu mengidamkan berat badan yang baik. Begitu juga aku yang mempunyai masalah kolesterol dan gula yang tinggi. Kalau ikutkan berat badan aku kena bawah 60kg dan sekarang ni masih berada di paras lebih 60kg. Begitu juga dengan kadar gula dalam darah yang berada di paras melebihi 6.5 mol( normal bawah tu). Jadi aku kena usaha lebih dengan kadar penggunaan gula dan senaman supaya ia menjadi lebih rendah.

Apa perancangan untuk mendapatkan sasaran ni. Perancangan agar senaman dikerapkan. Kalau ikutkan sekarang ni pun hampir setiap hari aku akan mengeluarkan peluh untuk dapatkan berat dan kadar gula yang ideal. Mungkin belum cukup dan perlukan senaman yang lebih keras lagi.

 Korang nak kira berat badan yang sesuai? Klik sini 

  • Simpanan (5 angka)

-Ikutkan simpanan aku memang belum melepasi 5 angka (tolak simpanan Tabung Haji). Memang agak menyedihkan dengan usia sebegini masih belum ada 5 angka dalam bank. Kalau aku simpan semua dulu mungkin lepas rasanya tapi ada beberapa ribu yang hangus ketika aku melakukan pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia dan NASDAQ. Almaklumlah, sekarang ni saham di Bursa agak menurun menyebabkan aku mengalami beribu-ribu ringgit kerugian. Meskipun rugi namun ia bukan petanda aku berhenti melabur. Mungkin masih belajar dan mencari kaedah yang sesuai untuk diri ini. Aku tahu beberapa kesilapan aku masa trade adalah kerana ingin untung dengan banyak sampai melanggar pesanan guru. Jadi sekarang ni, aku mula lebih berhati-hati dan tidak terlalu mencari untung yang tinggi.

  • Pendapatan Homestay Taman Maju > Bayaran Bulanan

Bagi yang rajin follow blog ni mungkin tahu  yang aku ada homestay di Taman Maju Jasin . Alhamdulillah, sedikit pendapatan dapat dijana melalui homestay tu. Buat masa ni, masih dalam proses pembelajaran dan belum mencapai angka yang diimpikan. Tapi aku jangka pada tahun hadapan boleh menjana pendapatan melebihi bayaran bulanan. Untuk mendapatkan pendapatan sebegitu aku memerlukan sekurang-kurangnya 6 tempahan setiap bulan. Inshallah, boleh diusahakan dengan bantuan adikku. Dalam tempoh sebulan ni fokus aku adalah untuk menambah aircond serta menukar televisyen. Ini boleh menjadi nilai tambah untuk homestay tersebut sekaligus boleh menambah harga bayaran semalam. Kepada korang yang nak datang Melaka, bolehlah tempah melalui

https://www.booking.com/hotel/my/homestay-taman-maju-jasin.ms.html

Kalau tempah terus dari aku, kat Wasap bolehlah aku consider untuk kurangkan sedikit harga sebab kalau pakai Booking.com aku kena bayar komisen yang agak tinggi. Kalau RM100 aku kena belas-belas ringgit juga nak bayar komisen Booking.com tu. Jadi sebab tu aku kena naikkan harga dari RM8+ sebelum ni ke RM1++.

  • Cashout Pendapatan Google Adsense

– Kalau ikutkan pendapatan Google Adsense aku makin bertambah pada tahun ini selepas aku meletakkan code di blog ini. Sebelum ini hanya blog Yourhealthblog.net, Melakacool.com sahaja ku letakkan code GA ni. Ditambah dengan blog ni, sedikit sebanyak ada peningkatannya. Inshallah kalau dapat pendapatan tahun depan, aku dah boleh lega untuk membayar domain-domain blog ni. Tetapi sudah pasti aku nak ia dapat menjana lebih lagi. Inshallah, itu semuanya kalau ada support dari korang semua.

  • Blog

Korang mesti tahu yang aku ni adalah blogger tegar. Meskipun ramai blogger otai dah stop tapi aku masih meneruskan. Walaupun pencapaian tak sehebat Cikepal atau Benashari tapi tetap ku teruskan. Lagipun ini juga akan ku jadikan sumber untuk aku mencapai cita-cita bersara awal. Inshallah. Boleh kalau ada perancangan yang baik dan usaha berterusan.

– Traffik

Traffik atau kadar pengunjung merupakan perkara utama bila kita menulis blog. Kalau takde pengunjung maka blog yang dihasilkan umpama ‘mencurah air di daun keladi’ . Jadi aku nak buat sasaran pada tahun 2020 secara umumnya.

