Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Minggu lepas aku ada cerita pasal bumbung rumah yang bocor kembali hingga menyebabkan siling bertanda dan air menitik.

Minggu lepas aku dah minta orang baiki dan setakat ini tak tau kesannya sebab hujan takde yang lebat lagi. Dalam perbincangan tu dia menyatakan jenis atap tu (aku tak ingat namanya) korang boleh tengok semula gambar ni. (Kawan opis cakap metal deck)

Dalam borak-borak tu, jiran depan rumah pun keluar. Dia pun maklumkan mempunyai isu yang sama. Bumbung bocor walaupun rumah tak sampai pun 10 tahun lagi. Yang baiki pun bagitau yang jenis atap ni memang kurang kualiti. Dari atas tu dia nampak beberapa lagi bumbung yang mengalami masalah yang sama.

Dia juga mencadangkan agar aku menukar keseluruhan bumbung ni kepada atap yang lebih berkualiti. Dia ada bagitau ganti zink, tapi aku tak tau yang mana satu. Lagipun sekarang ni tengah dalam keadaan kesesakan. Jadi mungkin kena tunggu samada hujung tahun kalau nak ganti pun.

Apapun aku kena RM650.00 untuk dia tampal silikon dan sebagainya. Agak kecewa sebab yang ni dia tak ambil gambar diatas. Tapi takpelah, bersangka baik sahaja sebab dia duduk di atas bumbung pun lebih dari 3 jam tu. Memang patutlah dengan harga tu..

Warrantynya 2 minggu sahaja. Jadi serupa cam takde warranty la kan.. Apapun doakanla semoga ianya selamat dan doakan juga semoga dapat rezeki lebih untuk menukar ganti ke zink ni.

[ Zink Kilang ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.