Minggu lepas tiada update dalam blog ini sedikit sebanyak mungkin menyuramkan arena blog dunia. Hahhaha. Acah macam popular sekejap. Bukan apa, sebagai blogger ada kalanya terdapat masa kita blur untuk menaip apatah lagi blog yang memang artikelnya unik tanpa menceduk idea dari mana-mana sumber. Ditambah lagi dengan tahap kerja hakiki yang makin meninggi serta memerlukan komitmen lebih. Jadi kadangkala kenalah abaikan seketika blog ini. Lainlah kalau blog ini mampu menjana pendapatan melebihi 4 angka sebulan. Memang kena setiap hari ada update je.

Sekarang ni telah masuk bulan Mac atau bulan ketiga dalam tahun 2017. Perancangan atau azam dah boleh tengok semula. Kena tengok apa yang masih belum berjalan pelaksanaannya dan apa yang boleh dilakukan.

Dari segi azamku dalam acara larian, nampak ada sedikit peningkatan. Jumlah keseluruhan jarak larian yang aku sasarkan pada tahun ini adalah sejauh 600 kilometer dan setakat 2 Mac 2017, jumlah yang aku perolehi adalah 114.6 kilometer bersamaan 19% dari sasaran.

runkeeper-goal
Statistik larian

Aku juga berjaya menyertai satu acara larian pada tahun ini. Masih berada dalam langkah yang tepat untuk melepasi sasaran tersebut. Cuma pada bulan Mac ini mungkin aku akan terlepas acara larian-larian. Ini kerana terdapat banyak majlis-majlis rasmi yang terpaksa aku terlibat secara langsung. Tapi tak mustahil kalau aku buat Pusingan U untuk sertai beberapa acara larian nanti. Apapun tengok je macam mana nanti. Dalam awal-awal bulan ni ada sedikit juga masalah sebab aku takde langsung training pada minggu lepas. Hujan, kesihatan yang tidak mengizinkan serta KEMALASAN menjadi punca utama tak turun berlari. Jadi untuk minggu depan kena lebihkan lagi training lari tu agar sikap KEMALASAN tidak terus membelenggu. Memang bukan mudah untuk konsisten dalam larian tu. Geng #teampuncheat yang aku tubuhkan pun nampak macam nak berkubur sebab geng yang lain tu dah mula GIVE-UP untuk meneruskan aksi. Apapun aku akan cuba teruskan atau mungkin join Geng-geng lain yang lebih aktif. Tengoklah camne.

Dalam minggu ini juga aku telah menggunakan Sistem Kehadiran Mesyuarat menggunakan IC dimana ahli mesyuarat perlu ‘touch’ pada card reader untuk memastikan mereka hadir pada mesyuarat tersebut. Memang mencabar juga bila nak laksanakannya. Apatah lagi sistem itu dibangunkan oleh orang lain. Tapi takpe, dah mula memahami sedikit sebanyak sistem tu. Er, kalau korang berminat nak pakai sistem ni kat tempat korang boleh PM aku ye.. Bolehlah kita bincang-bincang dengan Programmer yang bangunkan sistem tu. Heheheheh

Berbalik kepada apa yang perlu kulakukan pada bulan Mac ni. Bulan Mac ni memang banyak aktiviti yang perlu kulakukan. Dari segi kerja, kena bersedia untuk ke Team Building, Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik dan sebagainya. Dari segi personal pula, antara yang perlu kulakukan ialah :-

  • Mengoptimumkan penggunaan Facebook Ads dan memastikan terdapat perolehan keuntungan melaluinya. Pada bulan Februari lalu aku menggunakan lagi Facebook Ads ni dan nampak ada potensi cuma kena belajar lebih macammana nak dapat target yang lebih tepat. Nak cuba elakkan sasaran yang tidak mengena.
  • Menambahkan pendapatan dari affiliate Klikjer.com. Walaupun sekarang ni komisen dikurangkan sedikit tapi ia masih tempat yang baik untuk mencari pendapatan bagi affiliate tempatan. Aku akan mula fokus tentang niche yang perlu digunakan. Mungkin paling lebih pun 3 produk yang akan kucuba untuk promosi bagi mendapatkan komisen tersebut. Bagi korang yang nak tambah pendapatan online tanpa jual barang sendiri, bolehlah try Klikjer ni. Kalau yang pandai boleh dapat pendapatan 4 angka tu. Aku ? Adalah sikit. Nak reveal tu malu pulak nanti. Huhuhuhu.
  • Bulan Mac ni juga sistem E-Filing LHDN telah dibuka. Percaya atau tidak, aku tak pernah buat sebelum ni. Adoyai. Memang pernah merancang dari tahun lepas tapi tak buat-buat juga. Nak kata LHDN jauh tak juga. Adalah dalam 1-2 kilometer je dari pejabat. Ni sebab malas nak keluar le tu. Tapi memang akan buat juga pada bulan Mac ni. Janganlah kena saman atau potong tiba-tiba pula lepas ni. Cuak juga ni.
  • Nak mula menjengok Rumah Lelong. Aku ada perancangan nak beli rumah Lelong tapi aku tak target pada awal tahun ni. Mungkin pada hujung tahun baru nak mencuba. Bukan apa, modal dan ilmu belum cukup lagi nak layan pelaburan lelong ni. Aku nak beli rumah lelong pun bukan sebab nak banyak harta macam AbangEnsem tapi nak ikut jejak dia supaya ada aset untuk ditinggalkan kepada anak-anak di masa hadapan. Sebab masa depan mereka lebih mencabar dari kita. Harga rumah pada masa depan lagilah tak tentu. Tak sampai hati nak tengok mereka jadi gelandangan pula nanti. Bagi yang nak cuba beli rumah Lelong, cuba tengok ni dulu

Okay, cukuplah sedikit intipati bulan Mac yang aku titipkan dalam entry kali ini. Mungkin sedikit mengarut dan banyak membebel yang tiada isi. Apapun tahniah kepada korang semua yang sanggup membaca sehingga ayat terakhir ini. Terima kasih

 

5 Replies to “Bulan Mac, apa yang perlu ku lakukan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.