Ligakampung > Blog berkenaan sukan yang ku fokuskan untuk arena sukan tempatan. Kalau ikutkan memang tak tinggi trafiknya. Ada dalam 20-30 pengunjung je sehari. Memang cabaran nak naikkan sukar sebab aku buat sendiri dengan dibantu seorang penulis tak dikenali. Nak cari penulis tambahan susah sebab tiada sumber pendapatan untuk membayar gaji mereka. Meskipun begitu, aku tetap nak mencabar agar blog ini dapat menarik minat sekurang-kurangnya 3 angka pengunjung sehari. Harap-harapnya korang menjadi salah seorang dari pengunjung tu.

Zoolzarizi > Blog personal yang cuba untuk membrandingkan diri ku ini. Sebenarnya dulu aku ada buat blog hal personal kat Ligakampung.com tapi lepas ku fikirkan untuk jadikan blog ligakampung.com itu lebih spesifik maka blog ini ku wujudkan. Lagipun boleh jadi portfolio diri ini.

Alhamdulillah, blog ini banyak mendapat trafik organik dari Google. Ye lah, blog ni 100% unik dan memang kuatlah SEOnya. Meskipun tak capai 3 angka pengunjung setiap hari tapi tak mustahil ianya dapat cecah angka 100 sehari sebelum berakhir tahun ni.. Anda merupakan salah seorang dari pengunjung itu. Terima kasih.

YourHealthblog > Blog berkenaan kesihatan ni dah ku wujudkan 10 tahun lalu selepas aku menghadiri satu kursus blog. Memang terlalu mencabar menulis benda yang bukan kemahiran atau passion kita. Tapi aku teruskan juga cuma tidaklah berjaya ku tulis semuanya sendiri. Ada kalanya aku beli sahaja artikel atau copy paste (letak kredit) sahaja. Blog ni berada di paras 40 pengunjung sehari dan aku harapkan boleh meningkat dalam tahun ini ke 3 angka.

YourFinancialblog> Blog ini berkenaan kewangan dan aku banyak menghabiskan duit Paypal untuk beli artikel di Forum Digitalpoint.com ataupun copy paste sahaja. Ni pun dah hampir 10 tahun beroperasi dan sukar nak lepas 20 pengunjung pun. Tapi tak mengapa, aku masih simpan. Mungkin tahun 2020 akan ada penulisan gempak dariku pasal kewangan.

  • Lain-lain

Selain dari 6 perkara tu ada juga impian aku pada tahun 2020 yang tidak spesifik. Antaranya

– Six pack .Aku rajin follow orang berlari dan fit di Instagram. Aku juga bermimpi untuk menghasilkan perut yang cantik dan ada six pack. Sekarang ni ada one pack je tapi dekat kaki dah nampak muscle. Jadi tak mustahil kalau dalam tahun depan boleh ada six pack. Aku ada baca berita tentang Singaporean yang dapat menimbulkan Six Pack dengan follow training Saitama One Punch Man . Jadi tak mustahil kalau aku pun boleh ada six pack ikut training yang ada dalam internet ni. Lagipun kalau ada six pack , bolehlah bangga sikit..

– Pokok nanas berbuah. Setakat ni aku ada menanam lebih 30 batang pokok nanas pada tahun ini . Kat rumah taman ni je aku ada tanam kira-kira berbelas-belas. Kat rumah mak pun aku bantai tanam nanas.  Kalau ikutkan perkitaran buah nanas memerlukan kira-kira setahun untuk berbuah. Aku yang merupakan penggemar Nanas ni ada sebuah Facebook Page Nanas yang telah menarik minat 253 like. Korang kalau minat Nanas like lah page ni. Aku cerita hal nanas kat sana tau.

– Kebun getah keluar hasil.Dekat rumah mak ada kebun getah dibelakangnya. Bukan milik aku tapi aku harap ia membuahkan hasil pada tahun hadapan. Meskipun  harga getah agak rendah tapi kurang-kurang kalau dapat menoreh dapatlah membantu mak dan adikku yang tiada pendapatan. Kalau harga getah RM5.00 sekilogram, dapat 10 kilogram sehari pun okay lah tu. Doakan semoga menjadi sambil tu aku nak belajar juga menoreh ni.. Jom tengok kat youtube cara menoreh getah

Aku dah mulakan kerja potong rumput kat kebun getah peninggalan arwah bapa. Mungkinkah ia boleh jadi sumber pendapatan aku nanti?

– Juggle bola lebih 50 konsisten. Sekarang ni aku melayan juggle bola sebagai salah satu cara untuk workout. Sebab sekarang ni agak sukar nak jogging maka aku gunakan bola sebagai medium untuk aku keluar peluh. Balik je dari kerja dengan pakai baju kerja aku akan menimang bola. Buat masa ni aku mampu menimang bola dalam 10 kali. Kadang-kadang boleh lepas 30 timbangan cuma nak cecah 50 tu agak sukar sikit. Sasaran aku pada tahun hadapan untuk lebih konsisten dengan 50 timbangan. Apatah lagi sekarang ni dah ada bola baru yang ku beli dari Puma (nak dapat sponsored tak lepas-lepas). Harap boleh buat 1-2 trick freestyle yang mudah. Takdelah nak buat combo gila-gila cukup trick simple je. Almaklumlah dah 40-an, nak lompat-lompat cam Andrew Henderson tu memang mustahil le. Dapat satu dua trick tahan bola kat kaki cukup le..

Oo ye, korang kalau nak belajar cara menimbang bola boleh tengok entri kat Ligakampung.com yang dibuat oleh penulis bersama ni.(http://ligakampung.com/blog/belajar-cara-untuk-menimbang-bola/)

– Jual beli helmet.Ini adalah salah satu benda yang aku pelajari pada tahun ni. Ada kawan di opis yang bermain jual beli helmet. Aku tak pernah tahu yang helmet boleh digunakan untuk menjana pendapatan dimana harga boleh markup tinggi.  Tapi bukanlah helmet biasa-biasa nak jual mahal. Kalau tahun dulu, aku tak berapa mengenal pasal helmet motosikal ni, tapi sekarang ni tahu pasal banyak jenama helmet. Helmet yang berpotensi adalah helmet lama seperti Bell, Shoei, Arai,Index tapi yang unlimited sahaja. Kalau helmet buatan baharu, memang tak boleh pergi. Sekarang ni aku baru tau jenama yang popular sekarang ni seperti KYT, MHR, SGV, ARC dan banyak lagi. Tapi kalau yang popular sekarang ni tak boleh nak jadi kapitalis sebab harga tak pergi sangat.

– Motosikal EX5 arwah bapa diperbaiki. Selepas pemergian bapa kira-kira 2 tahun lalu, arwah meninggalkan beberapa harta termasuk motosikal EX5 tahun 2000 ni. Kalau ikutkan harga di pasaran memang tinggi tapi aku nak cuba perbaiki motosikal ni. Meskipun motosikal ni telah jadi milik abangku tapi masih tak bergerak. Aku ada berbincang dengan adik untuk baikinya tapi adikku sukar nak balik kampung dalam tempoh panjang. Jadi aku mungkin akan kumpulkan duit dan belajar serba sedikit untuk membaikinya.

– Buku berjaya diterbitkan. Bagi sesiapa yang rajin mengikut blog atau facebook aku mesti tahu yang impian untuk ada buku sendiri.Dalam blog ni pun aku ada tulis entri untuk hasilkan buku pertama pada tahun ni tapi tak tercapai. Tapi inshallah tahun 2020 mampu dihasilkan. Apatah lagi telah direview oleh penerbit dari KasiTerbit untuk penambahbaikan manuskrip pertama. Doakan semoga ia mampu terbit dan anda mungkin salah seorang dari pemilik buku tersebut.

– Berjaya melaksanakan semua KPI kerja. Sebagai seorang penolong pegawai teknologi maklumat di Lembaga Perumahan Melaka aku juga bertindak sebagai ketua unit. Secara jujurnya, tahun 2019 aku banyak melakukan keputusan yang tidak bagus. Memilih pembekal yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan boss memberikan kesan negatif. Ia juga menganggu kerja-kerja ku.

– Melepaskan jawatan Setiausaha Persatuan Taman. Aku rasa terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam hidup ini. Menjadi setiausaha persatuan taman amat membebankan apatah lagi kurang sokongan dari AJK apatah lagi ahli. Aku rasa tak mampu lagi untuk berkorban wang dan masa untuk taman jika hanya seorang diri sahaja. Mungkin elok dilantik Setiausaha yang boleh memberikan komitmen yang lebih pada tahun hadapan. Untuk itu aku dan AJK lain kena rancang untuk Mesyuarat Agung bagi melantik AJK Baharu. Harap-harap ada lah yang ke depan.

Aku rasa itu serba sedikit cerita azam tahun 2020. Sedar tak sedar aku ambil masa kira-kira 2 jam lebih dan menaip hampir 2,200 perkataan dan 7 page di WPS Office. Kira antara artikel terpanjang dan unik dalam blog ini.

Kepada anda yang sanggup membaca blog ini aku ucapkan terima kasih dan sama-sama kita berdoa untuk kejayaan bersama. AMIN…

p/s : Sambil tu tengok semula Azam 2019 , masih tak tercapai juga azam 2019 tu. Tak pe separuh tu dibawa ke 2020 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.